Kalau orang tanya, apa kenangan yang aku tak boleh lupakan masa zaman kecik kecik masa bulan ramadhan, pasti lah kenangan berbuka puasa dengan adik beradik 9 orang di rumah berek bomba yang hanya ada 1 bilik, 1 ruang tamu, 1 meja..dan paling best pasang panjut pada malam 7 likur.
Table Of Content
Bila waktu berbuka puasa ni, kami ni akan duduk sepanjang ruang tamu sbb tak cukup nak duduk atas meja. Bayangkan adik beradik 9 orang lepas tu campur dengan 2 orang pekerja yang bantu bapak aku meniaga laksa di pekan gerik masa bulan ramadhan. Aku ni ingat ingat lupa.. hurmm kalau meniaga pasar ramadhan masa bila bapak aku balik erk?
or zaman dulu memang org berniaga akan balik rumah juga nak berbuka puasa . hehhe. sori .. dah dekat 38 tahun yang dulu… lama giler kut
Buka puasa dulu tak mcm zaman sekarang. aku rasa makanan wajib yg ada mestilah laksa sbb bapak aku tokey laksa. plus juga kuih kuih lain. tapi yang pastinya sorang air 4 gelas yang bermacam jenis air. hahaha.. buruk lantak betulkan… sekarang ni kita buka posa dengan air kosong.
Meriahnya masa buka puasa
so acara rebut makanan tu memang bestlah sbb takut habis. dalam masa berebut tu yang buat selera nak makan. Aku rasa dulu makan simple simple jer kut. mungkin ada nasi dengan 1 lauk sahaja. Tapi aku ingat .. arwah bapak aku sorang ada 4 jenis air. dan sekarang haha abang abang n kakak aku pun punya peel yang sama . so kiranya ni dah jadi bahan lawak kami adik beradik
Panjut
Tapi sebelum aku terus terusan cerita.. korang tahu tak panjut tu apa? orang perak terutamanya di belah kuala kangsar, lebih selesa panggil panjut dan sebenarnya panjut tu adalah pelita yang diisi dengan minyak tanah dan dibiarkan pasang sepanjang malam. Dan selalunya di pasang pada malam 7 terakhir di bulan ramadhan. Banyak mitos atau cerita berkenaan panjut ni, ianya lebih kepada budaya masyarakat kita. heheh tak yah lah aku ceritakan tapi yang pasti acara ni bukannya tuntutan Agama, tapi tidaklah jatuh haram pula.
Arwah bapak dan arwah mak aku berasal dari kuala kangsar. Jadi budaya masyarakat tu tetap dibawa bila kita orang pindah ke gerik. sebenarnya masa tu terasa sangat siksa juga sebab kena buat macam macam benda tu. Kalau nak sampai 7 likur tu kita orang kena keluarkan semua pelita tu dan pasang sumbu. Jumlah total pelita tu boleh sampai beratus huhuhu .. disebabkan aku antara yang masih kecil jadi memang aku dan arwah adik aku lah punya kerja kena siapkan pelita2 ni. huhuhu..
Tapi sekarang…. bila dikenang kenang balik.. itulah kenangan paling manis bila sampai bulan ramadhan. Kebetulan arwah bapak aku ni bekerja sebagai ahli bomba, jadi bab-bab keselamatan tu m mang aku tak risau. ( macamlah masa tu aku paham makna risau kan)
Balai bomba gerik ni terletak atas bukit, jadi kalau panjut di pasang tu memang nampak cantik lah. Macam istana. Pelita ni akan dipasang dikeliling balai bomba..huh korang bayangkan laa betapa banyak pelita aku nak kena kutip, letak minyak lepas tu letak balik. Dan selalnya arwah bapak aku akau buat macam2 bentuk contoh star ker, bentuk belita besar ker.. Memang di buat khas, ala.. pakukan kayu tu jer
tapi sayang… aku takde gambar panjut masa tu… maklum laa…. masa tu nak beli kamera pun tak mampu… or maybe ada.. tapi kat rumah kampung..
Kenangan Manis
Walaupun masa tu kadang kadang aku n arwah adik rasa macam kena dera juga kadang kadang sebab byk nyer nak kena isi minyak tiap pelita tu.. huhuh… tapi setelah aku dah tua and family ni… ini lah pengalaman yang manis untuk aku kenang sampai sekarang.
Untuk anak aku nampaknya takder lah pengalaman nih … dok soh papa dia pasangkan lampu lip lap dah bertahun tak merasa hahaha… maybe family sebelah abam ni tak ada pengalaman macam nih kan… So itulah masa kecik kecik rasa seksa tapi sekarang jadi satu kenangan yang manis sangat2.
Kita tunggu tahun depan.. abam kita akan pasangkan panjut tak.. ( dengan harapan dia baca entri ini) betapa besar maknaya panjut dalam bini dia ni hahahaha
Cantiknya panjut tu…. Boleh masuk sekali dalam pertandingan kereta berhias tu..
lawa kan.. mcm mcm ada..
Kalau dh dgn 9 adik beradik mmg meriahnya Kan.. kalau sorang xde mesti Terasa mcm hilang aje kan
Huhuhu… betul laaa…. sgt2 terasa sbb sorang dah takder .. adik pulak tu
ye ke.. innalillah.. sedihnyaa
ramainya adik beradik kak azni…berkumpul mesti riuh sekampung.
Hahahha dah campur anak sedar .. cucu cicit lagi laaa ramaii
1st time dengar panjut. hehehe
wow ada gambar zaman 70an mmg menarik sgt bila tgk.. rajin ye hias panjut sampai cantik camtu