Drama Rindu Awak separuh Nyawa : Kasih Maisara anak tunggal Datuk Raqib memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya. Semunya kerana atas kematian ibunya , dia menyalahkan ayah sendiri sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.
Table Of Content
Kejam sungguh Maisara, dia berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.
BACA : Drama Romantika 4 hari 3 Malam
Maisarah terjumpa Nazril
Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara. Dia mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.
Nazril Nazim lakonan syukri yahya mendapat jolokan ‘Pak Ustaz’ atas sifat budiman dan pemalu itu, terjumpa tanpa sengaja. Insiden yang menemukan mereka hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.
Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim pula. Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati Nazril. Mana mungkin Nazril suka wanita bengis seperti maisarah
“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”
Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!
– Nazril
“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”
– Masisarh
Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar dan dia mengalami kecelakaan.
Bila mengetahui Kasih Maisara tidak dapat mengandung kesan kemalangan itu, Nazril Nazim terus mengambil keputusan untuk memperisterikan Kasih Maisara dengan tulus ikhlas tapi cerita disebaliknya sebenranya Kasih Maisarah hanya berpura-pura.
Memang Kejam!
Drama Rindu Awak separuh Nyawa, rindu maisrah pada Nazril?
Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya.
Namun kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa.
ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maka bermulah episod penyesalan Maisarah seperti judul drama in, Drama Rindu Awak separuh Nyawa
Watak Lakonan Drama rindu Separuh Nyawa
- Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
- Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
- Fizo Omar sebagai Aidil
- Marsha Milan sebagai Nurul Huda
- Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
- Aida Khalida sebagai Puan Norida
- Ikhlas Jalil sebagai Izudin
- Norreen Iman sebagai Qistina
- Fiza Thomas sebagai Sally
- Fauzi Nawawi sebagai Kasim
- Aleza Shadan sebagai Esah
Lagu OST Rindu Separuh Nyawa
- Penyanyi : Naqiu, Vanessa Reynauld
- Komposer : Naqiu, Wit & Mohsen
- Lirik : Siti Rosmizah
Info
- Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria (124) dan Ria HD (104)
- bermula 23 Mac 2021 untuk 40 episod kesemuanya.
- Anda juga boleh saksikan secara On Demand
- atau melalui aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.
Dah baca novel and memang best citer ni..dah tau kesudahannya…tapi x nak spoiled…heheheh