Khairy Jamaluddin bentangkan vaksin di Parlimen hari ini dengan penuh yakin dan tenang. Buat pertama kali aku sendiri menyoroti pembentangan ini dari pagi sehingga tamat persidangan pada jam 5.45 petang tanpa berkelip.
Table Of Content
- Biodata Khairy Jamaludin
- Memang Hebat Khairy Jamaluddin bentangkan vaksin di Parlimen
- 5 Kualiti pembentang yang hebat ada pada Khairy Jamaluddin
- 1. Keyakinan Tinggi
- 2. Passion
- 3. Keupayaan untuk meringkaskan maklumat
- 3. Berkebolehan bercerita
- 4. Kenalpasti Audiens
- 5. Energetic
- Kesimpulan: Khairy Jamaluddin bentangkan vaksin dengan baik sekali
Sesungguhnya aku sangat -sangat kagum dengan cara pembentangan beliau pada hari ini.
Dan aku rasa bukan aku sahaja, hampir seluruh rakyat Malaysia termasuk parti pembangkang turut memuji kredibiliti beliau sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal vaksin di negara kita.
Agak pelik bila tiada gangguan dari pihak pembangkang. Mereka juga seperti ‘ disumpah’ untuk mengikuti pembentangan beliau
Menteri favourite ini memang dikenali dengan gelaran Tall Dark & Handsome, dan bagi aku beliau seorang Menteri yang sangat brilliant dan talented. suka betul tengok sewaktu Khairy Jamaluddin bentangkan vaksin ini.
Sepanjang pandemik ini melanda negara kita aku rasa dia antara Menteri yang betul betul bekerja keras malah jauh meninggalkan populariti Menteri Kesihatan sendiri.
Bagi aku Menteri Kesihatan pula sepatutnya berterima kasih kepada Menteri Muda yang betul betul kerja keras untuk pastikan program Vaksinasi kita berjaya. Malah kita antara yang terpantas pada saat ini.
Aku yang tak boleh move on dengan pembentangan dia,
Sesungguhnya aku amat kagum! Jadi aku nak titipkan disini kenapa aku rasa dia berjaya menyampaikan segala info dengan baik.
Apa yang aku dengar sendiri dari sumber yang terlibat sama dalam pembelian vaksin, beliau sentiasa bersedia dengan segala maklumat dan data bersamanya.
Dan aku bercaya dia juga mempunya team yang hebat untuk support beliau melaksanakan tugas ini.
Biodata Khairy Jamaludin
- Dilahirkan di Bandar Kuwait, Kuwait pada 10 Januari 1976.
- Anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Allahyarham Dato’ Seri Haji Jamaluddin bin Haji Abu Bakar dan Datin Seri Dato’ Rahmah bt Haji Abdul Hamid
- Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi
- Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom.
- Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE).
- 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford
- Karier politik
- 2001 – 2004 : Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
- 2001 – 2004 : Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
- 2004 – Kini : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau
- 2004 – 2008 : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia
- 2008 – 2018 : Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.
- 2013 – 2018 : Menteri Belia dan Sukan
- 2020 – Kini : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Memang Hebat Khairy Jamaluddin bentangkan vaksin di Parlimen
Menjadi presenter atau pembentang yang berstatus Menteri bukanlah tugas yang mudah, tidak semua orang mempunyai keupayaan skill sebegini.
Bijak berbicara, siap dengan data dan fakta untuk menyokong pembentangan beliau
Sepanjang pembentangan vaksin 28 Julai 2021, kesemua ahli parlimen memberikan perhatian kepadanya tanpa sebarang gangguan.. Ini tidak semudah yang didengar! Tambah tambah untuk mengawal crowd yang kesemuanya berstatus menteri.
Bagaimana anda dapat membuat penonton tertarik dengan apa yang anda katakan dan membuat mereka berminat? Bagaimana anda dapat berhubung dengan penonton dengan cara yang membolehkan mereka berhubung dengan anda dan memahami kisah anda?
5 Kualiti pembentang yang hebat ada pada Khairy Jamaluddin
Jika korang pernah mengikuti sesi pembentangan di Parlimen, kita harus akui tidak kesemua menteri memilik kualiti seperti beliau walaupun dia masih muda berbanding dengan ahli politik yang lain.
Sesetengah Menteri dan Ahli parlimen sendiri memaparkan pembentangan yang tidak teratur, cara membuat lontaran seperti amatur, tersekat-tersekat, dan paling best ada yang melalut.
Dan paling mengecewakan ada Menteri yang tidak fasih berbahasa Malaysia, amat memalukan!
Jadi kenapa bagi aku Khairy Jamaludin memang hebat di mata aku dan rakyat Malaysia.
Gigih aku mencari ciri ciri capaian portal lain untuk menyokong entri ini mengapa selayaknya aku merasakan KJ adalah pembentang yang hebat.
