Eh betullah, seronok pulak mengajar SEO pada kawan-kawan nih, sebenarnya aku pun belajar SEO dalam masa yang sama.
Table Of Content
Kalau ikut sejarah blogging ni, aku mula pada tahun 2009. aku pakai myspace rasanya tapi nak taip 1 patah perkataan pertama tu gila susah. Macam umpama orang yang terkedu nak berbicara. Padahal aku ni budak masscomm USM.
Tak lojiklah tak boleh menuliskan!
Tapi betul… memang aku tak boleh menulis masa tu, mental block dan tak ada ilmu.
Dari tahun 2009 – sehingga tahun 2015, aku rasa bodoh gila nak menulis di blog ni. Lepas tu aku tengok kawan kawan USM aku dah join group Blogging di rumah, aaagh aku terus tergedik-gedik So aku amik langkah drastik, aku belajar wordpress sorang-sorang, tengok YOutube dan refer pada rakan blogger. kiranya dia orang dah ke depan dari aku.
Aku join group Blogger Ben Ashaari, barulah terbukak mata aku, besarnya ilmu blogging. Bukan sekadar menulis. Banyaklah.. banyak benda yang kena belajar bukan hanya menulis tapi jugak aspek teknikal. Lepas tu aku masuk lagi kelas wordpress dan SEO.
Tapi alhamdulillah, disebabkan aku belajar tanpa henti. Aku pulak ajar kawan-kawan masscomm aku.
Belajar SEO untuk masa depan
SEO adalah singaktan kepada Search Engine Optimisation. Ianya umpama you hit the right keyword untuk orang ramai cari. Dan untuk buat ini bukan mudah, mestilah ada knowledge, dan knowledge itu bukanlah dibina dalam sehari, tapi bertahun.
Kebetulan aku berada dalam dunia IT, dan background communication, jadi minat aku tidak pernah padam untuk terus belajar benda baru ini walaupun umur telah meningkat.
Sedikit flashback kerjaya perubahan dunia communication + IT dan bagaimana aku terjebak dalam SEO.
Tahun 2012 dari bidang project management aku upgrade skill set aku kepada User Experience designer sebaik sahaja aku tamat Master in Visual Communication di UITM sebab aku nampak and observe perubahan dunia Maya vs dunia kita ni sangat sangat laju
Kalau zaman Mascccomm 25 tahun dahulu sering kami ditekankan dengan ilmu adverstising dan communication untuk above the line seperti TV Commercial, TvAds, print ads tapi sekarang kalau semua orang perasan , semuanya di hujung jari.
Aku harap syllabus school masscomm di semua universiti pun berubah!
Jadi sebab itu lah aku bilang, Belajarlah SEO, dan ianya juga asas kepada TikTOk pun weh!
Mentor and Protege kepada rakan wartawan
Aku selalu pegang prinsip dengan belajar dan mengajar akan meningkatkan kefahaman. Jadi aku offer kepada kawan-kawan wartawan sekampus dahulu, aku ajar SEO dan aku in fact aku setup blog dia orang dengan minimal charges. Eh ! dan aku juga jadi web admin untuk dia orang . hahah punya nak suruh dia orang ni belajar yer. Kami share hosting sama-sama, so dapatlah bayar murah dan aku pun dapat belajar teknikal.
Lagi pun kawan-kawan aku ni sangat baik, hasil nukilan mereka bukanlah benda yang kontroversi tapi banyak memberi manfaat kepada orang lain. Mungkin aku boleh ride pahala atas ilmu ilmu yang mereka kongsikan.
Mereka bukanlah blogger tegar seperti kawan kawan aku di kelab blogger ben ashaari, tapi mereka menulis dalam skop yang berbeza tetapi kurang ilmu SEO, jadi kerana itulah aku berusaha nak push mereka untuk gunakan ilmu kewartawanan mereka dan translate kepada pasif income bila mereka pencen nanti.
Lagipun berjemaah lagi seronokkan !
Ilmu SEO penting untuk blog masa kini
Kalau ikutkan ilmu blogging ini berbeza dengan 20 tahun dahulu, berbeza dengan zaman Hannis Zalikha, dan hani koyuki dan beberapa blogger lain
Blog dahulu kala lebih kepada diari hati mereka sendiri, tetapi branding mereka sangat kuat. Orang cari terus blog ” hanis Zalikha” bukan content dibawahnya. Sama juga macam Ben Ashaari, dialah sifu aku bermula dalam dunia blogging. owh tapi rasanya blog hanis zalikha pun dah terkubur rasanya.
Ada ke orang nak cari “modernmumthingy?”Mestilah tidak kan.
Tak mampu aku nak lawan kredibiliti blog “Ben Ashaari” yang dah punya Domain Authority yang tinggi vs aku bilis kecil. Untung orang yang dah punya blog dari dulu tau.
Tapi aku tidak mengaku kalah, mungkin aku boleh fight dari segi “Topical Authority” dan dengan cara inilah sahaja aku nak pastikan kewujudan blog aku akan lebih relevan. Lagi best kalau korang tahu korang blogger niche apa
Kalau On page seo tu insyallah aku rasa aku dah mampu buat dalam 80%, tapi off page seo aku rasa aku hanya mampu menguasai dalam 30%. Kena ada banyak strategy. Nampak tak betapa banyak aku nak catch up lagi.
Carilah guru-guru yang hebat dan berpengalaman, macam baru ni kami belajar dengan hazwan hahha baru tahu banyak lagi benda yang perlu dipelajari. Next aku plan nak amik certification dalam ilmu SEO haaa masa tu barulah sedap sikit nak mengajar or buat consultation SEO nanti.
Wah! patutlah hebat cikgu SEO saya ini. Tq kak Azni untuk ilmu-ilmu SEO dan bloggingnya. Saya pun seronok belajar SEO ni benda-benda ni semua.
Untung dah start awal. But better late than never kan. Terima kasih selalu bagi semangat dan share ilmu.
Hahaha kita start awal blogging tp syok sendiri takde seo. Tq tau sbb tak lokek ajar ilmu SEO yg sgt2 penting untuk terus relevan dalam dunia penulisan online sambil generate income
Saya mmg dr zero. tq sifu bagi tunjuk ajar ..
best yer kak azni. nak berguru jugak
hahaha huda blogger otai….