Bengkel Personaliti diri bersama Azie SamBukan senang untuk tampil bergaya, menawan dan tertawan. Macam dalam entri aku sebelum sebelum ini. Aku sangat sangat tekankan. Segala apa ilmu itu perlu berguru. Salah guru lain jadi.
Table Of Content
Kali ini atas usaha kelab blogger ben Ashaari mereka telah membawakan Bengkel Personaliti diri bersama salah seorang yang pakar dalam bidang perunding imej
Aku memang looking forward segala ilmu begini, lagi banyak kita belajar lagi kita sedar kekurangan dan apa yang kita perlu improve.
Korang setuju tak.?
Aku akan share sedikit ilmu yang dapat hari tu . Kalau betul betul nak belajar korang carilah puan azie sam ni nanti okay. Sangat best. Memang dia selalu mengadakan bengkel di Jabatan kerajaan dan swasta. Sesuai untuk bengkel personaliti diri muslimah juga.
BACA : Peek A box membawa dunia kecantikan dengan lebih istimewa
Puan Azie Sam
Puan azie sam bermula dengan hijabsylist. Background study juga dalam bidang design. Puan azie sam juga pernah mengeluarkan tudung fazieda collection. Aktif dalam membuat hijab tutorial di youtube yang telah mencapai jutaan viewer. Atas respond yang sangat positif puan azie sam telah mengambil pertauliahan dalam bidang ini secara professional.
Apa yang puan azie tekankan dalam membina personaliti diri seperti di bawah ini.
- Wow first Impression
- Create Your own personality Syle
- Colour Make your soul
- Mix and Match outfit
Bengkel personaliti diri bersama Puan Azie Sam
WOW! first Impression
First impression tu opkoslah maknanya kali pertama orang pandang atau berjumpa dengan kita. Penting sangat tau. Memanglah tidak adil kalau kita judge orang sebegitu tapi realitinya kita mestilah berjaya menawan orang untuk terus mengenali kita.
Walaupun orang kata tak kenal maka tak cinta tapi… face the fact ia memang mempengaruhi kita kan.
So nak jaga first impression nih kita kena cover part ini ABC. Adakah semudah ABC ? hurmm mai kita tengok apakah ABC.
- Appeareance – penampilan
- Behaviour – kelakuan
- Communication – Komunikasi
Kita jaga 3 part ABC ini dah cukup untuk memberikan orang melihat kita yang baik baik sahaja. So salah satu aktiviti yang di adakan adalah kita orang di berikan 1 kertas untuk di tampal di belakang badan. Kemudian semua rakan rakan akan menulis apa yang mereka rasa mengenai kita.
heheheh… korang rasa yang ini valid tak untuk aku.Ini lah yang aku pelajari semasa Bengkel personaliti diri ini.
Sebenarnya aku tak terkejut pun..memang betul ramai yang cakap aku seperti garang or serious tapi juga agak ramah. Hurmm kenapa agaknya yer. Ini membuatkan aku terpikir aku ni sorang serious sgt kah? tak senyum kah .. padahal aku ni sorang yang kuat gelak dan melawak juga. tapi nak cakap apa .. itulah impression orang terhadap kita.
Kalau kita tak suka so kenalah ubah. kalau kita rasa okay.. heheh menten sahajalah kan .
Create Your own personality Syle
Kami diberi satu kertas soalan dan perlu menjawab lah soklan tersebut. Personaliti kita ni bergantung kepada jawapan pilihan kita. eh. terus teringat psikometrik test yang aku pernah buat. Tapi yang ini lebih kepada personaliti kita. jeng jeng…
Dalam ramai ramai orang aku sorang yang pelik. Dalam 9 soalan. aku menjawab 3 A, 3 B dan 3 C. Mixed belaka. eh.. debor dah ingat takde personaliti hahaha.
- Kalau banyak jawapan A : Seorang yang natural seperti fadzilah kamsah dan farah fauzana
- Kalau banyak jawapan B : Romantic seperti siti nurhaliza
- Kalau banyak jawapan C : Classic seperti Dato Zeti akhtar .
- Kalau banyak jawapan D : Dramatic seperti Diva AA
Aku semua balance daaa… rupanya dia cakap orang sebeginilah yang elok.. wah wah… seperti sesumpah atau chameleon. Berubah mengikut kesesuaian event dan tempat. Bukannya tidak ada personalit.
Jadi conclusiionya kita perlu titik beratkan TOP ini untuk menjadi sesumpah yang baik. Tapi bak kata puan azie sam Jangan sampai tak hormat majlis yer
- T – Time
- O – Occaasion
- P- Place
heeheheh nasib baik.. ingatkan Mix Personaliti dah!
Colour Make your soul
Sebagai kerja UX designer, aku memang agak cerewet pasal pemilihan warna tanpa aku sedar. Entri aku sebelum ini pernah menekankan warna dan pemakaian yang sesuai untuk orang 40an.
