Gunung Fuji yang penuh Kenangan
Table Of Content
Gunung Fuji Japan, sedihnya nak tinggalkan kamu. Yer ..Hari ini merupakan hari kitorang akan meninggalkan Gunung Fuji.
Gunung Fuji Japan Tarikan tersendiri
Kami rasakan semasa kita orang kat sini, Mount Fuji atau Fujiyama telah menjadi sahabat setia. Keluar bilik sahaja dah nampak tersergam, di mana2 saja kami nampak. Ia seperti mengekori kami di mana saja. Sebelum nak ucap selamat tinggal.. sebenarnya ada cerita lawak pasal Gunung Fuji Japan dan kami suami isteri.
Semalam semasa kami berjalan kaki menuju ke stesen kawaguchiko, di belakang stesen tu kami nampak ada satu Gunung yang Putih and Besar. So sembang sembang dengan Husband ” Eh..itu Mount Fuji ker” . “eh.. takkan kut ” kata husband.
Dekat sangat ni. Hahahah rupanya betullah itulah Gunung Fuji Japan adui kami terasa bodoh and kelakar sebab dalam percaya dan tak percaya kami dah itulah Mount fuji, kerana ini lah kami katakan Mount Fuji ni macam mengekori kita. Kalau view dari tasik kita akan dapat angle lain pulak.
3 hari 2 malam pun tak cukup menatapi Gunung Fuji
Sebenarnya 3 hari 2 malam tak cukup untuk explore keseluruhan kawasan sini, sebab kami sampai di sini dalam pukul 7 malam. Hop On and Hop off menawarkan green and red line dan untuk 2 hari 1100yen untuk adult. Bila travel musim fall/winter siangnya sangat pendek.
Di sepanjang red line banyak perhentian yang menarik, tapi kami terpaksa selective. Kalau singgah di perhentian terakhir .. rasanya yang ke 22 jangan lupa makan aiskrim Vanilla yang sedap ya amat walaupun berharga Rm20 seketul.
Ikut nafsu memang beli lagi, tapi we all kena control maklumlah budget traveller. 🙂
bukan kedekut yer…hahah.. simpan duit untuk beli “pengalaman” lain kelak.
Untuk trip hari ini pun we all bawak bekal nasi pak berahim siap siap. travel dengan anak memang kena prepare stok makan dalam bag sentiasa. Kalau ada duit pun belum tentu kita boleh beli makanan halal dengan mudah. Jadi baik prepare siap siap. heheh okay apa.. makan dengan menyaksikan Gunung Fuji Japan… priceless.
Note : gambar gambar banyak kat IG. boleh follow IG azni or hashtag #fairasaznitravel
Jom makan.. Sambil mengadap gunung fuji kat belakang tu. Bawak bekal kemana saja. Gitulah #villagepeople bila berjalan jauh.. Bkn sbb bajet jer. Tp payah nak jumpa halal food #fairasaznitravel #kbba9
Baca : Japan trip 4 Menuju ke mount Fuji
Ada yg berkata Mount Fuji merupakan gunung yang pemalu, di mana ia hanya akan muncul seketika dan kemudian bersembunyi di balik awan. Semasa salji turun di Gotemba semalam, memula we all dah rasa peluang utk nampak Gunung Fuji tipis sbb surely awan akan tebal, tapi nampaknya kami amat bertuah kerana ia menampilkan bentuknya sepanjang 2 hari kami di sini.
Arigato and Sayonara Fujiyama. Till we meet again.
Cerita Fuji Tozan Densha
Fuji Tozan Densha Train
Perjalanan kami hari ni diteruskan dengan menaiki train dari Kawaguchhi Station ke Shinjuku di Tokyo. Dari Gotemba kami menaiki train yg unik sikit. Nama train ni ialah Fuji Tozan Densha yg dikendaliklan oleh Fujikyu Railway.
Syarikat ni ada juga train2 biasa yg lain tapi Tozan Densha ni best skit. Macam scenic train sikit. Bentuk dia klasik dan ada ruang dalam yg selesa. Ia cuma ada, kalau tak silap 2 atau 3 gerabak sahaja, dan akan ada announcement yg mengatakan gunung Fuji sekarang berada di kira atau kanan anda..design tingkapnya yang luas memang sengaja direka mcm tu untuk kita amik gambar, nak tau lebih lanjuk nanti korang tengoklah video kat bawah nih.
