CC cream Hansaegee Nature ni macam magiklah. Sebenarnya ini lah pertama kali aku cuba pakai CC cream. Mula mula aku agak skeptical sebab tengok warna dia macam putih sangat. Kalau beli foundation pun memang aku tak pernah beli warna cerah sebab takut jadi macam puntianak hhaha
Table Of Content
Macam tak sesuai sahaja dengan kulit yang tak berapa putih ni heheheh. Tapi…….
Tapi surprisingly bila dah apply dekat muka dan bila dah blend dengan kulit aku nampak muka aku macam natural sahaja. Tak ada lansung bercapuk capuk.
Makin lama, makin blend dengan kulit, mengikut tone warna kulit, pastu perasan muka macam glowing juga. haaa tu belum aku top up dengan make up lagi pun dah rasa comey dah hehhe
Alaa.. kasi chancelah akak korang ni perasan jadi macam orang muda yer dak? Walaupun dah nak masuk GOlden series kita kena menten, supaya jangan tua sebelum waktu
Kalau korang nak tau maksud aku ni boleh baca dekat entri 10 tips untuk nampak kekal muda. Banyak kali dah aku bebel bab ni.
Haa.. kali ni kesinambungan dari situ, kita test produk hansaegee ni sesuai ke untuk orang umur 40 ke atas. Eh Sesuai lah. Sis lah living proof. Cuba korang tengok ni.. okay tak? Okay sangat sebab buat muka kita nampak natural dan tidak berlebih
psst… orang tua jangan make up lebih lebih nanti lagi nampak tua .. heheheh
Okaylah, kalau aku yang umur 40 ni pun kata CC cream ni best, apatah lah korang anak anak muda. Sure lah lagi kababom. Ada beberapa sebab cc cream ni best
Kenapa CC Cream Hansaegee best
1.Dengan 1 layer sahaja dah boleh “makes wonder “
Paling best tak payah berlapis lapis mcm sebelum ni, kena pakai foundation, pakai sunscreen. Ini semua dah ada . Senang bangat ! Kalau berpeluh pun still menten dan tak bercapuk.
All in one
Sebagai based make up, dan juga paling best dia buat muka kita tampak ‘glowing’. fuh! faktor ni penting untuk orang jenis kulit muka kusam
2. Kandungan CC Cream tu super osem
Rupanya sebab kandungan dia ada nano gold and spf 50 tu memang akhirnya akan buat muka kita akan kelihatan lebih natural bila kita letak dimuka.
So boleh lupakan sunscreen lain dah. If korang top up lagi dengan sunscreen nanti muka akan nampak ‘greasy’. ini yang aku belajar sewaktu kelas makeup dengan MUA Mac dulu.
Muka kalau takde sunscree tak payah lah nak pikir lain. Kira fail la. Itulah benda pertama yang kita kena jaga. So untuk jangka masa panjang sangat penting kalau tidak alahai nanti muka pigmentation macam sis ni. Zaman dulu aku memang tak tahu kepentingan sunscreen
3. Sesuai untuk orang yang suka make up light atau natural
Sesuai sangat orang yang simple and nak cepat macam sis heheh.. kiranya ni sesuai untuk orang yang bukak pakai heavy make up . Tapi kalau korang nak top up dengan foundation pun boleh sebab dia bertindak sebagai make up base juga.
Once korang letak blusher or eyeshadow warna dia lebih cantik. Memang kita nampak natural sangat-sangat. Mula mula aku risau and rasa pelik muka jadi macam putih, rupanya makin lama makin blend and terus jadi natural. Korang tengok lah aku tes dekat tangan nih .
4. Water proof
Kalau muka berminyak atau berpeluh, dia tak kacau lansung muka kita. So tidak ada masalah bercapuk capuk. Dengan kata lain ‘long lasting’. So memang tak risau lah. Unless kalau kita cuci muka selepas sembahyang of course lah kena letak semula.
Makeup kita pun tahan lebih lama kalau kita mulakan dengan CC cream ni.
5. CC Cream hansaegee sangat ringan
Maksud ringan di sini , setelah kita meletakkan cc cream ini di muka , kita tak rasa lansung muka ni macam tebal untuk sesetengah foundation. Sangat-sangat selesa.
Jadi untuk yang tak suka make up atas alasan ini aku rekomen untuk korang try. Dahlah pakai pun simple calit-calit, blend and siap. Pastu korang akan rasa natural sahaja .
Kesemua faktor-faktor diatas disebabkan oleh bahan-bahan yang best nih .
Bahan- bahan utama CC Cream Hansaegee
- Air Mineral – Menjaga keseimbangan PH kulit, meningkatkan keanjalan kulit. Ekstrak ‘Ipomoea Hederacea Callus Culture’ mempunyai efek anti-bakteria
- “Colloidal Gold” – Mencegah penuaan kulit, menyekat sinaran inframerah jauh, mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi.
- “Niacinamide” – vitamin B3, memperbaiki dan mengecilkan liang pori dan warna kulit yang tidak sekata.
Kalau korang berminat nak tahu boleh cari info produk ni dekat sini
- Website : https://hansaegee.com/shop/
- Instagram : www.instagram.com/hansaegeenature/
- Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature/
- Youtube : www.youtube.com/HansaegeeNatureMalaysia/
Best kan pakai cc cream ni. Terus rasa jelita dengan pantas.
haah. memula eksen mcm tak suka. muka jadi putih tak natural lepas tu terus elok molek