Kitsui Generation 3 Colla untuk bantu tingkatkan kesihatan kulit
Table Of Content
Acap kali bila aku cakap aku dah berumur 44 tahun ramai yang tak percaya (Alhamdulillah). Aku rasa maybe sebab aku ni kecik sikit, aktif, gila-gila dan kuat gelak. Jadi nak tau bagaimana Kitsui Generation 3 Colla membantu?
But the truth is… it does not come in easy way! Realitinya kita semua memang kena jaga kesihatan, penampilan, luar dan dalam. Yakinlah bila dah berumur 40 tahun semuanya akan berlaku dengan cepat. Tapi yang penting kita janganlah mengalah betul dak?
Sebenarnya macam-macam juga yang tindakan yang aku lakukan seperti aktif bersukan untuk maintain tahap kesihatan ni. Termasuklah satu produk dari Kitsui or to be spesifik aku ambil Kitsui Generation 3 Colla
Owh sebelum itu untuk makluman korang, Kitsui Generation 3 Colla ni aku dapatkan di Guardian Pharmacy or memana farmasilah korang boleh jumpa.
Bagi aku, tahap keyakinan tu tinggi lah sikit masa aku nak start consume haritu. Dan aku tengok Kitsui ini adalah pemenang Asia Pacific Super Health Brand from 2015 – 2017.
Kalau ikut yang aku baca, hasil boleh dilihat dalam masa 7 hari. Nanti kita tengok yer. Kalau ikut yang aku baca, hasil boleh dilihat dalam masa 7 hari. Nanti kita tengok yer!
Lagi satu aku nak cakap, blog ini memang umpama diary aku dalam semua perjalanan hidup aku dari kisah travel, kisah anak dan juga kisah dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Bukan apa aku agree sangat kata2 Tun M “ melayu mudah lupa” hahaha.. akulah salah seorang tu. So blog inilah tempat yang aku boleh refer apa yang dah buat and usahakan.
Pastu boleh bantu reader nilaikan sendiri apa produk dan action yang aku dah ambik. Terpulang pada korang kan. Tapi janganlah terlebih lebih pulak. Rosak buah pinggang nanti. Ambik satu persatu produk dan tengok hasilnya macammana.
Yang penting korang tengok lah tahap keserasian dengan badan korang nanti.
Sebelum aku cerita lebih lebih pasal Kitsui Generation 3 Colla ni aku rasa aku nak share terlebih dahulu why and why and why .. we have to do something about our body and our skin (ayat penyesalan sbb masa muda tak pandai.. jenuh ni nak overhaul)
Sebenarnya adalah normal kalau kita melalui proses kedutan, pengenduran dan sebagainya tapi yang penting jangan tua sebelum waktunya. Dalam keluarga aku sendiri aku boleh tengok mana mana kakak-kakak aku yang concern dalam bab ini memang nampak terjaga.
So korang jangan cakap tah payah buat apa apa. Hahah so aku admit aku tak mampu nak makan sayur atau buah fresh setiap hari. Jadi ini adalah salah satu usaha aku.
Bagaimana Kitsui Generation 3 Colla
Perubahan Kulit
Tahap kualiti kulit kita bergantung kepada pelbagai faktor: gaya hidup, diet, keturunan, dan tabiat peribadi kita. Sebagai contoh, merokok boleh menghasilkan radikal bebas, molekul oksigen yang sepatutnya sihat yang kini terlalu aktif dan tidak stabil.
Maka terjadilah Sel-sel bebas radikal bebas dalam badan kita, ini pasti akan membawa kepada masalah lain seperti kedutan awal, kasar dan tidak cantik. (ini melalui research aku)
Pengurangan atau perubahan dalam hormon
- Progesterone (mengawal tidur, imuniti dan fungsi otak)
- Estrogen (menyokong pengeluaran kolagen yang bertanggungjawab untuk memelihara kulit yang licin dan bebas daripada kedut)
- Testosteron (mengawal kelenjar minyak dan pertumbuhan rambut)
- DHEA (melindungi terhadap tekanan oksidatif yang merupakan fungsi penting dalam penuaan kulit pencegahan) ‘
- Hormon pertumbuhan manusia (menyokong keanjalan dan otot kulit)
Jadi janganlah yakin sangat korang akan terus Muda REMAJA!
2 langkah utama penjagaan kulit
1. Secara luaran
Menjelang 40-an, sepatutnya korang akan lebih komited dalam rutin penjagaan kulit. Dalam fasa ini kita tidak boleh lagi hanya mengambil langkah-langkah asas sepeti pembersihan, toning dan pelembab semata-mata tetapi perlu masukkan beberapa langkah tambahan langkah tambahan. contohnya pengambilan serum, exfoliate seminggu sekali, dan pemakaian Sun Block itu dah jatuh wajib tau.
kalau tidak korang akan menyesal mcm aku ni haa.. pigmentation dah jadi melasma. Tapi aku tak give up aku berjaya jugaklah sekat sikit sebanyak
2. Secara dalaman
Pastikan pengambilan air kosong yang banyak selepas itu tau.
Kandungan :
- Fruktos
- Serbuk Lemon
- Maltodekstrin
- Kolagen Peptida
- Omega 3
- Acid Sitrik
- Perisa Nenas yang dibenarkna
- Guar Gum
- Acid Ascorbic
- Trikalsium Fosfat
- Astaxanthin
Cara Pengambilan:
- Bancuh 1 sachet Kitsui Generation 2 Collagen dalam air 150ml
- Kacau hingga larut dalam air yang bersuhu biasa. Elakkan air yang panas.
- Minum sebelum sarapan ataupun sebelum tidur, sebaiknya sebelum tidur
- Untuk permulaan, boleh diamalkan 1 sachet sehari
Kelebihan Kitsui
Merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga keanjalan, kelenturan serta kehalusan kulit.
- Mengatasi masalah stretch mark
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata
- Mengatasi masalah kedutan halus
- Mengatasi masalah kulit kering
- Menghilangkan parut jerawat
- Tegang serta gebukan kulit wajah
- Menambah tenaga ( mudah bangun pagi )
- Melambatkan proses penuaan dan proses monopaus
- Melembapkan kulit wajah
- Membantu pertumbuhan sel baru
- Mencantikkan rambut dan kuku
Ini semua adalah info yang aku dapat dari website dia orang. Aku letak sini siap siap senang korang nak refer. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, aku sarankan korang terjah website or Fb dia orang wokay.
Jom kita sama sama jaga kulit
Info Lanjut
Korang kalau nak tahu lebih pasal produk ini boleh pergi farmasi dan juga boleh masuk secara online sahja .
No Comment! Be the first one.