Dekorasi bilik anak lelaki antara tips dekorasi rumah yang tak boleh kita biarkan begitu saja. Iman dah pandai demand nak ada design dalam bilik dia yang bersesuian dengan umur dia. Tidak mahu bilik kecik lagi dah katanya. Buat masa sekarang ni kami sediakan bilik yang ada tu untuk tetamu kononnya, tapi malangnya semua tetamu lebih suka berada di bilik bawah. Jom tengok apa tips deko yang aku nak kongsikan kali ini
Table Of Content
Ye adik beradik aku ni memang suka berkumpul, bersembang sambil makan makan. Lagipun kata kakak aku letih nak naik tangga katanya dan susah untuk angkat barang. Mereka tak kisah kalau tidor berlapikkan toto sahaja.
Sebelum ini bilik kedua ini juga menjadi bilik untuk anak anak sedara yang pernah menumpang sewaktu mereka memulakan alam pekerjaan. Tapi disebabkan dah lama tak berpenghuni maka bilik tersebut tak ubah seperti stor sahaja. Penuh dengan barang barang yang jarang di pakai.
BACA : 11 CARA UBAHSUAI SECARA DIY ATAU UPAH
Iman nak bilik besar, Jom Make over Dekorasi bilik anak lelaki
So Iman dah semangat nak make over bilik dia. Bilik kecil dia pula akan diubah menjadi walk in wardrobe kami. Fuh hampir 2 minggu kami mengemas di hujung minggu untuk membuang barang barang lama dan menyusun barang. Semua bersemangat nih!
Jadi apakah yang perlu di ambil kira sewaktu proses ubahsuai bilik anak remaja ni? Heheh pening juga sebab Iman berada dalam umur pertengahan antara umur kanak kanak dan akan menjadi remaja. Ada benda yang masih keanakan tapi ada benda yang lebih matang juga yang dia tunjukkan,
Yang pasti untuk proses make over ni kami perlu pikir kehadapan, terutamanya bila dia umur di sekolah menengah nanti sehinggalah masuk kolej. Jadi kami mulakakan dengan pertanyaan pilihan warna dan konsep yang dia mahu.
hahah bayangkan kami tinggal disini sejak tahun 2003, sekarang baru ada masa untuk membuat ubahsuai untuk bilik kedua ini. Harapnya menjadilah. Cuma tengah fikir untuk masukkan aircord dalam bilik dia nanti. Hurm tiba tiba banyak pulak bajet nak kena pikir.
Tapi ini semua perancangan, kita buat 1 persatu lah. Mana mungkin kita dapat buat semua terutaman musim PKP nih
Aspek Reka Bentuk yang Perlu dipertimbangkan Dekorasi bilik anak lelaki
- Pembahagian ruang berfungsi
- Sebaiknya ada pembahagian antara tempat tidur, bermain, belajar dan sipanan barang. Itu yang iman bayangkan biliknya complete dengan komputer dan sound sistem yang bagus
- Bukan mainkan angan-angan dia tapi sekurangnya luahan tu menyenangkan aku untuk plan
- Sumber Cahaya
- Aku sangat sangat pentingkan natural light . Sebaik-baiknya, bilik tidur harus mempunyai sumber cahaya semula jadi. okay ini memang tinkap lebih besar.dan mewujudkan keadaan bilik tidur yang sihat. Pada waktu malam, sumber cahaya boleh datang dari lampu.
- Terdapat sekurang-kurangnya dua lampu: lampu utama (di siling) dan lampu yang lebih kecil dan boleh disesuaikan (di atas meja).
- Ruang ekspresi
- Semua kanak-kanak lelaki suka mempunyai ruang untuk menyatakan perasaan, minat, dan hobi peribadi mereka.
- Begitu juga dengan Iman. Memang teruja betul kali ni dia nak make over biliknya
- Ruangan yang lebih luas mungkin memiliki tempat khusus untuk menempatkan alat muzik, koleksi mainan atau sudut “studio” YouTube.
