Jalan Jalan di kota Bharu
Table Of Content
Mereka inilah antara kawan2 yang saya kenali sewaktu tingkatan 1 dahulu. 19hb Oktober 2013 kami pulang bersama2 menjejaki bumi kelantan dan Jalan Jalan di kota Bharu
Dahulu kami sama2 belajar di MRSM Pasir tumboh dari thn 1987-1989.. huh dah 25 tahun tu.. dah sambut jublee perak pun tahun lepas. dengan adanya Fbook ni mmg kami tak pernah putus hubungan.. rapat seperti adik beradik.
Kami nak balik KB, rindu pada kenangan, rindu pada makanan best di Kota Bharu
Kenangan di MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
Rindu sunggoh nak balik KB. rindu nak berjumpa dengan kawan2 yang masih ada di KB. Dahulu selepas abis SRP masing masing berpecah .. ada yang balik MRSM di negeri masing2macam saya balik ke MRSM taiping.. heheh tapi saya bukan budak super yer.. ada yang di MRSM KT, MRSM balik pulau dan lain lain
Lepas SPM lagilah terpisahsampai ada yg putus hubungan sampai sekarang.. tambah mcm kisah seperti saya seperti dalam entri yang sebelum ni hehehe. Ramai yang berjaya melanjutkan pelajar ke luar negara saya dlm negara jerberliku liku pulak tu huhuhu
Okay takpa.. ni kita citer bab best sahaja. Nak cerita betapa seronoknya Jalan Jalan di kota Bharu
Saya ni mmg biasa travel.. alhamdulilah suami saya sgt sgt memahami dan trust pada saya dalam bab bab travel ini, tapi ada kwn2 saya ni .. mmg jarang jarang dpt peluang sebegini.. malah mereka pun terkejut bila suami beri kebenaran.
Alhamdulillah.. niat yang baik dipermudahkan. Bukan nak buat apa pun.. nak menziarah bdr KB dan.. hehehe apa lagi.. pulun makan lerr… hahaha.. sama2 nak menyoroti kisah lama.. tapi yg sebenarnya kami ni mmg teringat masakan kelantan. kami makan sunggoh2 and rasa mcm tak cukup perut hahahah.. tapi mmg puas lah trip kali ni.
Saya ni mmg suka sangat makan.. tapi bukan byk2 yer.. suka nak makan mcm2 sebenarnya.
BACA : Makan Best di Kota Bharu
25 tahun dulu sewaktu belajar di MRSM pasir tumboh kelantan. asrama kami ni di tempat terbuka.. pihak mrsm menyewa beberapa rumah yang dijadikan asrama. ehheheh mmg best.. sbb petang2 jer.. ada jer orang datang menjual di hadapan asrama ni.
Sebelum belajar di kelantan mmg saya tak pernah makan laksam.. punyalah pelik tgk orang mkn laksam dengan tangan… tapi sekali rasa mmg terangkat lah. hehehe itu dulu… skrg… terer dah
Senarai Makanan Best di Kota bharu
1. Nasi ulam Cikgu
Sampai jer di kelantan.. geng di KB dah tunggu dah… kami di bawa ker satu tempat namanya nasi ulam cikgu.
walaupun semua perempuan..heheh tapi kami makan byk tau.. sebab… kali ni anak2 and suami takder.. heheh boleh mkn puas puas haa.. cuba tgk lauk pauk nih.. dah standby Rm100++… laa. rupanya Rm57 shaja.. perghhh.. biar betull… eh mmg betullah..ulam dia mmglah byk.. ikan masak percik.. mmg terbaik. air tu siap siap boh dalam jug sendiri.
2. Pantai cinta berahi atau pantai cahaya bulan.
wah.. inilah goreng colek… ekceli kami mkn tak byk sgt.. org kata kalau tak cuba tak merasa.. kami balun baik punya.. tak ingat berapa tapi consider murah lah jugak. so kalau p sana .. jgn lupa p tempat ni yer.. kat KL mmg boleh dpt .. tapi heheh sini kan murah.
Lagi satu dapat minum air longchan .. atau botol kicap. perasa oren, sarsi, asikrim soda. Mungkin generasi muda tak biasa kut. tapi kecik kecik dulu.. tulah yang sedapnya.
3. Maggi ketam
sepanjang perjalanan ke PCB ni.. byknye gerai jual maggi ketam.. tapi sebabkan perut tersangat kenyang..hahaha.. tak larat mkn dah. takpa .. next time kita try. kalau ikut kata orang mmg sedap.
kempunan tak dpt rasa, sbb perut dah penuh. sapa2 dah rasa pls share..
