01-03-2021. Catatan untuk Anak. Dah 12 tahun dah budak ni. Pejam celik pejam celik .. laaa dah besor. Masih terbayang hantar dia kesekolah masa darjah 1. kalau ikutkan anak2 kawan sebaya sis semua ada yang dah bercucu pun haa. 8 Tahun nak dpt anak bertuah sorang ni.
Table Of Content
Very tough journey untuk mama & papa iman oit…
Redha dan syukur walaupun Allah izinkan seorang sahaja zuriat. Masing – masing punya bahagiankan. So as usual dah anak sorang boleh lah kita tanya dia nak apa besday tahun ni. Kalau orang anak banyak camana erk?
Sewaktu aku menulis di Facebook, tak pasal pasal air mata ni dok mengalir, dada rasa sebak sangat-sangat. Tidak tahu nak ungkapkan perasaan ini. Aku menulis sambil baring diatas katil teresak-esak. hahah aku pun tak paham kenapa aku jadi macam tu
Banyak faktor aku rasa.
Maybe sebab tak percaya Iman dah 12 tahun, dan besar atau sebab aku terkesima dengan jawapan yang dia berikan. Padahal dia memang looking forward birthday dia. Lagi satu faktor sebab papa dia kena MSS tahun ni so kita orang memang bajet habis habisan.
Tidak semewah dahulu. kalau dulu tiap minggu makan di luar, sekarang ni pikir 20x. hahah nak kena pikir hutang yang nak kena selesai. Dengan kata lain kena berjimat cermat.
Catatan untuk anak ; Birthday iman yang ke 11
Kiranya birthday ni memang satu acara yang besar untuk kami. Maklumlah anak seorang tu sahaja. Kami memang suka meraikan orang dan juga aktiviti event birthday macam ni. Macam macam tema lah pernah buat. Paling best tema minecraft. Selalunya Kita orang akan prepare from zero untuk semua props dan food heheh order sahaja
Iman memang enjoy and happy sangat sangat masa tu.
Selalunya kami selang selang untuk adakan jamuan dan juga pergi bercuti untuk tahun hadapannya. Peraaan aku kan memang seronok tengok dia happy, sebab dekat rumah dia dah sorang-sorang so berkawan dengan mak pak yang dah tua nih hahah dah mulut and pemikiran pun macam orang tua dah.
Tahun lepas dia nak celebrate dengan kawan2. Dia kata tak nak pergi travel seperti tahun 2018 ke bali. Dia suka celebrate dengan kawan-kawan.
Nasib baiklah Mama ko ni saudagar Airbnb, kita orang booked apartment under airbnb bagi dia dan kawan kawan mandi pool and slept over . Aku dan Husband gigih bawak 2 kereta ke sana sebab nak bawak kawan kawan dia
Masak sikit-sikit dan juga kita orang order pizza, dan makanan lain
Seronok sgt katanya.
Birthday Iman yang ke 12, satu catatan untuk anak yang harus disimpan
Tahun ni dia kata tak nak apa-apa
“Iman tau kita tengah susah sekarang, tak kisah pun”
Huhuhu sebak dan nak tergelak at the same time mixed feeling.
Adeh anak… Rupanya dia terkesan sangat bila kami satu famili kongsikan situation yang papa no longer working with sime darby. Papa tak bernasib baik kena MSS. So kita anak beranak kena spend wisely.
Aku memang strict sikit bab kewangan ni, banding dengan laki aku. Aku rasa dia lagi kuat shopping. Aku ni pun beli baju pun payah. Payah nak dapat mood shopping hahah. tapi kalau dah start … siap!
Tahun ini memandangkan hari jadi dia jatuh pada hari sekolah so semalam bawak dia ke Dolly dimsum restoran fav dia di IOI Putrajya . Maklumlah dah lama tak pergi kesana
Kami ulang tanya lagi masa makan semalam, tanya juga nak apa.. dia cakap tak payah. tak payah . Iman tak kisah
Entri ini khas untuk iman betapa mama and papa bangga dengan kematangan iman. Kata- kata iman tu buat mama tak henti menangis tau samada gembira, sebak atau terharu
Papa dia tak tahan sebab tak pernah tak bagi hadiah.
lepas makan laki aku ajaklah masuk sport direct while mama shopping groceries.
Ikut kata suami aku Sengaja tanya dia pakai bag sekolah apa minggu depan? Iman cakap dia tak mau pakai smiggle dah.. ada koyak sikit and macam malu sebab dah besor. Pakai bag souvenir simedarby jer hahaha. adui sempoi sungguh anak aku ni kan. Adui bag itu juga yang dia pakai
Bag smiggle tu kita orang beli dia naik darjah 3 hadiah selepas dia dapat anugerah khas Pelajar Banin terbaik dari segi akademik dan sahsiah. Alhamdulillah tahan lama haa. alang membeli menang memakai
Hahaha papa dia tak tahan sebab kesian pada dia. Laki aku cakap walaupun tengaj MSS ni masih ada duit untuk belanja pada anak. Jadi Laku aku paksa Iman grab bag baru satu,
Keluar dr sport direct senyum sampai telinga. muka tak sabar nak masuk sekolah dengan bag baru.
Selamat hari jadi iman… moga jadi anak yang soleh dan sentiasa menyenangkan hati mama & papa . Moga iman berjaya dunia akhirat
No Comment! Be the first one.