Kenangan Raya dengan F&N ni banyak yang boleh kita cerita sebenarnya. Syahdu sangat kalau nak di ceritakan. Otomatik kenangan tu macam flash back dalam memori . Terutamanya bila teringat arwah mak, ayah dan arwah adik. Huhuhu tak lama lagi kita Nak raya dah kan!. Aku nak kongsikan satu cerita atau kenangan yang manis. Aku ada satu memori yang best setiap kali bulan ramadhan and hari raya bersama F&N.
Table Of Content
Simple sahaja, tapi begitu menggamit memori bila teringat zaman kecik kecik dahulu. macam gambar ni la.. (kredit gambar dari asiyah ismail dalam FB group malaysiaku dulu-dulu)
Dahulu ayah aku ni bekerja sebagai ahli bomba dan juga sebagai peniaga warung makanan dan minuman. Kita orang jual beberapa jenis makanan dan minuman sahaja, Jual laksa, ais kacang dan juga air gas. Masih boleh terbayang rupa kedai aku masa tu. Selalunya aku lah yang sibuk kutip pinggan mangkuk dan mencuci pinggan dengan arwah adik aku.
Antaranya kutip botol botol air F&N
orang lama panggil air gas
Kenangan Raya dengan F&N, Air Botol, Air gas.
Air gas tu adalah air oren dan strawberi botol. Yer kami panggil air gas hehhehe. Kesemua air tu diletakkankan dalam tong kayu. Jadi bertingkat tingat lah tong atau bekas air gas tersebut. Sekarang tak ada dah kan. Sekarang ni pakai tong plastik .
Zaman dahulu mana ada lagi versi air gas botol besar macam sekarang. Yang ada hanyalah botol kaca dalam tong kayu.
Bila bulan ramadhan, Aku boleh ingat lagi memori masa nak berbuka puasa .kami ni adik beradik ramai. Tak muat duduk atas meja, Makanan akan diletakkan di kawasan ruang tamu ,Ayah aku ni pulak syarat dia nak bukak puasa ni mesti kena ada 4 jenis air. Salah satunya air gas tulah hehehhehe.
BACA : Resepi nasi beriani Ayam Merah
Bila hari raya itu antara benda wajib yang kena ada, senang nak jamu tetamu. Aku ingat lagi kenangan tahun 1970-1986 di berek bomba Grik Perak lepas tu aku rasa dah tak ada dah. Kami hanya bancuh air manis (sirap) jika tamu bertandang sebab masa tu ayah aku tak berniaga lah. Kalau hari raya boleh jamu air gas ni kira macam orang kaya lah hahaha. Rama orang datang rumah sebab nak makan laksa dan air gas free
Tradisi Keluarga Suami, Hari raya mesti beli stok air F&N
Bila aku berkahwin dengan suami aku ni, hahaha ku terkejut. Rupanya memang tradisi mereka membeli air gas ini setiap kali raya. Jadi bulan ramadhan ayah mertua dah siap beberapa pack air Gas ini untuk dihidangkan pada tetamu sehingga ke hari ni.
Sanggat-sanggat menggamit memori aku kecik kecik. dahulu Tergelak aku tengok masa tahun pertama berkahwin dengan orang melaka ni. Macam memori tu datang semula tapi dah berubah wajah.
Cuma sekarang dah 2 tahun lah mertua aku tak shopping untuk raya. Bila tak habis sahaja habis kami anak cucu kena bawak balik ke bandar pulak.
Walaupun tahun ni kami akan beraya di Selangor sahaja, kita kena lah meriah juga. Kena raikan juga. Raya kali ini kami nak kembalikan memori zaman tu, dan kebetulan ada promosi ramadhan dan hari raya di applikasi F&N. Apa lagi… rebutlah cepat-cepat
Sekarang boleh order pakai aplikasi F&N life sahaja
Tinggal berapa hari jer lagi nak raya ni. Memang teringat lah kampung halaman kan . kalau raya belah melaka, Sekarang ni pak mentua aku dah sibuk beli stok air gas ni haaa. Dah 2 tahun laa dia tak prepare barang utk raya . Kalau tak bertingkek dah dalam stor. Semua flavour ada. Maka meriahlah anak anak sedara aku bukak tutup peti ais tu.
Kalau lah balik raya lepas ni senang. Bapak mertua pun dah tua, tak payah dah dia keluar angkut air gas ni. Kira orang order dan deliver teru ke melaka. Senangkan. hehehhe tula, Saja nak citer… Senang juga kalau nak order ikut apps ni. Siap ada kombo ramadhan and kombo raya .Sapa yang sama sepesen mcm family abam kita kalau raya minum air gas ?
Muat turun Aplikasi F&N Life
mudah jer.
- Download di SINI untuk android
- Daftar dan isi butiran peribadi.
- Buat pengesahan di email.
- Pilih dan bayar.
- Siap !
.
No Comment! Be the first one.