Komunikasi dalam rumahtangga
Table Of Content
Drama mr. suri hati mr pilot dah meletup dengan 5 million viewer. Drama ni memang best! tapi agaknya berapa banyak viewer yang sedar intipati sebenar drama ni.? Nampak gaya rata rata terpesona dengan ke sweet tan… (ayat baru hehe) antara Ejaz and Warda. Tp penonton sedar tak, realiti dalam kehidupan rumahtangga. Bila tidak ada komunikasi yang telus itulah punca kepada permasalaah rumahtangga yang seterusnya. Komunikasi dalam rumahtangga sangat penting.
Baca : Suri hati mr. pilot
Dalam dunia realiti, sebelum berkahwin kita tertakluk kepada undang undang keluarga kita. Anak gadis perlu patuh cakap ibu bapa tapi bila saat mengahwini sang jejaka maka saat itulah tempat pergantungannya berubah. Dari tarikh kita bersetuju menikahi suami kita maka saat itu lah kita perlu telus segalanya.
Warda erina memegang watak utama, sebagai isteri dan suri kepada Ejaz fakhri. Warda mengulangi beberapa kali kesilapannya dimana dia tidak telus dan tidak menceritakan hal sebenar kepada suaminya. Walhal dalam salah satu episod, watak ibu warda dipegang oleh Nina juren pernah mengatakan
“Please tell ejaz, banyak kes masalah rumahtangga di luar sana bila mana husband and wife tidak share masalah masalah kecil sebegini”
Namun warda ulang kali melakukan kesilapan yang sama, kerana warda merasakan perkara itu hanyalah kecik sahaja dan tidak perlu diperbesarkan. inilah masalah komunikasi dalam rumahtangga.
Rata rata komen mengatakan Ejaz punya ego terlalu tinggi tidak mahu memberikan ruang kepada warda untuk menjelaskan perkara sebenar. Malah ramai yang marah kepada Ejaz. tapi bagi aku taraf suami, isterilah perlu mendapatkan persetujuan segalanya, maybe 90% dalam kehidupan kita.
Perkongsian dengan beberapa rakan dalam whatsaap gorup bila membincangkan perkara ini dikalangan umur 40an mereka mengatakan drama ini agak berlebihan kerana acara gaduh baik gaduh berulang ulang. Malah mereka tidak berapa menggemarinya. Dan tidak lojik di kaitkan dalam real life. Bagi aku, dalam konteks penerbitan sesuatu drama, penerbit drama terpaksa mempercepatkan timeline sesuatu peristiwa. Penerbit dan direktor terpaksa memilih beberapa scene yang penting untuk diketengahkan. Begitu juga dengan penulis buku tersebut yg jadikan masalah ini sebagai ‘drive’ utama untuk setiap plot.
Misscommunication, salah faham, communication breakdown atau seperti yang di dikatakan dari awal komunikasi dalam rumahtangga sememangnya konflik utama dalam drama ini selain dari faktor kejujuran dalam perhubungan.
Komunikasi adalah asas utama dalam segalanya untuk mengelak persepsi yang tidak diinginkan. Bayangkan jikalau warda menceritakan segalanya dari saat dia bertemu dengan humairah, punca utama dia membawa “kotak” kisah cinta dia dan muslim ke rumah, sehinggalah dia telah diperangkap oleh inara sewaktu bertemu muslim. Kenapa mesti selesaikan masalah itu seorang diri walhal kehidupan berumahtangga juga adalah milik suaminya. Sedangkan Ejaz juga telah memberikan peluang beberapa kali kepada warda untuk berkongsi apa apa masalah. Namun warda merasakan ia boleh diselesaikan sendiri, akhirnya membawa kepada permasalahan yang lebih besar.
Salah seorang kawan yang pernah berpengalaman menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah. Pada masa itulah baru kedengaran beberapa isu yang tidak puas hati diluahkan oleh kedua pihak. Malah isu “tidak tutut penutup ubat gigi” merupakan salah satu sebab punca permasalahan. Agak kelakar tapi bukankan isu kecik sebegini boleh dibawa berbincang.
Okay mari i nak share intipati komunikasi dalam perkahwinan dari web http://psychcentral.com/lib/marriage-communication-3-common-mistakes-and-how-to-fix-them/
Komunikasi Perkahwinan: 3 Kesilapan Biasa
Komunikasi yang baik adalah asas perkahwinan yang kukuh. Banyak perkahwinan dapat diselamatkan jika pasangan meningkatkan cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Ia tabiat yang paling buruk yang membawa pasangan ke dalam masalah. 3 kesilapan biasa yang berlaku dengan perkahwinan seperti dibawah.
1. Menjerit pada pasangan anda.
Bila kita dalam mood marah, kita mula tinggikan suara. Marah membawa kepada tension, tension itulah membina satu dinding yang membuatkan kita untuk berusaha melepaskan geram dengan cara yang salah. Menjerit sebenarnya melepaskan emosi negatif, malah ia tidak membawa kemana pun tapi lebih kepada defensif dan juga ketidakpuasan hati dari pada responsif dan saling memahami.
2. Mempunyai Sikap kompetitif. Fikirkan tentang Mengapa Anda Perlu Untuk Menang?
Dunia sekarang penuh dengan persaingan dan kompetitif, paling bahaya jika suami isteri mempunyai sikap bersaing sesama sendiri. Sedangkan kita sepatutnya bertindak sebagai satu team.
3. Perkahwinan lebih tentang Aku Daripada Kami.
Bila kita gagal untuk berkongsi dengan pasangan masing masing, malah menganggap masing masing dengan dunia sendiri pdahal itulah erti perkahwinan sebenar. Pastikan kita selalu mengambil pandangan masing masing
Kalau korang yang baru nak melangkah alam bahagia membaca entri ini, aku nak suggest korang baca juga tips pakej fotografi perkahwinan at elast korang dah prepare untuk sebahagian dari persediaan korang okay.
2 Comments