Belajar saham seawal mungkin | Kalau korang ada follow entri aku sebelum ini bayak aku kongsikan cara pendedahan kewangan untuk anak-anak. Teringat aku pergi seminar saham dahulu, mengikut data memang kurang orang melayu terlibat dalam saham ini.
Table Of Content
- Belajarlah dari orang yang dah berjaya
- Pendedahan Kewangan pada anak-anak
- 11 tips didik anak pengurusan kewangan
- Pendedahan Ilmu saham kepada anak-anak
- Analogi konsep melabur saham kepada anak-anak
- Belajar saham dengan Money Games Online
- Cir-ciri Rekabentuk UI untuk permainan saham
- Key take away bermain game seperti ini dan pahami kewangan
Aku masih berpegang orang melayu ni , ramai ‘ bodoh’ pasal kewangan. Bab belanja tu pandai, bab nak urus kewangan dan duit ini memang fail. Memang ramai yang perasan kaya hahaaha. Tak payah pergi jauh, dalam circle famili aku sendiri pun mengatakan aku ni ‘kalut’ ‘ risau’ bab duit.
Masalahnya kalau duit nak hado nih.. kena taulah berbelanja secara berhemah.
Persoalannya adakah semua orang buat analisis kewangan, dan rajin membaca bab-bab kewangan? Ramai yang tak buat sebenarnya
Tapi eh bukan nak mendabik dada tapi memang aku buat dan rekod perbelanjaan aku. Sebab aku insan yang lemah hahah, kadang-kadang memang tershashul.
Aku track progress kewangan aku dari dulu dan aku memang passion bab-bab ini .
Kita nak jadi “Smart Financial”, gaji sikit pun still boleh ON
Belajarlah dari orang yang dah berjaya
Cuba korang follow beberapa financial guru dalam dan luar negara, betapa tips-tips mudah yang dia orang praktikan untuk keluarga mereka.
Salah seorang millionaire ni, dia kongsikan cara dia bagai elaun pada anak dia tapi so dari duit tersebut anak dia belajar cara belanja dan menyimpan dan juga sedeqah. Impressed betul aku.
Dahulu tiada pendedahan, sangat-sangat sedikit. Tapi zaman teknologi ni sesiapa yang rajim confirm akan dapat ilmu. Ada bermacam cara, haaa ini yang aku nak kongsikan
Pendedahan Kewangan pada anak-anak
Point yang aku nak cakap ini seperti entri aku sebelum-sebelum ini. Perlu ada pendedahan kewangan pada anak-anak seawal mungkin
Entri sebelum ini aku ada tulis 11 tips didik anak pengurusan kewangan, nah aku reshare/ kongsi sekali lagi. Kalau korang nak tau korang boleh baca dengan lebih terperinci apa yang aku dah buat selama hari ini.
11 tips didik anak pengurusan kewangan
- Duit syiling tempatnya di tabung
- Setting goal dan fahamkan dia
- Allocation beli mainan atau buku setiap bulan
- Upah RM – Kerja rumah dan baca buku
- Bawa anak pergi ke bank bersama-sama
- Belanja duit mereka sendiri
- Belanja vs Simpan
- Bawa mereka bersama untuk membeli barang
- Selalu bincang harga barangan atau produk
- Tunjukkanlah contoh terbaik untuk mereka
- Ajar nilai sedeqah
Alhamdulillah ini yang aku praktikan untuk Iman, sejak dari kecik sampailah umur 13 tahun. Sekarang impian aku nak bagi dia beberapa pendedahan seperti ilmu bahasa, robotik dan juga saham.
Ada satu website dari oversea ni developed beberapa games kewangan untuk anak anak paham keluar masuk duit, paham melabur dalam property dan yang paling menarik minat aku pasal saham atau stock.
Aku memang tertarik game yang sempoi nih, Money game khas untuk stock so secara tidak lansung aku harap bagaimana konsep saham tu mudah dipelajari golongan kanak-kanak
Interface dan konsep game itu senang tapi yang penting aku nak dia paham benda asas ‘ jual – beli’ tersebut,.
