This is confession yang aku kena habaq, aku ni bukan beauty or health freek tapi dah jadi semacam mid life crisis kut. Dah masuk 43 tahun ni, kerisauan tu bab muka, bab jaga badan. Korang pun tau kan dah masuk golden age ni semua dah menurun, metabolisme kollagen.. dok cuba lah top up tapi macam tak cukup cukup kut kut. Maybe kena buat Detox facial dulu kut. err. btw bukan sekali aku tulis kerisauan ini. hehehehe
Table Of Content
BACA : Pigmentation oh pigmentation; panic attack
Sejak sejak timbul kesedaran nak jaga ketrampilan diri ni alhamdulillah, ada improvement dari segi kualiti kulit muka. Hari tu pernah scan di kaunter SK2 dia kata okay lah kulit, kulit muda dari usia. Alhamdulillah. Tapi hehe tu free check up yer, maknanya tak details sangat. tak sempat lah nak tanya banyak- banyak.
Terpaksa cari primer untuk tutup pores
Lately ni aku perasan pores kat muka aku ni macam besar or memang dari dulu erk, aku yang tak perasan kut. Sampai aku tukar primer yg khas untuk menutup pores nih . Oh yer.. dulu aku pakai primer dari smash box and sephora. So untuk kes pores ni nak cari primer bila kau tanya depa akan suggest 2 jenis primer, satu frm benefit and satu lagi dari smash box.
Pergh.. sampai camtu tau investment aku kena pikir bab bab ni.
Tapi itulah.. ia hanya bertindak sementara.. tak mampu mengubah nya. So akhirnya aku decide nak pergi facial. Dah seminggu ni dok cakap nak pergi facial, tapi still tak amik tindakan. Pastu tah macam mana rakan blogger aku, Mr Ben Ashaari mentioned dia laki pun pergi buat treatment di MBH .. hahaha ko ado? orang laki pun amik tau bab bab kesihatan dan penampilan ni.
MBH Medi spa ni bukanlah asing bagi aku, sebab aku pernah buat treatment dulu kalau tak silap diamond peel kut.. tapi hahah aku dah hilangkan voucher tu, and ini cerita 3 tahun lepas. Aku sempat pergi sekali jer.
Macam mana aku tahu pasal MBH?
hey… akak ni kan ramai kawan kawan yang seangkatan 40an dan ada ada juga jenis macam anak dara tau.. muka V shape lagi. glowing sangat. Rupanya kawan akak tu dok ulang alik pi MBH Medispa bangi. sejak itulah aku follow IG MBH kalau ada promotion promotion yang menarik. korang boleh refer kat IG MBH_Medispa
Analisis kulit
Yang aku puas hati, kulit aku dah bertambah moist, sebab sejak2 aku pulun pakai Argan + marula oil memang lah aku puas hati sangat., nnt aku share pasal minyak yang aku pakai ni tau sebab banyak improvement berbanding dulu
tetapi..
Sangkaan ku betul. Uwaaa… aku ada masalah pores nih. Dalam banyak problem ini yang paling tinggi. Bila bincang dengan beauty consultan ni faktor atau penyebab ini terjadi mungkin sebab zaman dulu dulu kan rajin pakai strip yang letak kat hidung and tarik kuar white and black head tu. Pastu tak reti reti nak tutup balik. kan pores dah ternganga mcm tu . Padan muka aku kan. so pengajaran yer ada adik kakak. Kalau nak DIY pun kena ada caranya. Kesan dari pores tu kulit aku jadi sikit kasar .
Sebenarnya untuk kes Pores ini terbaik adalah buat treatment Dermapen, which is aku pernah juga buat sebelum ni dari butik medispa yang lain, and aku ada lagi satu kali pakej yang nak kena habis. Korang nampak tak?.. heheh bertambah sikap culas aku ni.. hot hot chicken shit…hahah.. semangat sekejap sahaja. Eh… ker sebelum ni mmg ada tapi sejak aku buat dermapen jadi elok.. tapi ini sebab lama aku tak buat..?? adeh…
Tapi this time aku rasa nak try treatment lain, Aku tertarik dengan Mudnetic Detox.,sebab aku tak pernah try seumur hidup aku. Kedua sebab bila beauty consultan share dengan aku beberapa faktor yang best ni. sebaiknya buat treatment yang ni dulu, sebelum proceed dengan yang lain. So back to basic..
Baca : Belajar Make Up pulak
Kelebihan Mudnetic Detox
- Menyingkirkan toksin kesan daripada penggunaan barang mekap,lebihan minyak dan kotoran dalam liang pori2.
- Membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori2, memutihkan dan mencerahkan kulit muka
- Melembapkan kulit dan memberikan mineral yg diperlukan oleh kulit wajah
Proses Mudnetic Detox Facial
Sebelum memulakan proses ini, muka aku di cuci terlebih dahulu, kemudian dengan menggunakan steamer untuk membuka liang pori pori. sebaik sahaja abis, ada satu alat vakum khas untuk membuang whitead and blackhead. haaa… baru betul…rasa cam clear jer highway dalam ruang pori pori aku tu. heheheh kemudian terus lah muka aku ni di oleskan dengan MUD atau lumpur yang didatangkan khas dari Jordan ni.
Tekstur mud ni sangat halus uolls. Ingatkan rasa berat. Rasa tak pakai apa apa pun. So kalau tak silap aku dibiarkan selama 15 minit kut selepas di cuci menggunakan magnet khas untuk menarik MUD tersebut. hahah terpesona aku. Tak sangka macam ni caranya . So yang tinggal di muka aku hanyalah macam minyak minyak yang akan digunakan untuk urutan seterusnya. Nanti aku akan share video .. hahah tak siap lagi.
Selepas itu ada mesin LED pulak di letakkan di muka aku. hhehhe macam baby yang kena jaundace pulak. Tapi ni sinar LED aku kaler hijau. Khas untuk masalah pores and pigmentation aku tu.
Fascinating kan!
Sorrylah hahah aku memang suka teruja kalau benda benda camni .. hahah dulu kalau p facial kan pakai wap, pastu proses picit whitehead and blackhead sampai nangis tu. Now dah advance kan, macam macam ada.
Memang memerlukan RM untuk semua ni. Tapi aku bagi hint kat korang, rajin rajin lah intai IG dia orang ni sebab selalu ada offer yang best and harga tak masuk akal.
Makin berumur makin kena jaga tau
Walaupun dah berumur kena jaga. Setengah orang memang tak kisah, malah ada kawan kawan hanya pakai bedak baby sahaja. Tapi masa itu tak boleh patah balik . Problem pigmentation dan melasma kat muka aku ni sebab masa muda muda dulu tak ada kesedaran untuk menjaga muka. Tak pernah nak pakai toner, mositurezer, lotion and sun block. Tambah dulu aku belajar di Pulau Pinang, bayangkan lah tahap panas nya macam mana . Panas pulau !
So korang kalau malas sangat pastikan pakai Sun block kalau nak keluar. Sayanglah Muka tu weh.. Dalam famili aku sendiri aku tengok kakak2 yang jaga muka memang masih elok walaupun dah berumur and pencen, yang jenis tak kisah memang tak berapa nak elok lah kan.
Hurmm untuk kes yang dah terlepas jaga ni dah kena spend duit untuk rawatan laser pulak
Setengah suami tak menegur, tapi suami aku memang tegur kalau macam nampak kedut ker, atau double chin ke .. heheh sebab aku pun tegur suami aku kalau dia pakai selekeh. Hehheh mestilah kita nak sedapkan pasangan masing-masing.
Bottom line, sama sama jaga ketrampilan dan happykan pasingan kita selain dari self esteem. Tak gitu?
Jangan Tua sebelum waktu okay..
Thank you 4 sharing
Setuju..
Kena jaga penampilan diri supaya tak nampak tua sebelum tiba masanya..
wah. suka lah. tapi takut sket facial muka ni. hahahaha..
amboii.. dia muda lagi… takpa la… nnnt tunggu umor cam ceq.. panik tauu
Fiza baru tahu umur kak azni, tak nampakkk macam umur tu la kak. Patut laa nampak muda, cantik, pandai jaga penampilan diri <3
harus dik non.. kena jaga … nnt masuk umor 40 an panik terlebih sikit.
best yer buat facial muka ni. jeles yer, bila la nk “me time” camni.
haaa… kena ada “me time”.. kena cari juga…unutk kita juga kan
Bestnyaaa lama tak buat facial ..
Nina pun pernah buat facial kat MBH mediaspa. Best! Puashati dengan perkhidmatan mereka.
Bestnya kalau dapat manjakan muka mcm ni.. Tati pun ada masalah pores.. InsyaAllah nnt nak rajin rajinkan diri intai IG depa..
hahah dah masuk series 40an ..gitu ler..
Bila umur makin meningkat macam macam masalah mula muncul pada kulit wajah…
wah bestnya..LN tak pernah buat facial lagi..boleh lah try nanti..
Tak pernah buat facial, teringin…nnt laa usha time promo kan
wajib buat….. nnt kulit kematu .. hahaha
Lynda pun tak minat pakai apa-apa kat muka. Tapi dah meningkat usia ni bila tgk kulit muka byk pigmentasi, barulah ada kesedaran nak rawat wajah.
hehhehe jeng jeng… jgn lupaaa pakai lah walaupun sun block …
Setuju!
Umo 3 series ke atas wajib pentingkan penjagaan luaran dan dalaman..
rasa macam nak pergi je nanti.
Teknik guna mud magnet tu sgt menarik la…wahhh
haaa.. nnt juju tgk video kat utube yg kak azn buat nnt.. tak siap lagi hahah.. tak jumpa music best