Seringkali yang bermain di fikiran aku adalah, bab penjagaan muka dan juga make up. Adakah kedua benda ini berasingan atau adakah sebenarnya ia boleh dilakukan serentak pada masa yang sama. Jadi aku terus mencari dan cuba memahami sehinggalah aku jumpa dengan Hada Luxury Youth Oil yang penuh khasiat minyak argan dan marula oil
Table Of Content
- Hada Luxury Youth Oil bukan percubaan argan oil yang pertama
- Hada Luxury Youth Oil memang bagus untuk melembabkan kulit.
- Aku sangat happy dengan Hada Luxury Youth Oil
- Khasiat minyak argan dan marula
- Khasiat minyak argan
- kebaikan Marula oil
- Rutin Penjaagaan kulit dan Make up sekarang
- Harga
- Maklumat penuh
Bila masuk lewat umur 30an paling ketara yang aku lihat perubahan pada kulit muka adalah parut sangat lambat untuk hilang, freckles atau jeragat mula timbul dengan meriah. And for my case dah jadi melasma dah.
BACA : Panik Attack dengan masalah Pigmentation
Di saat aku menulis ini, aku nak bagitahu aku dah consume hada luxury oil ini hampir 1 setengah tahun. Hada mengandungi ekstrak minyak argan oil, marula oi dan beberapa kandungan lain.
Hada Luxury Youth Oil bukan percubaan argan oil yang pertama
Aku pernah beli argan oil sewaktu MAHA tahun 2014 rasanya, Aku lupa dah brand tersebut. Yang pasti aku memang terpengaruh dengan kelebihan minyak ini. Tapi masalahnya pada masa itu, aku tidak berapa istiqamah dan tidak berapa tahu pemakaianya.
Tahun lepas 2017, aku diperkenalkan Hada luxury oil ni oleh ofismate lelaki, aku ulang .. lelaki tau. Dia bagi aku test free jer. Dia share kisah Isteri dia user tegar hada, dan juga sahabat kepada founder.
Opismate aku ada share cerita founder hada telah membeli secara pukal untuk kegunaan sendiri dari Morocco di sebabkan ingin mendapatkan yang asli. Macamana pun aku yakin sbb founder hada mmg mempunyai kulit yg cantik dari apa yang aku lihat.
im shooo in love with her skin.
Istimewanya HADA Luxury Youth Oil bukan hanya mengandungi khasiat Argan tetapi Marula oil.
Pada mulanya aku ingat ianya akan membuatkan muka berminyak. Eh. bukan aku seorang berperasangka begini tau.
Tapi sebaliknya yang berlaku.
Hampir kesemua orang yang membeli akan punya perasaan yang sama. Salah seorang kawan aku yang turut menggunakannya pula pada asalanya muka agak berminyak tapi tidak ada masalah lagi sejak pakai huda oil ini.
Yelah orang sebut oil terus kita terbayangkan minyak yang bergenang genang kan! minyak ini terus serap dalam kulit kita. Memang best.
Hada Luxury Youth Oil memang bagus untuk melembabkan kulit.
Sesungguhnya aku dahulu agak naif dalam menjaga kulit muka. Yang aku tahu kalau nak bagi kulit sentiasa lembab kena minum air banyak (melalui pembacaan walaupun tak buat) lepas tu brg makeup pula pakai foundation dan letak bedak.
Lansung tidak paham keperluan “prep” sebelum mengenakan make up. Makin hari bila tengok Youtube dan IG semuanya bercakap keperluan serum, primer and bla bla. Masih tidak faham, mungkin faktor orang tua hahaha. Agak slow untuk memahaminya
.
BACA : Belajar Make up pula
Kalau boleh aku ulang masa, memang nak jaga muka dari dahulu lagi. Memang tidak acuh lansung masa zaman muda muda .
Jadi, untung anak anak muda sekarang, mereka memang mendapat pendedahan mcm-macam cuma sayangnya kadang kadang tersalah pilih produk pula. Terlebih make up dan salah amik skin care
Aku sangat happy dengan Hada Luxury Youth Oil
Setelah 1 setengah tahun pakai memang aku dapat lihat perubahan hasil pada kualiti kulit aku sendiri. Seriously !
Dahulu hanya berharapkan 3 bulan sekali ke facial untuk overhaul kulit. hahaha. Mana boleh!
Penjagaan kulit ini perlu istiqamah dan dibuat setiap hari without fail. Cuci kena kasi bersih sebersihnya.
Untuk korang yang asing dengan Argan dan Marula oil ini, mari aku share apakah sebenarnya benda alah ini dan Khasiat minyak argan. Sebenarnya bukan argan & marula oil sahaja di campurkan dalam Hada Luxury Youth Oil ini tapi ada ramuan lain. Sebab itulah berbau harum
Lagi satu disini orang hanya heboh dengan Argan OIl tapi di luar negara semua tengah kemaruk dengan Marula oil sebab ia ringan, ia menyerap cepat, penuh dengan nutrien dan menghidratkan super tanpa meninggalkan kesan berminyak.