4. satay sepanjang jln pengkalan chepa
Memang ramai byk yg jual satay kat area sini.. tapi disebabkan baru lepas raya haji agknya.. tu dia… Rm1.00 secucuk.. hokay… boleh tahan pulak satay kat sini…
lepas tu sampai dir umah kwn tpt kami menginap ni.. kami sambung mkn lagi..hahah.. sambil sembang sembang… heheh.. mmg best… tak abis abis cerita. yerlah citer 25 thn dulu… byk nak catch up. walaupun sebelum ni ada yg berpeluang nak jumpa tapi masa yg singkat.. tak sempat nak citer byk.. kami duduk ramai ramai sebilk..heheheh citer lagi sampai malam.. tidur dlm kekenyangan
Hari kedua
Pagi pagi lagi dah siap sbb nak p cari makanan di pasar di pengkalan chepa ni…mmg best.. lauk pauk and kuih kuih traditional… ada yg tak pernah rasa pun…sarapan pagi dikelantan.. selalunya ada macam macam.
- 1. Nasi berlauk
- 2. Nasi kerabu
- 3. kuih muih
- 4. apam spesel. – yg ni tak sempat nak rasa
- 5. laksam
- 6. pulut pagi
Banyak tak kami beli??? … beli tak hengat. hahahahah.. semua nak rasa..
Kami bawak pulang kerumah dan mkn bersama emak emey… haa.. tu diaaa.. berbungku bungkus… semua nak rasa … nnt terkilan heheheh.. lepas tu kami bersiap siap utk keluar ke pengkalan kubor.. andaian kami mungkin tak ramai orang sbb baru lepas cuti.. perjalanan dalm 45 mins dari pengkalan chepa
hehehhe.. sah tak ramai orang… katanya selalu ramai orang. .. sib baik.. kalau tak sure berpeluh peluh
so apa yg kami cari.. topeng untuk anak anak..bajulah… mainanlah.. itulah .. emak emak ni.. kalau p mana pun.. cari barang untuk anak dulu… beli topeng kat iman ni.. dlm RM10.. bolehlah.. siap ada lampu lagi tu. abis hati iman dpt topeng ni..
kemudian saya beli sudu stainless steel… heheh mc da pun pulun beli jugak. murah kut kan..
Bab makan.. haa.. ni best nak citer
- Colek Buah.. perghh.. mmg terbaik.. punyalah baik and fresh.. hanya ram5 sahja.. kalau kat KL.. confirm dkt Rm20++
- Mee celup
- somtam
- asam jawa botol..
- Gajus
Korang boleh refer https://www.tripadvisor.com.my/Restaurants-g298285-Kota_Bharu_Kelantan.html
Kalu maghi kelate.. tak singgah pasar khadjah.. tak sah. tapi kami sampai agak lewat… jadi byk juga kedai yg tutup.. tapi sbb nak feel mcm dulu dulu kalau outing.. saya gagah.. makan jugak.. nasi separuh..hahahah jadilah… buat kenangan
Kami sempat pusingg2 dlm pasar khadijah tu… buat pertama kali saya diperkenalkan dengan Beko.. kata mc da tu sedap buat kerabu. abis hati kwn dpt jumpa beko..hahahaha
Mlm ini mlm terakhir kami di KB.. tapi kwn kami zack on d way dari Penang pun akan singgah di KB. so kami date ramai ramai.. makan di Nasi kerabu Golok di Kubang kerian.. hurm not bad… takde tumis.. sedap jugak.. alhamdulillah.. org penang belanja, murah rezeki sunggoh di bumi kelantan.
Me- time dengan kawan -kawan
Mmg best betul dapat Jalan Jalan di kota Bharu dan berkumpul ramai mcm ni.. alhamdulilillah.. terima kasih kepada suami kami yg izinkan kami berjumpa dan berkonvoi ramai rami ke tempat yg jatuh lagi di kenang ini. Insyallah atas kepercayaan di berikan.. kami hanya ingin mengeratkan silaturrahim dan sekali sekala dapat bergembira bersama sama kawan.
Mungkin ada para suami yang kurang setuju atau tidak membenarkan isteri isteri pergi bercuti bersama kawan kawan sahaja.. dun wori.. girls just wanna have fun sekali sekala setelah penat bertungkus lumus menyiapkan rumahtangga. sekali sekala diberi kelepasan mcm ni apa salahnya kan… malah buat kami tambah sayang lagi… kan girls??
No Comment! Be the first one.