1. Keyakinan Tinggi
Faktor Keyakinan beliau sangat penting ketika berbicara di depan umum. Bila yakin cara lontaran suara pun pasti akan jelas kelihatan dan akan dilihat sebagai pakar dalam topik anda.
Selepas itu audien akan cenderung mempercayai anda dan mempercayai bahan yang anda keluarkan sewaktu pembentangan.
Keyakinan menjadikan anda boleh dipercayai, berpengetahuan, dan boleh dipercayai. Tambah-tambah dalam isu pandemik sekarang.
Untuk benar-benar menunjukkan keyakinan, kita harus cukup yakin untuk menjadi diri sendiri semasa persembahan anda. Sekiranya anda cuba bertindak berbeza daripada yang biasa anda lakukan, anda mungkin tidak tulus, dan audiens akan cenderung untuk tidak berhubung dengan anda atau maklumat anda.
Melihat pada body language KJ pada hari itu dengan postur badan yang tegak, lontaran yang jelas dan ditambah dengan fakta-fakta yang sahih memang kita yakin dengan keseluruhan pembentangan beliau pada hari itu.
2. Passion
Mengapa penonton ingin mendengar tentang kisah anda sekiranya anda sendiri tidak gemar mendengarnya?
Beliau mampu menyampakan kepada audien mengapa dia melakukan apa yang dia lakukan.
Mengapa beliau menyukainya kan dan mengapa mahu berkongsi mesej kita?
Sekiranya kita sebagai audien dapat melihat dan merasakan minat dengan maklumat yang disampai maka dia memang berjaya.
Jelas setiap bait pembentangan beliau padat dengan data-data dan info yang valid, bukan sahaja omongan kosong. Setiap ayat yang disusun itu bersambung menjadi satu cerita pembentangan yang sangat menarik.
Selain dari laporan media sebelum ini yang banyak melaporkan penglibatan beliau di setiap ppv, mengukuhkan lagi passion dan semangat yang ada pada beliau.
Walau dihimpit dengan segala lontaran sinis ditepis atas perlaksanaan mysejahtera yang kononnya telah menelan belanja yang banyak tetapi dia tetap fokus untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan.
Beliau memang hebat dalam menjalankan tanggungjawab nya
3. Keupayaan untuk meringkaskan maklumat
Beliau telah diberikan masa sebanyak 1 jam sahaja untuk membentangkan progress vaksinasi negara. Kalau ikutkan banyak benda yang perlu disentuh namum dia berjaya menyusun pembentangannya dalam semua sudut
Ini faktor penting. Skill yang tidak kesemua orang mampu memilikinya.
Keupayaan menerima maklumat, merumus dan melontarkan kembali, ianya tidak semudah yang disangka.
Ingat! Walaupun anda adalah pembentang awam yang menghiburkan dan menarik, penting untuk memastikan persembahan anda pendek dan tepat ini kerana Jangkauan perhatian audien tidak lama.
Beliau berjaya mendapatkan perhatian kesemua ahli parlimen dengan pantas dan menjaga perhatian mereka dengan meneruskan pembentangan dengan lancar dan berkesan.
Dan ini jarang jarang berlaku di Parlimen Malaysia yang kadang kadang tak ubah seperti tadika atau zoo kata rakyat Malaysia hahaha.
3. Berkebolehan bercerita
Pembentangan ataupun ucapan akan lebih berkesan dan menarik jika mempunyai kebolehan bercerita . Beri mereka konteks untuk semua maklumat yang anda kongsi.
Selain daripada sekadar berkongsi fakta dan maklumat rasmi, Khairy Jamaludin berjaya berkongsi pengalaman kisah memerangi covid19 dan juga sumbangan frontliner terhadap peperangan ini. Betapa dia menyangjung tinggi pengorbanan mereka.
Ucapan terima kasih tidak putus putus diluahkan oleh beliau membuatkan emphaty yang tinggi di kalangan audiens yang terdiri dari semua ahli majlis parlimen.
Kebolehan bercerita ini membawa kita semua ke tempat yang pembentang inginkan.
4. Kenalpasti Audiens
Pastinya KJ menyedari audiens dia adalah orang yang hebat hebat belaka. Mereka adalah ahli majlis parlimen yang dari pihak kerajaan dan pembangkang yang mempunyai pelbagai latarbelakang. Doktor, engineer, ahli politik dan tak kurang juga hanya jaguh kampung hahahah.
Justeru dalam konteks parlimen, KJ pastinya telah membuat kajian dan tapis tahap info yang boleh disampaikan dan disimpan.
Paling mengujakan, KJ mampu menjawab persoalan Bekas Menteri Kesihatan yang dahulu dalam konteks perubatan. Very Impressive and precise dan pihak sebaliknya boleh menerima jawapan yang di bentangkan.