Entri tersebut based on my own research semasa aku meng audit diri aku. Disebabkan inilah aku rasa kena berubah lah sikit pernampilan diri ini.
Sebab aku sendiri tak lalu tengok muka dan penampilan aku di awal 20an hahahah Padahal masa tu lagi zaman muda kan. maigad… tak sanggup sebab tulah kena join Bengkel personaliti diri macam ini kan!
Rupanya kalau nak pilih kaler warna baju and tudung. Gunalah color Wheel. hek eleh.. padahal itulah benda . yang aku selalu tengok dan aku sendiri tak praktik kan untuk pemilihan warna.
Satu tips menarik yang pn azie sam kongsikan dibawah ini
5 Warna Yang Tak Pernah Salah dalam Bengkel personaliti diri
- Putih
- Hitam
- Kelabu
- Navy Blue
- Coklat
Kata puan azie sam,
lebih daripada 80% mesej yang ingin disampaikan dengan tepat adalah berkaitan warna dengan erti kata lain mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat. Jadi kita kena pandai pilih warna
Bengkel personaliti diri; Mix and Match outfit
Tips yang penting dapat masa bengkel ini. Kenali dulu bentuk badan kita hehehe. Caranya adalah seperti begini, ambik ukuran badan kita dari bahu, pinggang dan pinggul. Eh.. nanti share atas kertas yer.
Atas simple formula ini maka kita boleh kita ketahui kita bentuk badan yang bagaimana. Aku bentuk Pear… pear malaysia katanya..hahah sebab ada seorang geng pulak agak berisi tapi pear obersea.
So kenali badan korang bentuk apa
- Rectangle
Anda adalah bentuk segi empat sama jika bust dan pinggul anda adalah kira-kira lebar yang sama dengan definisi pinggang kecil. Kaki dan lengan anda biasanya langsing. - Apple
Jenis badan ini dicirikan sebagai bahagian pertengahan berat. Anda bentuk ini jika pinggang anda agak tidak jelas dan anda berat sepanjang pinggul anda manakala langsing di tangan dan kaki anda. - Pear
Anda bentuk pear jika payudara anda lebih sempit daripada pinggul anda dan anda mempunyai pinggang yang jelas. Anda biasanya mempunyai bahu sempit dan paha yang penuh. - Hourglass
Jenis badan ini dicirikan sebagai curvy dengan pinggul dan garis payudara pada lebar yang sama. Pinggang anda adalah jelas.
Pear ni tahulah kan, bentuk di pinggul lebih besar, jadi kena pastikan skirt atau seluar kita tidak sarat. elakkan! dan juga tidak boleh pakai peplum. patutlah sebelum ni aku pakai macam serba tak kena hahaha.
Tips untuk orang badan pear (macam aku )
- Elakkan pakaian yang mempunyai bahagain yang akan menekankan bahagian pinggang contoh baju yang ada getah mencekak baju di pinggang atau pakaian yang kena pakai tali pinggang. Ini akan membuatkan pinggul nampak lebih besar..kenapa kena elakkan, sebab ia akan menarik mata ke tempat yang salah.
- Lagi satu jangan masukkan baju ke dalam seluar. sebab ini juga akan menyerlahkan bahagian bawah anda.
- Satu helah yang hebat untuk bentuk pir adalah memakai warna yang lebih gelap di bahagian bawah dan warna lebih ringan di atas kerana ini secara semulajadi menarik perhatian dan jauh dari kawasan masalah anda.
- Tudung, kalung dan aksesoris lain juga membantu.
Segala info yang aku share disini hanya 10% sahaja kut. Kalau betul betul berminat korang carilah puan azie sam ni. heheh aku belum mampu untuk bagi nasihat terbaek untuk korang tapi aku hanya suka berkongsi ilmu disebabkan keterujaan aku sendiri.
Jangan jadi mangsa fesyen okay. So apa kata korang follow azie sam
Facebook: Azie Sam
Instagram : @Azie_Samm
Email : aziesamad@gmail.com
Thank you to MaTIC selaku penaja lokasi majlis dari dulu dan hingga kini. Servis memang terbaek sejuk betul aircond heheh dan juga kepada @Mrs. Za dan nurul izzah catering selaku F&B sponsor pada hari tersebut. Korang masuk IG diaorang ni confirm terliur. Sedap sangat.
Terima kasih kak share ilmu, rugi rasa tak dapat join bengkel best camni.
Best bengkel ni.. tak rugi pergi..
Haaa tulaaa sapa suruh x mai heheh
Bestnya! Jealous betul tak dapat join sekali
bestnya tengok..dapat belajar ni semua..kadang kita bantai je baju apa kita pakai..hahaha
seronok belajar bengkel kali ni, dapat ler belajar pasal tips pemilihan pakaian yg sesuai dgn bentuk bdn, selama ni main pakai je😄
Best kutip ilmu hari tu hihi