Kategori blogger | Sekarang semua orang nak jadi blogger aku tengok. Bagus! Sebab jadi blogger ni memang banyak kelebihannya which is aku tak mau disclosed apakah benefit yang akan korang dapat.
Table Of Content
Kalau dah jadi blogger, korang kategori blogger apa sebenarnya?
Bab kelebihan jadi blogger tu, aku reserved dulu. Nanti bunyi macam poyo je kan lagipun sebab aku sendiri masih diperingkat belajar.
Jadi sebenarnya, aku nak share pemerhatian aku terhadap blogger blogger yang ada sekarang ni, yang mana aku sendiri jadikan benchmark untuk aku improve kan diri aku sendiri.
Aku sendiri bermula dengan niat untuk jadikan blog ini sebagai journal atau diary untuk aku dan family semata-mata. Selain dari itu juga sebagai satu platform untuk aku mencabar diri.
Tapi betullah rupanya nak jadi blogger bukan kena tahu menulis sahaja tapi kena tahu aspek teknikal sedikit sebanyak. Kalau tak memang korang akan syok sendiri, nanti aku share kenapa.
Info aku dan terhasilnya modernmumthingy
Sedikit info tentang aku, aku mempunyai Ijazah dalam Komunikasi dari USM pada tahun 1998,(dah tua huhuh) berjaya mendapatkan master dalam Visual communication dan New Media dari UITM. Telah bekerja di MIMOS Berhad dalam Unit Multimedia dan seterusnya dikenali dengan nama User Experience Department hampir 19 tahun.
Kerjaya aku bermula dengan kerja sebagai orang yang bertanggungjawab dalam bidang pengurusan, content gathering dan branding untuk projek multimedia dan periklanan.
Sekarang aku meneruskan kerja sebagai User Experience Designer yang bertanggungjawab dalam bidang user research, UI design dan prototyping. Ini bahasa ringkas untuk terangkan kerja aku, sebenarnya panjang lebar lagi.
Kenapa aku beria nak cerita pasal aku pulak ni. haaa.. sebab perkongsian aku nanti adalah berhubung kait dengan pengalaman aku dalam pekerjaaan aku sendiri dan juga experience aku sendiri sebagai blogger.
Harapnya info yang aku kongsikan dapat dipandang sebagai informasi yang valid dan bukan aku suka suki yer. Okay mari kita sama sama kaji dan pikir. Entri aku kali ini akan fokus pada content dan branding sahaja, next entri aku sentuh sikit bab teknikal.
Kategori blogger
1. Blogger yang telah ada branding atau nama
Blogger yang macam ni memang power bagi aku, sebab dah ada pengikutnya tersendiri. Korang ingat senang dia orang nak capai tahap macam ni? Vivy yusof, hanis zalikha antara blogger awal yang juga dah sampai tahap selebriti blogger. Kelebihan mereka ada aura tersendiri complete dengan pakej penampilan yang sangat menarik. Malah dengan blogging lah juga jadi batu loncatan untuk bisnes dan opportunity lain.
Selain dari mereka, blogger full time seperti Ben Ashaari pun ada follower tersendiri terutamanya di kalangan blogger sendiri. Dia tulis pasal anak dia pun orang tunggu jer.
Faizal Fredly antara travel blogger yang aku respek la, dia keluarkan duit dia sendiri sebelum sampai tahap sekarang orang kejar dia untuk sponsor memana trip sekarang ni.
Orang akan search mereka di kotak google dengan “Vivy Yusof ” sahaja dan terus dapat carian ke blog mereka. Ko ado.?? tapi korang boleh tau orang cari korang atau tidak dengan google analytic melalui penggunaan capaian. keyword Kalau ada tu.. hebat dahh..
Selalunya kalau kena dengan keyword baru lah orang masuk ke blog kita kan. Betul tak?
2. Jadi Blogger sebab hobi
Aku lah tu, memang tujuan asal nak menulis sebab tak nak otak berkarat sebab nak belajar menulis dan aspek teknikal. Asalnya Nak rekod kan segala kenangan dalam catitan sebab kalau simpan gambar sahaja tak cukup. Sampailah salah seorang developer yang memang power tegur aku. Kalau you nak pergi jauh, pindah platform buat branding, plan your content and bla bla.
BACA : Nak buat blog jugak
So aku pun migrate dari hobbyist blogger kepada list di bawah ini. AKu dah start cuba dan intai nak jadikan hobi aku sebagai part time blogger 3 tahun yang dulu and masih merangkak or maybe aku bercadang nak jadi Vlogger juga satu hari nanti.
3. Blogging sebagai pendapatan utama atau sampingan
Ramai juga yang dah jadikan blogging ini sebagai kerjaya, contohnya macam Ben ashaari, Hasrul Hassan. Mereka berjaya jadikan blog ini sebagai pendapatan utama mereka. Tapi korang kena ingat, mereka telah mulakan blogging ini aku rasa dah lebih 10 tahun kut. Jadi kalau yang newbie terus nak dapat taraf macam mereka rasanya agak payah.
Blogging ni kena semai lama. Dah ada nama dan trust baru lah syarikat berminat nak bagi ruang untuk review dan sponsor.
Selain dari itu nak jadi macam ni kena rajin buat marketing juga. Aku dengar Ben cerita pun rasa macam pergh… letihnya. Aku memang tak mampu sebab aku masih bekerja. Untuk full time blogger mereka memang kena serius dan aktif membuat marketing.