5. Energetic
Kami tertanya tanya bagaimana dia mampu membuat pembetangan yang sangat berstruktur seperti ini. Dalam tahap umur dia sekarang dia seorang yang masih bersemangat kuat dan mampu berfikir dengan pantas
Beliau mampu berbicara segala hujah dengan fakta dan mampu menguraikan data dan numbers, yang mana ini membuatkan ahli parlimen lain yang agak berumur agak ketinggalan jika dibandingkan dengan level KJ.
Ini hakikat yang kita perlu terima dimana kadang-kadang kita boleh lihat beberapa Ahli parlimen boleh tertidur sewaktu sessi pembentangan.
Dengan suara yang deep, tegas dan bersemangat memang membuatkan penyampaian dia tidak bosan sama sekali. Bukan tin kosong bila dibandingkan dengan MP yang lain
Kesimpulan: Khairy Jamaluddin bentangkan vaksin dengan baik sekali
Tidak semua orang mampu untuk menjadi pembentang yang hebat, Punya level pendidikan yang tinggi pun belum tentu dia akan menjadi orang yang hebat dan melontarkan penyampaian.
Aku merujuk artikel dari 10 Tips for Improving Your Public Speaking Skills dari harvard University dan kesemua ini jelas kelihatan pada Khairy Jamaluddin ini
Aku rasa hampir kesemua orang yang mengikuti perbentang beliau mengakui ianya adalah satu fenomena dimana pihak pembangkang juga dapat menerima apa sahaja jawapan yang diberikan.
Keterujaan aku melihat cara penyampian beliau, sistematik, body languange, PR skill yakni dia menerima teguran dan info yang diberikan oleh pihak pembangkang membuatkan mereka rasa, KJ telah melakukan kerja dengan baik.
Bagi aku Khairy Jamaluddin bentangkan vaksin dengan jelas sekali dan sangat berpuas hati
Jarang untuk aku luahkan dalam blog aku ini untuk membicarakan hal politik yang mana sering aku cuba elakkan
Selain Khairy Jamaluddin, aku pernah menulis tentang Tun Mahathir mohammad yang merupakan icon negara Malaysia. Kehebatan Tun Mahathir tidak boleh disangkalkan, antara Perdana Menteri yang dihormati.
Adakah mungkin KJ akan menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti?
dan aku rasa ramai yang impikan dia akan terus maju dan naik dalam tampuk kerajaan walaupun nampaknya akan ditentang oleh parti umno sendiri yang lebih suka bergerak atas tiket senioriti.
Baru dapat tau KJ ni menantu Pak Lah masa dah besar. Selama ni tak tau pun. Yan penting orang Indonesia pun nak KJ jadi menteri sukan diorang sebab handsome
Kagum kan dengan keupayaan pembentangan dia. Nampak di situ pengetahuan dan juga kewibawaan beliau, tidak perlu nak bertelagah bagai. Adanya keyakinan kerana adanya ilmu dan di situ nampak dia memang buat kerja dan homework sebelum bentang.
I suka kalau dia pegang pucuk pimpinan negara. Tak gitu?
Ok info lengkap tentang pembentangan YB Khairy sy baca dan fahamkan thank you sharing
Kagum jugak dengan KJ ni, tak semua menteri macam dia, dia macam ada aura tersendiri,,
Suka baca kak Azni sharing politik dari sisi yang lain.. kagum sama bila KJ dapat impress dan jadikan sidang Parlimen behave seketika.
Ya. abe kie pun kagum dgn KJ. Bukan mudah utk dihormati oleh barisan pembangkang.
Jom berkongsi blog list dgn saya? Link puan sudah ada di blog list saya.
bereh abang kie
He has the karisma and also the substance for this special task which is very important for the nation.
Amboi-amboi mentang-mentang tall dark hensen hehehe terus puji melambung… Tapi betul kita tengok semangat dan cara orang berpengalaman dan masih jiwa muda lagi tu dari zaman dulu lagi beliau memang ada karisma..
Harap-harap apa yang di bentangkan akan terlaksana dan semua rakyat Malaysia akan dapat vaksin sepenuhnya… kita doa aje laa yang bebaik…
kite kurang sikit nak ulas pasal politik ni tapi pasal KJ tak dinafikan dia antara figura yang boleh dijadikan contoh, cuma sejak pegang portfolio tu jarang nak nampak KJ bersuara
Teringat kat Radio ERA, dipanggil sebagai tetamu jemputan untuk promote kempen FIT MALAYSIA. Ray, Johan dan Hanif nak ajukan soalan dalam bentuk santai tidak secara formal. KJ sporting dan boleh masuk dalam sembang pagi ERA. Memang beliau ada karisma beliau sendiri.