Cara Cuci Mesin Basuh Di Rumah| Adakah anda pernah mencuci mesin basuh anda? Atau korang tidak pernah ambil tahu sebab mengandaikan ia bersifat ‘ membasuh’ so sepatutnya dah bersih?hehehehe
Table Of Content
Bunyinya kelakar sebab kita kena cuci washing machine kita, tetapi yakinlah mesin basuh boleh mengumpul banyak habuk, kotoran dan kotoran dan akhirnya ia boleh membuatkan pakaian anda berbau. Membersihkan mesin basuh sebenarnya boleh menjadikannya berjalan dengan lebih cekap, memastikan pakaian anda sentiasa bersih dan berbau segar.
Kotoran ini sebenarnya Ia biasanya berpunca dari timbunan sabun cecair di tengah dan pembersihan yang baik akan menghalang dispenser pelembut daripada tersumbat.
Berapa kerap anda membersihkan mesin basuh anda?
Sepatutnya kita perlu membersihkan mesin basuh setiap 6 bulan.
Bagaimana Cara Cuci Mesin Basuh anda
Kalau ikut tips mat saleh, dia orang punya tips macam ni sahaja. Boleh guna dispensenr lembut
- Rendam dispenser pelembut dalam air suam untuk membantu menghilangkan sebarang kotoran sabun.
- Semasa kosong meletakkan mesin basuh melalui kitaran penuh suhu panas. Tambah sedikit cuka (1 cawan) apabila ia penuh
- Semasa mengisi, gunakan air dan kain pembersih untuk mengelap:
- bahagian atas mesin basuh
- tudung
- badan luar
- di bawah tudung
- rim mesin basuh
- bahagian atas pemutar
- semua sudut dan celah anda boleh menemui sebarang kotoran dan habuk yang terkumpul
- Bersihkan dan bilas dispenser pelembut, gunakan berus bersih dalam untuk masuk ke tempat yang sukar dicapai.
- Ulang dengan cucian kosong yang lain
BACA : TIPS KEMAS RUMAS VERSI TAK BERAPA RAJIN
TIPS: Gunakan cuka dan bukannya pelembut kain
Adakah korang tahu anda boleh menggunakan cuka dalam kitaran basuh anda dan bukannya pelembut kain? Cuka bertindak sebagai pembasmi kuman semulajadi, membunuh kuman, bakteria atau acuan yang terdapat dalam linen dan menghilangkan sisa sabun.
Ia tidak akan membuatkan pakaian berbau seperti cuka dan bonusnya, ia sangat murah di pasar raya!
Bersih menggunakan Sabun ECO
Haa.. ini yang viral dikalangan warga Facebook. Pakai Sabun ECO sahaja.
Bersedia nak tengok Bertukar warna milo?
Berbaloi Rm4.20 je. So alang alang dah masuk ECO maka aku pun cuba sahajalah Untuk washing machine yang dah pakai lebih 5 tahun pun boleh guna ya
BACA : TIPS SUSUNAN RUANG DAPUR
Cara cuci dengan sabun ECO
- Korang rendam benda ni dalam washing machine ..
- Isi air penuh tahap maximum.. Kalau air suam lagi digalakkan..
- Biar washing machine basuh ni putar 2-3 minit ..
- Biarkan paling kurang 5 jam.. Kalau boleh jangan lama sangat..
- Teruskan 1 putaran.. (Basuh, bilas,pusing)Kalau yang 1st time pakai washing machine cleaner kena pakai 2 bungkus..
- Boleh tahan kesan dia..Esok pagi tengok berkeladak teruk
- Takpercaya korang balik kerja ni tag wife pergi serbu eco terdekat.. Buat sebulan sekali..Mudah je…Selamat Mencuba dan Share
Beli sabun ‘TUB HYGIENE’ produk COSWAY juga salah satu Cara Cuci Mesin Basuh
- Beli Wash Drum Cleaner (Power Max) ini di Farmasi Cosway. Harga RM15.90 (non-member). PakejWash Drum Cleaner. 1 kotak ade 2 paket. Maknanya boleh digunakan untuk 2 kali cucian.
- Korang follow sahaja arahan , Penting tahu untuk fahami proses sebelum memulakan cuci mesin basuh. Ini kerana, prosesnya memakan masa yang lama. Mungkin ia juga bergantung kepada tahap kekotoran mesin basuh anda. Jadi, anda perlu setkan masa.
- Ada yang ambil masa sehingga 24 jam untuk memastikan mesin basuhnya betul-betul bersih.
- Masukkan 1 paket Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (Mesti guna 1 paket ya, jangan kedekut nak guna setengah paket!).
- PILIH MENU CYCLE – WASH Seterusnya, pilih menu cycle -WASH sahaja dengan air yang paling maksimum. Biarkan mesin beroperasi dan biarkan ia terendam sekurang-kurangnya 5 jam (mengikut arahan pada kotak).
- Keluarkan Kotoran dan Buang air – Setelah direndam, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya yang ‘menakutkan’ dan ‘menggelikan’! Segala kekotoran dalaman mesin basuh akan keluar.
- Ulangi proses
Kalau sesiapa yang tak pernah lansung buat nih dah boleh cuba. Aku rasa tips ini sama sahaja untuk front loading washing machine. tak kisahlah korang buat macam mana janji kena basuh okay!
selalu basuh dalam 2-3 bulan sekali, dan memang cari sabun macam tu. tapi teknik tak sama sangat macam kak azni buat, sebab sy tinggalkan semalaman. keladak dia memang dah jatuh ke bawah, terpaksa kutip lepas mesin basuh dah kering. nak cuba teknik kak azni plak lepas ni
Ammi kalau rajin buat tub cleaning je..mmg ada option gitukan kat machine.
Belum pernah lagi cuba mcm yg Azni cadangkan ni…will try
Menarik info ni.. nanti boleh pas kat tokey mesin basuh kat rumah ni.. kiki