Pendedahan Ilmu saham kepada anak-anak
Aku rasa dahulu, aku hanya tahu mengenai saham ini sewaktu zaman pak man telo, arwah bapak aku terkena atau tertipu dengan skim cepat kaya ini. Tapi kata dia orang itu adalah saham, haahaa. Yer aku belajar sesuatu yang buruk dari yang baik pasal saham ini.
Kemudian kakak aku menceburi bidang saham dalam tahun 1994 hinggalah tahun 2022, masa itulah aku dengar dia cerita berapa ramai orang kaya dengan saham. Tapi aku masih belum tahu sepenuhnya pada masa itu.
Yang aku tahu sekarang ramai anak muda main forex dan juga saham dan ramai juga yang dah kaya raya. Mesti dia orang ni sejenis yang suka belajar dan mendapat pendedahan dari orang sekeliling mereka.
Analogi konsep melabur saham kepada anak-anak
Aku rasa ini analogi terbaik untuk membantu anak-anak memahami konsep saham,
“kita kena cuba menjelaskan bahawa membeli saham sama seperti membeli sepotong kecil dari sebuah kedai contohnya bila kita membeli gula-gula bermakna kita membeli sebagian dari hak milik kedai tersebut.
Demikian juga dengan saham, jika kita membeli satu saham, kita memiliki sebagian kecil dari perniaagan yang boleh menghasilkan keuntungan jika harganya naik.”
haha aku harap anologi ini dapat bantu iman (anak aku) fahami bagaimana duit buat duit.
Kesimpulannya aku berharap dia faham dan pelajari sesuatu dengan bermain game online yang memang menjadi ‘makanan’ dia setiap hari. Yerlah hampir 20 jam mengadap laptop, mungkin aku perlu selitkan game yang bermanfaat begini
- Mengetahui cara membeli saham dan bagaimana saham bekerja boleh memberikan banyak manfaat pada masa depan anak-anak.
- Dengan memahami saham, anak-anak akan memulai pelaburan mereka sendiri dan mengelola kewangan mereka dengan bijaksana di masa depan.
- Dalam permainan ini, anak-anak dapat bermain saham dengan wang virtual dan belajar bagaimana cara membeli, menjual, dan memantau saham mereka. Ini dapat membantu anak-anak memahami risiko dan manfaat dari pelaburan saham, tanpa harus mempertaruhkan wang mereka sendiri.
- Dalam rangka membantu anak-anak memahami konsep kewangan yang penting, penting untuk mengajarkan mereka secara bertahap dan menggunakan metode yang cocok dengan gaya belajar mereka.
- Dengan memahami saham dan investasi, anak-anak dapat mempersiapkan diri untuk masa depan yang lebih cerah secara finansial.
Belajar saham dengan Money Games Online
Online game saham ini macam real tau, dalam User interface ini memaparkan Saham ialah graf harga prestasi saham di mana matlamat permainan adalah untuk berdagang atau membuat spekulasi mengenai saham untuk menangkap kenaikan harga.
Pemain bermula dengan $500 dan bermain sepanjang 30 hari, dengan matlamat untuk mencairkan saham mereka dan memperoleh keuntungan sebanyak yang mereka boleh dalam sebulan.
Cir-ciri Rekabentuk UI untuk permainan saham
- Simpanan semasa dan nombor hari ditunjukkan di sudut kiri atas.
- Harga saham ditunjukkan di sudut kanan atas.
- Graf harga menunjukkan kecenderungan harga saham dalam sehari.
- Saham milik semasa bersama dengan butang beli dan jual berada di bawah graf harga.
- Permainan ini m menunjukkan bagaimana terdapat banyak bunyi rawak dalam pergerakan pasaran jangka pendek, tetapi tidak mengajar apa-apa jenis analisis asas atau teknikal.
Kebanyakan orang yang berjaya dalam pasaran saham tidak melakukan perdagangan harian tetapi purata kos dolar ke dalam dana indeks untuk tempoh masa yang panjang.
Key take away bermain game seperti ini dan pahami kewangan
Simple sahaja, aku nak dia achieve 5 benda ini.
- Fahami apa itu saham
- Apakah konsep beli dan jual dalam saham
- Belajar sabar
- Banyak cara buat duit kalau kita pandai dan rajin mencari
- Work smart
No Comment! Be the first one.