Bila Umur 40 | . Bukan tak percaya apa… tak percaya cepat betul masa berlalu. rasa mcm baru lagi dok lari lari kat sekolah.. pastu masuk U.. pastu kawin.. ada anak.. ish ish.. cepat betullah masa berlalu kan. orang putih cakap time flies.
Table Of Content
7 hb May 2014.. maka genaplah umur 40 aritu.. ekceli tak sabar nak tulis entri ni.. sebsb ia nya mcm satu anjakan yang hebat dalam hidup ni.
kira layak sgt dipanggil makcik atau auntie kan..(erks… tapi.. dah dpt cucu sedara dah pun) sebelum tu dalam gerup yg sama satu sekolah tu.. dok membincangkan hal yang sama. hahah mungkin perasan diri ni masih muda konon. mcm tak dpt terima hakikat yang layak masuk rancangan kilauan emas lepas nih.
selama dah bernafas di bumi Allah ni. rasanya umur 30-40 terasa sgt berjalan dengan pantas.. entah kenapa tapi maybe sibuk dengan kerja .. family dan lain lain.. dahulu di awal 20 – 30 an tak pulak ada rasa perasaan mcm nih . Mungkin selepas ini 40-50 pulak akan bertambah pantas pulak.
Kata orang putih “life begin at 40”..
org melayu kata umur 40 an.. huhuh
Sesuai ker dengan budaya kita?.. kalau di terjemahkan secara direct mmg lah berikan konotasi yang agak negatif. tapi rasanya ia perlu disesuaikan dengan budaya dan agama kitakan.
Inilah Rahsia Bila Umur 40 Yang Disebut Dalam Al-Quran
Firman Allah SWT maksudnya, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Umur 40 kebanyakkanya dah stabil
Banyak sebenarnya kalau nak dibincangkan bab ni. Sebenarnya umor 40 ni antara umur yang paling stabil dari segi family, ekonomi… hehe bak kata laki aku .. kalau nak ngorat orang pun sekarang ni rasa konfiden sikit.. ni pengakuan ikhlas laki aku..
Bagi wanita pula rasanya pun sama.. anak anak pun dah besar.. dahulu ke hulu ke hilir dok usung ‘ handbag’ sampai tak sempat nak perkemas diri.. sekarang ni lah masa sebaiknya.. maklumlah takut nanti laki tetiba terlebih pasang badan kan.. buatnya depa dok follow style mat salleh.. abis kita..
well take it positively, disebabkan kurang kekangan dari masa zaman muda2 dulu..
Untuk orang perempuan terpaksa lah invest sikit..dulu tak pernah merasa make up mahal .. or bag mahal.. heheh.. hadiah kan lah sesuatu untuk diri sendiri. kata orang nak jimat atau berkorban pun perpada pada. heheh ini teori aku lah.. dahulu masa mula mula kawin byk benda nak pikir dan banyak halangan.
So masa sekarang ni nak merasalah titik peluk selama bekerja berbelas tahun kan.. kalau tak pernah ada bag yg mahal… belilah satu untuk diri sendiri… owh yang paling penting .. bila dah masuk patploh.. mulalah ada masalah kedut ker.pigmentasi ker akpa,
… jgn takut nak invest untuk diri sendiri..
nnt kalau dah umor 50 takut terlambat pulak .. hahaha…
Tapi ianya lebih dari itu ..
BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Orang Islam berumur 40 an kena berubah
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal,
intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.
Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah..
Hurm.. sungguh bermakna kan…
Panjatkan kesyukuran
Aku nak cakap panjang lebar pun .. takut tersalah cakap bab bab agama ni dan belum berani nak ulas . tapi… syukur atas nikmat yg ALLAH berikan selama 40 tahun di bumi Allah..
Masuk umor patploh .. ni kesihatan pun nak kena jaga.. perancangan ekonomi utk hari tua kena ada.. dan segala galanya.. kita bukan bertambah muda.. tapi bertambah tua so persiapkan diri secara lahiriah dan seterusnya.
No Comment! Be the first one.