Clutch Bag Designer Lelaki | Bila kita tak nak mencari memang banyak je kita jumpa, bila tiba masa nak membeli susahnya nak dapat huhu . Selalunya macam inilahkan . Alkisah aku ni dah 3 bulan hunting clutch bag untuk abam, bermula dari bulan February.
Table Of Content
Konon nak bagi hadiah anniversary pada bulan 3 hari tu, Abam hadiahkan aku jam apple i watch, aku tak beli apa pun untuk dia hahahha sebab tak jumpa weh. Teruk betulkan, tapi lately sebab prinsip kita orang nih kena beli benda yang betul betul berbaloi, memerlukan dan memang kena pakai.
Pertama kali Abam cuba Clutch Bag Designer Lelaki di Sellection.com
Tahun lepas sewaktu aku shopping handbag idaman aku di Sellection yang terletak di Wangsa Maju, abam pun saja sajalh try clutch bag untuk lelaki ni. Macam allergik bebenor dia nak mencuba hahaha. Sebab bukan style dia. Masa tu collection clutch bag di sini punyalah banyak, tapi eksen tak nak beli orang kata . heheh abam tak biasa pakai macam tu so dia tak nak walaupun aku offer untuk belikan untuk dia.
Lagi satu both of us very cerewet yer, bukan cerewet version kekwat tapi dah tua – tua ni kami tak suka nak membazir dan beli ikut perasaan.
Tapi itulah, selesa betul shopping di Butik sellection berbanding di butik besar di Paviliion or mana mana mall. hehhehe segan kalau butik besar nih! So aku pun suruh dia cuba satu persatu mana yang fit dengan style dia. Layanan dia orang memang best, satu satu kami tanya maklum tak berapa pandai bab-bab handbag semua nih.
Kami bukan jenis orang yang “apa salah membeli untuk reward diri sendiri” hehhe jenuh kalau macam ni. Rasanya penuh barang dekat rumah kalau pegang prinsip macam ni. Tapi sekarang ni kami dah jadi sejenis orang yang akan membeli untuk ‘ functional atau betul-betulkah nak pakai?” Masalahnya bila pikiran yang macam ni yang membuatkan kami sukar untuk membuat keputusan
Maybe faktor umur kut, semua benda nak simple simple sahaja, dan tidak membeli ikut-ikutan. Kalau ikutkan dari segi financial yang kami dah kurang komitmen hutang memang mampu membeli tapi itulah takut barang ikutan sahaja.
Berbalik kepada kisah ‘Clutch untuk lelaki”
Kalau kena gaya memang nampak stylishkan. Suka juga tengok orang yang pandai menggayakannya. Tapi yang kita banyak tengok pakai clucth ni juga spesis mat kepit hahhaah, itu yang membuatkan abam reluctant untuk ada koleksi ini
Sebenarnya kalau lelaki yang memilih untuk membeli clutch ada beberapa sebab
- Untuk kelihatan lebih Elegant
- Untuk mudah simpan barang
- Aksesori tambahan selain dari kasut dan jam
Haaa siap google tau cari info ni, tapi kalau web fashion semua menzahirkan keperluan memiliki clutch bag untuk lelaki atas faktor diatas. Korang agree?
Jiwa abam Rock sesuai ke pakai clutch?
Style dia pada hari biasa jeans, tshirt dan berkasut sport sahaja. Begitulah style dia dari dulu, sempoi and ala-ala rock kapak. Tapi koleksi kasut dia huhu boleh nangih, kalah kasut sis uolls.
Jenuhlah convincekan dia untuk beli clutch haritu, bagi dia orang yang ala-ala korporat or datok-datok, or bisnesman layaklah pakai clutch. Allergik katanya hahaha, tambah dia selalu nampak especially jenis mat kepit yang bawak clutch pulak yang pakai.
Too formal and too fancy for him katanya.
abam
Padahal dia bekerja sebagai Manager Corporate Communication. Adeh! banyak tuu event yang dia kena pergi, kalau kena pakai baju Melayu segala poket dia letak barang, wallet, kunci kereta, handphone dan silap2 power bank pun ada .
Until!!
haaa nak cerita nih, disebabkan kekerapan event di tempat baru ni barulah dia rasa ada keperluan untuk memiliki clutch bila mana segala barang tambahan seperti wallet, handphone dan power bank perlu ada bersamanya. tak boleh sesekali tinggal dimana-dimana
So korang boleh bayangkan betapa saratnya baju melayu tersebut?
Jadi pada February 2022 hahah dia pun kata okay, boleh beli Clutch Bag Designer Lelaki tersebut sebagai hadiah birthday dia nanti, tapi itulah bila nak beli barangnya pulak takde. Memang aku banyak survey di platform online untuk ikut trend tapi macam yang aku nak di butik sellection ni macam dah tak ada .
Aku berharap sangat Butik sellection ni dah ada stok baru masuk untuk hari raya nanti. kira lumpsump lah untuk birthday abambulan 7 hahah. sempoikan. Once ada sahaja memang aku terjah masuk sana, sebab kami spesies orang yang nak pegang dan sentuh secara fizikal juga
Sekarang dah bulan 5, aku tinggal 2 bulan sahaja lagi nih , tiap minggu aku usha dekat Sellection.com. Cepat-cepatlah restock
No Comment! Be the first one.