Cuma train ni slow sikit la… sebab ianya memang direka khas untuk menikmati Gunung Fuji. Yang bestnyer train akan berhenti dlm 5-10 minit di stesen2 kecik mcm di kawasan pendalaman sikit. So ada peluang we all keluar kejap dan bergambar. Stop terakhir ialah di Otsuki dan kitorang tukar express train direct ke Tokyo.
We are in Tokyo, fast & furious
Stesen keretapi di Tokyo kebanyakannya besar2. First thing yg kita orang confuse di sini kenapa naik escalator semua berdiri sebelah kiri pulak, sedangkan di Osaka derang berdiri sebelah kanan…hmmm. Kita ikut jer la.
Cara berdiri di escalator di sini menggambarkan betapa tidak selfishnya mereka ni. Mereka akan berdiri di satu bhg dan di sebelahnya kosong utk sesapa yg nak cepat boleh lalu ikut situ. Kira mcm lorong memotong lah tu. Kalau bawak bag trolley pun kena letak di depan atau dibelakang kita.
Teringat pulak ada semasa kat satu mall di Malaysia, ada sorang brader yg berdiri di tengah2 escalator sedang tangan kiri dan kananya berkepak memegang sisi kiri dan kanan escalator.
Aku yg kat belakangnya nak cepat..ckp “Excuse Me”..tp tak dengar…pastu ckp “Tumpang lalu bang”…x dgr jugak . Loor pakai earphone rupanya. Kitorang pon buat lawakla..kalau kat Osaka berdiri belah kanan, di Tokyo belah kiri..kalau di Malaysia lak…berdiri tgh2..hehe.Nak buat camno.
When in Rome, do as the Romans do.
Plan asal nak letak bag kat coin locker tp drp pengalaman mencari rumah di Osaka aritu, rasanya baik we all check in dulu. Walaupun masih awal tp host kata dah boleh masuk. Kami menetap di Ikebukuro.
Actually senang je mencari tptnya kali ni, Cuma we all tersilap stesen pulak, dah terlepas satu stesen. Patah je balik lagipun tiket JR train takyah beli sebab JR Pass kitorang masih valid lagi. Semasa terkial2 mencari jalan di stesen yg salah tu, kitornag sempat bertanya sorang mamat yg sedang sibuk mempromosi mcm kedai game dia.
DIa ni sepatah pun x reti Bahasa Inggeris tapi begitu beriya mambantu kitorang. Dia belasah je ckp Jepun dgn kitorang…aku yg x paham pun buat2 paham…tapi paham jugakla sikit2 sebab dia tunjuk2 arah2 tu..hehe.
Baca : Japan trip 3 Cerita di Gion
Lepas check-in kitornag lunjur2 kan kaki sat, pastu gerak ke Harajuku dan Shibuya. Stop2 ni semunya dalam the same line iaitu Yamanote Line, so senangla sikit tak perlu nak tukar train. Yamanote Line ni cover stesen yg besar mcm Ikebukuro, Shibuya, Harajuku, Shinjuku, Ueno, Akihabara, Tokyo dsb. So husband aku sengaja carik rumah yg dalam lalauan Yamanote Line ni.
Hurmmm gambar yg br dpt tgk dr hp abam @fairasimran #fairasaznitravel
Keluar stesen Harajuku je we all nampak Takeshita Street (Takeshita Dori)..wow…padat betul. Jom redah. Ada byk kedai2 di Takeshita Street dan juga bermacam org.
Tersempak juga dengan beberapa budak muda Jepun yg berpakaian pelik..cosplay la tu kot, bukannya kitorang kenal pun watak2 nya. Tapi street ni mmg padat. Oh ada Daiso…hehehe. Kat sini harga std brg jat Daiso ialah 100yen. So leh kurang RM4 kita.
