Baru-baru ini aku berpeluang menghadiri pelancaran jenama baharu AEON Malaysia, dan wow! Sebenarnya, aku tak sangka ada banyak produkIn House Brand AEON yang bergaya, berkualiti, dan paling penting—mampu milik! Bagi yang mungkin tak tahu, AEON kini memperkenalkan beberapa jenama dalaman baharu, setiap satunya menepati citarasa gaya hidup kita yang moden dan praktikal.
Table Of Content
Selama hari ini aku tidak memberikan perhatian sangat kepada in house brand ini, kebetulan aku ada di majlis tersebut maka dapatlah aku belek satu persatu kebetulan aku ni bercadang nak travel hujung tahun nanti. huhuh kena beli bag travel tambahan yang bersaiz sederhana kerana limitasi luggage yang dibenarkann.
Begitulakan, ada sahaja alasan untuk shopping hehhe
Ada 4 in house brand dari AEON
aTas: Elegan dan Mampu Milik
Bila aku pertama kali melihat koleksi aTas, terus terbayang betapa selesanya nak bawa ke pejabat! Jenama ini menawarkan beg kerja premium dengan rekaan yang kemas dan profesional. Rasa macam pakai beg berjenama mewah, tapi harganya jauh lebih berpatutan. Aku sempat belek-belek salah satu beg mereka, dan memang nampak kukuh dengan bahan berkualiti. Bagi aku yang selalu travel untuk kerja, beg ni memang best sebab sesuai untuk kerja dan travel sekaligus.
Harga? Serius tak percaya, antara RM139 – RM369 je. Kalau nak dibandingkan dengan jenama high-end yang lain, aTas ni memang berbaloi habis.
iYKYK: Minimalis yang Elegan
Lepas tu aku singgah pula di booth iYKYK, jenama untuk mereka yang suka aksesori dan beg tangan simple tapi chic. Design dia minimalist, tapi memang cantik dan trendy. Kalau anda jenis yang tak suka benda-benda yang terlalu mencolok tapi tetap nak nampak classy, iYKYK memang kena dengan jiwa. Harga pun okey, sekitar RM139 – RM159. Sesuai sangat untuk daily use, tapi tetap nampak elegan bila keluar.
THE GOOD SHOES: Gaya dan Keselesaan
Ini pula bahagian yang buat aku excited, THE GOOD SHOES! Sebab aku jenis yang jalan banyak, kasut yang selesa tu satu keperluan. Kasut-kasut dari THE GOOD SHOES ni memang lain macam—rekaan dia stylish, tapi tapak kasut dia memang selesa gila! Ada sokongan extra untuk kaki, jadi tak rasa lenguh walaupun berdiri lama. Harga pun mesra poket, dari RM99 – RM149. Kalau nak kasut untuk seharian yang nampak cantik dan rasa selesa, ini jenama yang patut cuba.
GALLIVANT: Untuk Si Pengembara
Bagi yang suka travel macam aku, koleksi GALLIVANT ni memang buat aku teruja. Dari beg carry-on, luggage ringan yang spacious, sampai ke beg duffle, semua ada! Design dia simple tapi praktikal, dan setiap beg ada jaminan, so rasa lebih yakin nak guna lama. Aku paling suka beg backpack dia, sebab ada banyak compartment yang buat barang-barang mudah disusun. Harga pun reasonable, dari RM59 – RM369, bergantung pada jenis beg yang anda pilih.
Bila lagi nak support lokal?
Secara keseluruhan, aku rasa AEON berjaya memperkenalkan jenama-jenama baharu ni dengan sangat baik. Koleksi-koleksi ni bukan sahaja cantik dan bergaya, tapi juga sangat praktikal untuk kegunaan harian. Lagi best, harganya tak buat kita rasa terbeban. Kalau anda mencari produk yang mampu menambah gaya hidup tanpa perlu belanja besar, jenama-jenama dari AEON ni memang patut ada dalam wishlist anda.
Jom ke AEON dan cuba sendiri! Siapa tahu, mungkin anda akan jumpa item kegemaran anda yang seterusnya.
No Comment! Be the first one.