Khasiat minyak argan dan marula
Rugi kalau aku tak kongsikan khasiat kedua minyak ni. Jenuh dah aku buat research dan study setelah aku panik dengan keadaan kulit aku dulu. Jadi baik aku kongsikan dengan korang. So apakah argan dan Marula oil
Khasiat minyak argan
- Sangat Femes di Malaysia tapi banyak di brandkan dengan nama lain.
- Mengandungi Asid ferulik, antioksidan yang memusnahkan radikal bebas dan melindungi daripada kerosakan UV.
- Baik untuk kesihatan kulit dan rambut kita.
- Ciri-ciri anti-oksidan dan anti-keradangan yang membimbangkan untuk pertumbuhan rambut yang kuat.
- Antioksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak Argan membantu menghilangkan parut dan bintik-bintik umur.
kebaikan Marula oil
- Minyak yang dibuat dari buah Marula dan berasal dari Afrika ini merupakan rahsia kecantikan perempuan Kenya selama ratusan tahun.
- Mampu melindungi kulit dari dehidari bahkan di tempat yang panas.
- Memiliki kandungan lemak esensial yang bagus untuk kulit untuk melawan radikal bebas dan membantu melawan kerusakan kulit akibat paparan sinar matahari.
- Kaya dengan asid lemak penting Omega 9 – Oleik dan Omega 6 – linoleik yang sangat hidrat dan mengurangkan kemerahan manakala berkhasiat, penyembuhan, pelembab dan meningkatkan keanjalan kulit.
- Minyak Marula membantu mengurangkan kehilangan air transepidermal dan meningkatkan kelancaran kulit.
- Bagus untuk kulit, rambut, massage oil, kurangkan signs of aging
kalau nak tahu lebih lanjut khasiat marula oil korang boleh baca di laman web Marie Claire . atau korang boleh baca dari www.organicfacts.net atau pun lagi satu link dari negara jiran kita https://www.bukalapak.com/ yang menerangkan juga manfaat dan khasiat marula oil dengan lebih terperinci.
Aku bukan cakap sembarangan.
Memang aku suka buat research, study, yakin dan baru beli dan pakai. Jadi apa salahnya aku kongsikan di blog aku ni pula kan.
Rutin Penjaagaan kulit dan Make up sekarang
Sejak dah pandai sikit cara menjaga kulit ini. Aku share rutin cara aku jaga kulit sekarang dan Make up.kan aku dari awal lagi aku mencarin solution 2 in 1 kan.
- Cuci muka
- Toner
- HADA LUXURY YOUTH OIL
- Serum
- Moisturiser
- Sun Block
- PRimer (kadang kadang)
- Foundation
- Bedak.
Walaupun mengambil masa yang sikit lama untuk prep. tapi hasilnya Make up aku boleh bertahan sampai malam kalau musim ABC dan kulit aku pun lebih terjaga.
Eksperimen aku berjaya!
Kalau korang berminat nak membeli minyak ini boleh sahaja wassap kat bawah ni . Memang aku terus bantu opismate aku tu untuk menjual minyak ni sebab aku testimoni bergerak hahaha
Lupa nak share harga pulak
Harga
- RM69 untuk 15ml
- Postage rm7
Maklumat penuh
- Produk ini di kilangkan di kilang yg ada GMP (Good Manufacturing Practice)
- Produk ini juga ada KKM/NOT
- Marula oil ni mahal tau. Kalau tak percaya cuba korang gugel. Tapi yang ini siap combine dengan argan Oil lagi. PERFECT COMBO
Kalau berminat boleh tekan jer icon wassap bawah nih…
macam mana nak beli ni?
Puan Rozita JRM pun cakap minyak argan terbaik.. untuk kulit wajah. Dan kelembapan rambut
Wow KakNi , nampak menarik .. berapa sebotol ? Nak jadi testimoni gak boleh tak .. hehhe
Sekarang i guna rosehip oil ja, mcm teringin nak try argan oil plak. Boleh campur campur guna ka?
Boleh jer. Tgk la mua dok tepek berlayer2
wow.. cm bes jer.. nak cuba jgk lah. especially utk rambut tu.. meh la sponsor. hehe
bukan sembaramgan oil ni.Hebat betul gabungan dua oil ni.. first time dengar marula..
ARGAN memang banyak khasiat dia .. merecik
Hurmm…. Belum pernah guna argan oil. Sejak dah cecah 4 series ni memang rasa perlu guna macam akak laaa….
Saya pakai minyak argan utk rambut anak², memang best!