- Ruang simpanan
- Bilik kecil memerlukan penyelesaian penyimpanan yang lebih pintar berbanding bilik yang lebih besar. hurmm ini memang mencabar sebab byk koleksi mainan dia nih .
- Sepatutnya kena bersedia dengan dengan banyak tempat simpanan menawarkan penyelesaian kreatif untuk bilik kecil, yang sesuai dengan bilik budak lelaki dan perempuan. Contohnya ialah laci di bawah katil, bangku serbaguna, dan rak terapung.
- Umur budak lelaki dan tempoh penggunaan bilik tidur
- Macam aku cakap awal awal lagi aku kena pikirkan Berapa lama budak lelaki itu akan menggunakan bilik tidur?
- anak-anak kecil konsepnya mungkin lebih ceria Vs kanak-kanak yang lebih tua mungkin ingin menyatakan minat mereka dengan lebih bebas.
- Kanak-kanak yang beralih ke usia remaja mungkin memerlukan bilik tidur dengan ciri asas yang lebih fleksibel yang dapat diubah dengan mudah.
Tips deko bilik tidur anak lelaki
Terdapat beberapa tema umum yang boleh digunakan ibu bapa sebagai panduan asas untuk menghias bilik tidur anak lelaki. Jadi memang idea idea inilah yang kami keutarakan kepada dia, make over yang macam mana yang dia suka.
Mungkin boleh consider tips memilih tema bilik tidur anak macam kami cadangkan ini
- Nature
- Minat dalam kajian alam dan persekitaran juga boleh mempengaruhi golongan muda. Tema alam boleh merangkumi reka bentuk hutan, lautan, berkemah, gunung, atau binatang.
- Masa kecik Iman suka dinasour, tapi dah umur 12 ni dia kurang berminat nampaknya
- Hobby
- Hobi adalah tempat permulaan yang mudah untuk mencari tema bilik tidur. Ibu bapa boleh berbincang dengan anak lelaki untuk mengetahui minat mereka, seperti dalam muzik, sukan, anime, karya seni,
- Iman memang suka super hero seperti avengers tapi nampaknya tema ini tidak menarik minat dia untuk diabadikan dalam bilik barunya nanti.
- Matang
- Matang ni merujuk kepada Kanak-kanak lelaki yang lebih tua, terutama mereka yang akan menjadi remaja dan dewasa muda, biasanya menyukai reka bentuk yang lebih lembut.
- Mereka mungkin masih menunjukkan minat mereka, tetapi reka bentuk bilik harus menunjukkan kematangan yang lebih.
- Ini bermaksud nuansa lebih neutral (dengan percikan warna terang), bermain dalam tekstur, dan lebih sedikit elemen reka bentuk “lembut”.
- Iman mengatakan dia prefer menggunkan tata warna sama yang kami terapkan di kawasan hall dan bilik kami, Lebih elok kalau dapat seragam katanya.
- Aspirations
- Ibu bapa dapat menunjukkan sokongan terhadap aspirasi anak lelaki mereka dengan membiarkan mereka menghiasi bilik mereka dengan idea-idea ini.
- Contohnya, kanak-kanak lelaki boleh menggunakan peta negara yang ingin mereka lawati, pekerjaan yang ingin mereka lakukan, atau bintang yang ingin mereka temui sebagai idea hiasan.
- nampaknya Iman tak minat tema ini
Seronok kalau bercakap pasal design ni sebab kami 3 beranak memang suka untuk DIY dan perbaiki kawasan rumah. Insyallah dalam masa 2 bulan pasti siap untuk bilik iman dan juga walk in wardrobe yang aku inginkan.
wah nak tgk yang dah siap nanti ..
Best bila nak dekorasi bilik anak ni..ehhee
Tak sabar nak tunggu siap. Nanti tunjuk walkin wardrobe juga tau.