Macam mana mana nak buat marketing? hahaha aku belum arif lagi nak cerita tapi yang pasti hubungan dengan PR memang kena bagus, Event kena selalu pergi barulah nama korang sentiasa ada dalam database, kena rajin rajin submit proposal dan surat kemana mana syarikat malah kena pandai pancing potential client. Kalau yang dah kategori ini aku rasa laa, income memang masyuk kalau betul betul rajin. Nak atau tidak jer kan
Ada juga job yang di offer melalui group FB tapi kebanyakkanya percuma dengan memberikan produk untuk review. So untuk permulaan platform ini, kalau rajin terima sahajalah.. kalau malas dok diam.
4. Blog untuk jualan – blogprenueur
Aku yakin korang akan jumpa blog yang fokus untuk jualan barangan tertentu contoh ada geng aku seperti agent shaklee yang banyak menekan aspek kesihatan.. Selain mempromosikan produk akan diselangi dengan info info kesihatan supaya pembaca tidak bosan jika terlampau hardsell.
Sebenarnya blog ini memang boleh dijadikan satu platform yang mudah jika ingin menjual barangam secara online tanpa perlu hire web designer dan developer. Tambah kalau pakai blogspot kan FOC sahaja.
5. Corporate Blogger
Kalau korang perasan dalam mana mana corporate website akan ada satu section atau menu yang tulis “BLOG”. Normally dalam corporate website content nya adalah statik disebabkan sebarang informasi yang keluar mestilah mendapat kelulusan dalam pihak pengurusan seperti corporate communication atau Ceo office sendiri.
Jadi sekiranya content tersebut statik, carian engine pun agak kurang aktif dalam laman web tersebut. Maka dengan sebab itulah ada section “BLOG” supaya informasi yang lebih santai dan terkini akan di laman web tersebut.
Tapi dari segi bahasa bukan lah sesantai kita ni, mestilah content dan kandungan lebih informasi dan ilmiah bukan spesies makcik bawang heheh.
Tips untuk blogger
Okay bottom line, tak kisah lah korang nak macam mana .. tak kisahlah korang dalam kategori blogger apa pun kan. Janji korang happy. Tapi kalau korang serius nak jadi blogger beberapa faktor ni korang kena ambik kira. Ini kira perkongsian aku la yer, berdasarkan pengalaman aku dalam bidang kerja aku dan juga pengalaman aku sebagai blogger. Tunggu next entri aku.
Aku masih penuhkan list-list yang “Must do list as blogger” yang aku rasa aku kena tambah setiap masa kalau aku betul betul nak improve blogging style aku dan sentiasa berada di carian utama.
Blogger kena selalu belajar. Tunggu aku amik nafas untuk siapkan erk. Tetiba semangat ni sebab aku dapat PM dari geng blogger sendiri yang tanya pasal benda ni.
- Praktikal tips untuk menulis blog post
- Struktur kandungan blog
- SEO knowledge – keyword.. keyword
- Broken link – korang ignore je?
- Design – responsive design
- Pemilihan UI design dan layout
- Blog Performance
Haa.. akhirnya aku dah update entri seterusnya tu .. korang boleh masuk terus Apa yang blogger kena tahu dan belajar . Insyallah akan terus update lagi entri seterusnya.
Wowww terbaik la kak azni .. kena praktikkan semua yang kak azni tulis kata ats tu untuk jadi blogger terbaik .. heheheehe..
Sam sama belajar … heheh .. sambil2 wat research.. sambil hasilkan entri ..
Betul, jadi blogger kena belajar setiap hari. Itu sebab bukan mudah menjadi seorang blogger. Banyak kena belajar bukan sekadar ilmu penulisan, tapi olahan ayat yang boleh orang dtg cari kita balik setiap hari tanpa perlu sebar link secara agresif.
nice sharing kak azni. betul sangat blogger kena rajin belajar. tak sabar nak baca sambungan
Bila niat asal untuk menulis sebagai kenangan.. boleh jadi side income…lagi bersemangat untuk menulis setiap hari tanpa jemu… Tapi masih lagi jauh untuk kejar mereka yg berjaya. Berada dalam komuniti blogger pun dah rasa syukur sangat…banyak membantu.
Yupp… sama ema ..
Dulu mula² buat blog sebab tengok orang ada blog, pastu makin lama makin suka menulis. Ditambah dengan dapat sedikit rezeki dari blog, terus makin semangat sekarang. Saya nak tinggal blog ni kalau kita dah mula!
banyak lagi ilmu blogger mama kena belajar. tq for sharing
Sama2.., insyallah kita sama sharing
Nina pun kategori hobby. Dulu lepas resign tak tau nak buat apa, baru cuba² masak baking pastu simpan laaa resipi dalam blog.
Akhirnya dah 7tahun blog Nina sampai laaa ni.
Sekarang blog dah macam² cerita Nina share bukan resipi semata. More fun! Alhamdulillah tak sangka dari blog pun boleh jana income tiap bulan. Yeaayyy….. Syukur.
Sekadar suka-suka. Start dari 2007 sampai la sekarang masih lagi menaip. Fokus blog informasi saje. Pernah juga pencen awal tp tangan ni gigil nak menaip, so teruskan kembali.
Note : Benci dengan blogger baru yang suka copy paste artikel tanpa kebenaran. Kredit langsung tak bagi.. Hope jangan buat mcm itu… penat blogger memerah otak nak fikir ayat
Kin masih lagi dalam kategori no 2 tu. Hobby (: insyaAllah nanti slow2 pergi ke yg no 3 tu pulak.
suka berblogging sebab puas hati bila ada org masuk blog haha
Hahahah paham sgt perasaan tu
Sama laa kita, mula berblog saja saja mcm online diary ja hehe
Perkongsian yg menarik blh dipratikkan
Perkongsian yg menarik blh dipratikkan..nice blog