Ada jugak food court yg ada makanan halal kat belah penghujung street. Lepas tu kitorang ke area yg dikatakan ramai bebudak cosplay lepak, tp tak nmkpak pun…maybe dah malam. Ok la..kita cuba try esok.
Dari Gunung Fuji Japan, Now let’s move to Shibuya.
Stesen Shibuya hanya satu stop dari Harajuku. Sampai je kitorang cari makanan dulu. Tools yg we all guna sejak hari pertama dulu ialah Halal Navi. Jumpa satu restoran yg harga mknnya agak mahal (mana yg tak mahal bila di Jepun kan) tp makannaya memang super awesome. Wagyu okay. Mau tak sedap. Ini memang lain dari yang lain. Namanya Hanasakajisan Restaurant
Perut kenyang senang hati…ok kita orang terus berjalan ke Shibuya Crossing. Crossing ni memang femes. Kalau Paris ada Eiffel Tower dan New York ada statue of liberty, bagi aku Tokyo ada Shibuya Crossing. Crossingnya datang dari plebagai arah. Tpt ni jugak dah jadik byk lokasi filem. Antaranya filem Fast and Furious Tokyo Drift. Memang teruja bangetla aku.
Giler ramaiinya orangg
Hmm Iman kurang teruja dengan Shibuya Crossing ni sebab target dia ialah nak tengok Statue Hachiko. Sebelum pergi dulu kitorang byk ceritakan pada dia sejarah sesuatu benda atau tempat tu. Untuk dia appreciate and enjoy bila tgk benda tu, dan cerita Hachiko ni salah satu drp yg dia minat. Hachiko statue dekat je dengan Shibuya Crossing. Apa lagi bergambar lah dia dengan si Hachiko tu, muka dia memang puas hati senyum meleret
Tokyo Checked!
Tips
- Inn atau guesthouse berbeza ikut location, yang mengadap tasik dan mount fuji paling mahal
- Jika travel ramai dalam 5 orang lebih berbaloi sewa kereta, dari menaiki hop on hop off. Jimat duit, jimat masa dan banyak tempat boleh cover.
- Pastikan kamera best di bawa bersama.
- Dapatkan info dari tourist people yang sedia ada disitu dan boleh berbahasa English, untuk faham line bus yang akan dilalui. Sangat helpful!
- 1 hari hanya dapat cover 1 line. So u need 2 solid days untuk berada disini kalau naik hop on hop off
- Travel dengan anak, wajib story pasal hachiko anjing yg setia. Budak mana tak suka binatangkan. Jadikan satu motivasi untuk pergi sessuatu tempat.
Kesilapan kami
- Tersalah tengok map, tertinggal satu stesen untuk ke rumah. Walaupun nampak dekat dalam google map. Nasib baik we all patah balik naik balik stesen yang sama.
- Microwave yang canggih sgt, kena hati hati. Huhuh lebur periuk nasi brand Tupperware kesayangan.
Seronok baca experience Azni ke Jepun. Lain lah feeling orang yang memang nak travel backpack style and kami dulu yang dok kat Jepun jap. Train scenery tuh kami tak naik pun…bagus la korang amik opportunity macam tu. Sapu habis ..hehehe. Part escalator tuh memang kelakar lah. Malaysia for me is boleh lah land. Anything cannnn! hahaha! Rindu aaaiihhh Nihon. Huhuhu
Hahah kasi sapu abis! Takut x der rezeki nak sampai lagi sbb wish list byj sgt!
I enjoyed reading about your Japan trip. Masih mencari2 a good air bnb for our Japan trip March 2017. Boleh share tinggal di mana ketika di Ikebukuro? Or any personal recommendations for air bnb in Tokyo.
Thanks!
ooooh bestnya.. march yer…. sakura time. rumah jepun ni semua lebih kurang. yang penting dekat dgn station senang nak gerak kkan.. kalau memang nak masak make sure yg ada tempat masak and peti ais kalau ada senang. japan mmg best. jgn lupa update.
seronoknya dah sampai ke jepun kak azni.
harap dapt peluang juga ke sana satu hari nanti,
Alhamdulillah… dpt gak. Menabung 1 thn. Ema pun boleh gakkk. Jepun best.. p .. p..