Lama dah nak share dengan korang ni pasal satu kasut jenama Fiorucci yang memang osem. Sekali pakai dah terus jatuh hati. Sebelum tu nak tanya .. berapa kerap korang beli kasut? maklumlah, orang perempuan kan mesti pantang tengok kedai kasutkan? Ni bukan paid review yer.. tapi sebab aku sangat sangat berpuas hati dengan kasut ni, aku nak share sapa sapa yang membaca blog aku p lah try kasut ni.
Macam perangai aku aku ni alah membeli menang memakai. takde lah suka suki nak beli kasut ni. Cuma aku ni bernasib baik sebab ofis aku bukan berada di pusat bandar KL yang ada shopping complex kiri kanan. Maka nafsu nak shopping tu boleh lah disekat sekat juga. Haru kalau kerja di KL nih. Kadang kadang kalau pergi shopping complex ada juga lah aku termasuk kedai kasut, hehe ingat lagi sekali tu aku masuk kedai kasut Vincci di KLCC. Husband siap warning..
betul ke nak beli kasut kat sini. memang lah murah tapi ada orang buang masuk tong sampah pulak. Pakai kejap jer.
So back to my point alah beli menang memakai ni. Harga kasut fiorucci ni sebenarnya agak boleh tahan dari range RM200-RM500.00. Tapi kalau korang nak beli, tunggu masa ada sale atau pun promosi. Boleh samapai 50%-70% Haa.. masa tu memang berbaloi sangat sangat. Setakat ni aku ada 6 pasang kasut fiorucci nih. Paling lama jangka hayat kasut ni dah 4 tahun kut. Purata 1 thn sekali aku beli kasut heheh.
Bab kasut aku mmg titik beratkan sangat-sangat. Sebab dah banyak kali kena bila pakai kasut sampai melecet ni memang boleh spoil mood kita. Dulu aku penggemar kasut Clark, Lewre, School, Hush Puppies. kalau rock port pulak memang tak mampu. Tapi sedap ya amat. Sangat Ergonomik. Memang rupa bentuk kasut yang aku mentioned tu kadang tu takda lah ranggi. Aspek keselesaan tu yang paling penting bagi aku. Maklumlah umor dah 43 an, takkan nak ranggi macam anak dara yg pakai kasut 5 inci yer dak. Kalau ikut reflexology pun di bahagian tapak kaki kita pun berkait dengan anggota tubuh badan yang lain.
Bila dah start pakai kasut Fiorucci ni memang aku tak pandang dah lansung kasut yang brand lain lain. Serius aku cakap nih. Sebabnya kali pertama pakai pun aku tak rasa sakit. Kalau kasut lain akan ambil masa nak sesuai dengan kaki kita. But this one memang tak ada masalah lansung. or kasut ni memang sesuai dengan aku sahaja? heheh entahlah.
Tapi aku yakin technology pembuatan kasut fioruci ni memang terbaik sangat sangat. Ishh.. aku suka sangat lah. Memang sangat ergonomik.. aku ulang lagi hehehe..
Secara lojiknya potongan kaki kita ni bukannya menajam .. tapi macam agak square.. so the nearest boleh fit dengan struktur kaki adalah kasut yang membulat di hadapan. betul dak? dan pilihan aku adalah kasut wedges sebab dapat support penuh struktur kaki. Tidak stress pada kawasan tertentu. Tp kalau takder wedges masa tengah sale aku balun jer kasut yang lain hahah.. sbb tulah.. aku suka sgt kalau
To be frank respek betul orang tahan pakai kasut yang tinggi 5 inci tu, tak sakit ker erk?? Nak nak pulak yang jenih naik turun LRT or komuter. Fuh … respek betul.
Kenapa aku suka fiorucci?
- Leather – luar dalam
Kalau pakai leather insyallah memang kaki tak melecet. Kulit lembu yer uolls - Potongan bulat di hadapan
Kaki aku tak rasa stress lansung di kawasan hadapan tuh. Tenang jer rasa hahaha. - Sangat comfy
Potongan kasut dan material yang digunakan sangat selesa bagi aku .
Mana nak cari ?
- Main outlet di Gardens midvalley : The Gardens, S228
- Isetan
- Parkson
- Metrojaya
Nak cerita banyak pun tak guna, korang p lah try kasut fiorucci ni wokeh.
Aku pun baru tau heels vocab ni… hehe meh kita sama2 khatam.. tapi aku tetap prefer wedges..
psst.. aku ada beli kasut tinggi 5 inci nak pakai masa dinner nnt.. hahah nanti aku update … huhuh heels please be nice to me
No Comment! Be the first one.