Buffet Ramadhan 10 Binjai | Dah masuk bulan ramadhan ni opkos lah kesemua hotel ada menyediakan buffet ramadhan. Samalah seperti di Restoran Binjai 10 yang terletak di Perdana On the Park. Buffet Ramadhan di 10 Binjai bermula dengan harga RM98.00 seorang tapi korang boleh dapat harga promosi at rm80 melalui satu portal di superdeal. Hehhe apa lagi.. grablah peluang ini
Table Of Content
Tahun ini Restoran 10Binjai tampil dengan tema Bazar Perdana, yang berkonsepkan suasana santai diubah menjadi bazar dengan meletakkan beberapa gerai gerai bazar untuk menaikkan lagi mood seperti berada di bazaar ramadhan tapi yang sangan selesa.
BACA : Kalau nak makan Ketam Lemak cili padi sedap, Pergilah ke Best Western I city
Patuh Syariah
Restoran 10 Binjai ini dimiliki sepenuhnya oleh PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur. Telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM
Menu – Menu Bufffet Restoran 10binjai
Terdapat variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk tetamudi restoran mereka
Antara menu wajib ada seperti, Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10 Binjai.
Killer dish untuk restoran 10 binjai ini adalah kari kepala Ikan dan Sup Gear Box yang telah menjadi menu tarikan dari buffet ramadhan sebelum ini
Pilihan Modernmumthingy
Walaupun pihak restoran 10binjai meletakkan 2 menu di atas sebagai killer dish tetapi aku meraskan ada 2 menu yang wajib pelanggan cuba kalau datang untuk buffet ramadhan di sini.
Sambal Kupang
Aku nak cerita pasal sambal kupang ni. Asalnya aku hanya ambil untuk dimakan bersama nasi. Tapi ya ampun, sedap namatey. Cubalah, ada Pedas, manis dan bestlah.
Disebabkan best, inilah satu satunya yang aku repeat kali ke dua. Aku ambil sepinggan untuk meratah sambal kupang ini . Puas makan tau
Balik rumah itulah yang aku dan anak aku bincangkan, menu apa yang paling di 10binjai.
Serius sedap, sampai rasa nak mintak resepi hahaha. Overkan!
Sup berempah
Sebenarnya kali kedua aku kesini, Dahulu aku nampak sup berempah ni dah jatuh cinta. Istimewanya Sup berempah ada pelbagai bahan yang boleh dicampurkan ke dalamnya seperti paru, perut, daging, kambing, lidah juga.
Kuah sup ini agak pekat, paling best kalau letak cili kicap dan juga Limau nipis. Memang terangatlah. tapi paling best kalau pihak hotel ada sediakan roti juga hahah.. itulah yang aku kami omelkan beberapa kali.
Confirm lah meletup letup lagi.
Harga Buffet Ramadhan 10BInjai
- Harga Promosi: RM80.00/pax
- (Promosi early bird perlu dibeli sebelum 30 April 2019)
- Harga Biasa: RM98.00/pax
- Tel: 03-7490 3838
- Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com
Lokasi Restoran 10Binjai
Terletak di tengah tengah kuala lumpur berdekatan dengan KLCC
Fasiliti
- Parking di bahagian bawah
- Surau di tingkat 5
- Berdekatan dengan LRT Ampang
Suka tau pintu masuk di sajikan dengan deretan air tu kak, memang umpan terbaik nak iftar kat sini, juadah pun sedap belaka, kena citarasa org Melayu mcm kita ni kak.