Baru tahu penangan ‘jet lag’ tu macamana
As usual, hantar mama but hari ni dunno nak pergi mana dah lepas tu. Rasa macam nak balik umah jer, nak rileks or maybe sebab penangan jet lag yang buat rasa macam nak kena rehat.
Table Of Content
Took the subway but berhenti Atlantic Ave Station dulu. Harini janji dengan mama, bila dia habis training nanti berhenti kat station ni and tunggu kitorang kat sini.
So bolehla shopping2 di sini, sebab mama memang tak sempat lansung masuk mana mana shopping complex. Memang fokus betul dia pi training. Tapi rasanya sebab jet lag la. Dia memang tak larat lansung nak pergi jalan jalan lepas training. Hari ke 4 ni nampak dia dah start ceria nak pi shopping.
BACA : Day 3 Jalan Jalan di Manhattan
So kitorang pon check out Grimlock at Target.. alamak takderla pulak benda ni. Yang ada robot transformer lain. Dia dah start ngamuk tapi cool down bila masuk Marshalls yang kat sebelah Target . Kena pau playbook How To Train The Dragon. Tapi murahlah dalam RM15 sebab kat Marshall ni everything is marked down.
OK now lets balik dulu. Plannya kitorang balik rumah dulu dan kemudian dlm kol 4 keluar dan tunggu mama kat station ni.
Mata mengantuk sangat lepas makan Maggi goreng lagiiiii. Iman pun nampak ngantuk. Waktu tu about 12 tengahari…maknanya di Malaysia ialah 12 tengah malam, mata memang ngantuk giler.
“Iman jom tido kejap. Papa ngantuk sangat. Nanti petang kita bangun amik mama“.
Set alarm kat handphone pukul 4 petang. Letak badan atas katil terus kitorang tertido.
The next thing I knew bila terjaga and tengok tingkap dah gelap !! Tengok jam… 8 malam!!..Ya Allah..camne tak sedar ni !..dah terlajak 4 jam. Tengok phone ada missed calls and lots of text and whatsapp messages… alamaakkk Mama !! Memang jadik havoc giler.
Bini aku dah panik rupanya, memang Penangan Jet lag
Alahai kesiannya bini aku. Boleh bayangkan dia punya gelabah. Setahu aku mama memang susah nak communicate dgn kitorang sbb data dan roaming limitation. Drp whatsapp yg aku baca mama now kat McD, which means dia gunaa free wifi kat sana. Tp main problemnya ialah call dan text aku tak jawab. Aduii…mmg aku tak sedar apa masa tu.
Mama mungkin boleh gamble je naik train semula dari dari Atlantic Stn tu dan balik ke rumah…but..dia tak tahu if kitorang actually ada at rumah ker..or…not. Maybe aku dan Iman ada kat area tu ker. Yg teruk lagi what if something bad berlaku..this is Brooklyn.
So mama decided utk dok je kat McD tu and wait for whatever happen. So bila tersedar tu aku cepat2 reply “Sorry ma. Tertido. OTW” huhu
Kata Mama dia dah byk kali keluar masuk Mc donalds tu sebab takut kita org dah sampai. Nak shopping kat Target tingkat atas tu pun tak ada selera katanya. Risau kitorang pulak yang tertunggu-tunggu. Store MAC make-up depan McD tu pun dia takde hati nak shopping. Padahal murah ya amat katanya.
Masa aku terjaga tu, cepat2, kejutkan Iman. Nampak katil dah basah pulaak..Imaaaannnn uhuhu.
Tak sempat nak cuci dah, sarungkan dia seluar baru and baju baru..angkut and turun tangga. Iman still mamai and tak larat jalan so dukungla dia. Berlari ke station. Memang drama scene ni. Jantung berdebar2 laju, takut jadi apa apa kat Mama. Janganlah jadi apa apa.
Kenapa aku panik? sebabnya :
- Mama mmg not familiar with the stops yet. Mama hanya pergi balik training sahaja. Tak sempat explore abis lagi. Aku pun cuma brief stop kat Atlantic Station je and tunggu kitorang kat situ.
- Kalau mama sampai pun kat stop dekat rumah..still tak boleh masuk sebab rumah main door bawah memang selalu berkunci sebab di situ ada tenant2 yang lain jugak.
- Mama tak sure if we all sebenarnya ada di rumah or gi merayap memana ker or anything bad that could happen to us.
- Yg bestnyer tu.. CALL X JAWAB and TEXT X REPLY..aduiiii
Aku dah tak pandang kiri kanan depan blkng dah. Rasa nak nangis pun ada, rasa marah dengan diri sendiri pun ada. Sampai Atlantic Station, aku terus ke McD . To be frank sampai sekarang, aku tak baca semua whatsapp mama. Mmg byk..adui bersalahnya rasaaa. Plan nak shopping sama2 lebur mcm tu je. Masa tu pon dah 9 mlm. Tak tahu nak react mcmana bila nampak mama tgh dok minum kopi kat satu sudut.
Apa lagi guna my personal assistant (PA) untuk sampaikan message….
”Mama..Papa kata dia sorry sangat2.”
Mama and Iman continue minum di McD and aku cargas turun Marshall kejap (beh kurang 3 minit lari style kalut). Memang nak belikan mama yang ni pun tadi. It was Jimmy Choo Flash set. Got it with a good bargain. Ubat penyejuk hati. Cepat2 bayar sbb kedai nak tutup dan lari semula ke McD.
For mama..sorry mama.
It was a quiet..very quiet night malam tu. hehe.
I knew this story would be a thing to laugh about..sampai bila2..kenangan kan. Masa tu mama memang upset la sangat sangat. Tapi sampai sekarang we all selalu cerita dan buat lakun semula incident terjaga dari tidor, kejutkan iman plus iman kencing atas katil.
Tu dia penangan jet lag weh.
Tips shopping
*Marshalss, TJ Maxx antaranya merupakan kedai2 ada marked down products. Kalau nasib baik boleh jumpa original Levis dlm RM75 or Perfume set bawah RM100. Kat mana2 store pun sometime ada marked down items. Biasanya location dia kat belkang sekali, Memang heaven shopping di US ni. MAC memang murah ya amat laaa… rugi jer tak shopping, dekat situ pun ada Victoria Secret.
betul di negara oramg lagi risau kalai apa2 jadi
aduhh.. mmg sgt risau … tambah dkt kawasan situ .
Fuhhh mau berpeluh juga kalau duk call whatapps tak angkat..
Lama pula tue.
Kenangan tue. Hihi..
hahahah itulah … nervous dia lain mcm…
Nasib baik xg mana n stay je kat situ .. hihi kalau den merajuk setahun haha
HAHAH! Sorry la..boleh pulak Nany tergelak. Bukan apa, memang boleh imagine camno gaya en suami tu panik bangun lepas tuh Iman pulak terkecing. HAHAH! adoiii…what a memory la kan? Lama wehh 4 jam. Adehh…memang boleh siap jahit seluar budak macam ni.HAHAH! Tapi best lah..dah smpi US. Kami takat smpi Manhattan ajer. Tupun Manhattan Fish Restaurant. HAHAH! gelak lagi. Jangan marah na…gurau ajer 🙂
hahah mmg nany… iman sampai skrg dok buat lakun semula scene tu…masa tu mmg marah laa.. skrg ni jadi bahan lawak