Akhirnya aku buat loan ASB. Dari mula kerja sampai sekarang aku hanya buat potongan gaji untuk masuk dalam Akaun ASB. bayangkanlah dari sekarang dah umor 41 tahun… dah dekat 15 tahun kut bekerja. Puncanya dahulu aku fobia dengan Loan ASB ni.
Table Of Content
- Jangan lupa zakat ASB juga okay.
- Apakah loan ASB atau ASBF
- Keuntungan Loan ASB
- Effect Bonus ASB melalui Simpanan biasa berbanding Pinjaman ASB
- A: Simpan secara konsisten sebulan RM1200
- B: pinjaman ASB 200K Dengan komitmen bulanan RM1200
- Kenapa aku rajin tulis pasal Loan ASB mcm ni?
- Cara keluar duit ASB online
Aku follow kata orang.. sikit sikit lama jadi bukit. ikut kemampuan. bila gaji naik so tambahlah lagi simpanankan. kalau tak buat macam tu mmg tah kemana lah duit tu pergi. sebab tu bila dengan anak anak sedara aku dok bebel ko kena jadikan habit simpan duit ni.
Dahulu aku sangat skeptical pasa pinjaman Loan ASB ni. Banyak sangat pendapat. Seingat aku dulu.. kakak aku pernah rugi masa cancel loan asb ni. so… itu yang rasa better not, aku simpan sendiri, tapi itu 13 tahun yang dahulu.
Tahun ni aku mula follow beberapa taiko yang expert ASB, iaitu khairul ezuwan di facebook telah membuka satu pandangan yang berbeza.
Macammana nak manipulate ASB, keuntungan dengan Loan ASB, compounding interest lah and bla bla. aku bukan expert nak ulas bab ni. korang carilah kat FB dia nanti.
Jangan lupa zakat ASB juga okay.
eh.. lupa nak share dengan korang, aku pernah hilang buku asb sebelum ini. huhu panik sekejap tapi rupanya mudah sahaja. Jangan risau kalau ter hilang buku ASB
Apakah loan ASB atau ASBF
Sebelum tu dah berkira kira nak buat loan ASB dengan maybank.. sbb tengok khairul ezuwan ni orang maybank. so pernah lah pergi ker maybank HQ. tanya dengan staff yang ada pada masa tu.
Info yang diberi tidak sama macam apa yang aku baca dari fb KEY tu dan blog blog lain. so kesimpulannya tak semua orang tau pasal Loan ASB ni hatta orang bank sendiri.
Kemudian setelah Key stop dari maybank.. ada comment yang tanya..bank mana yang elok . Secara seloroh dia cakap cImb sbb dia dah join CWA. hahaah for me itu satu info yang penting untuk baca pulak pro and cons antara semua bank.
Kemudian satu hari aku sembang pagi dengan kawan sepejabat.. kata derang… better go for CIMB sbb Loan ASB dia offer lagi panjang..and lebih unutng kalau orang yang nak main ASB and cancel pada tahun ke 5. so smlm aku pergi…sign up 200k.. dan dapatlah beberapa penerangan seperti yang aku harapkan .
Keuntungan dividen tahun pertama dah boleh cover installment bulanan untuk tahun ke dua. Tapi, kalau boleh aku tak nak kacau dividen tuh .
Tetapi malangnya disebabkan aku umor 41 tahun so tak dptlah buat loan sehingga 30 tahun. sangatlah rugi. so ingatkan dpt komitment sebulan Rm1098. tapi aku kena bayar rm 1200 untuk 24 tahun. haaa.. kan dah rugi…
kita perlukan modal Rm14500 untuk bukak Loan ASB 200k ni dan sebaiknya bayar lump sump supaya rekod bank kita pun cantik sekiranya kita nak buat loan apa apa kelak. so takkan affect DSR nanti. Kalau ada plan nak buat benda lain.
Macam aku, aku pindah semua duit ASB ke dalam tabung haji, dan aku still bayar bulanan dari duit gaji yang aku dapat bulan-bulan.
okay ini saya share status dari khairul ezuwan melalui status FB dia
Keuntungan Loan ASB
Effect Bonus ASB melalui Simpanan biasa berbanding Pinjaman ASB
Bagi yang Belum memahami kaedah pembayaran bonus ASB dan kelebihannya melalui Financing boleh baca perbezaan ini:
A: Simpan secara konsisten sebulan RM1200
- B: buat pinjaman ASB RM200K Dengan komitment bulanan RM1200.
- Katakan bonus declare 1%
- Formula kiraan bonus ( kiraan tepat bulanan)
- 1% x baki terendah setiap bulan/120 bln
- Mari Kita buat pengiraan bonus untuk tahun pertama sahaja.
_____________________________________
A : Simpanan setiap bulan 1200
1200 = 0.10
2400 = 0.20
3600 = 0.30
4800 = 0.40
6000 = 0.50
7200 = 0.60
8400 = 0.70
9600 = 0.80
10800= 0.90
12000= 1.00
13200= 1.10
14400= 1.20
===========
Total = 7.80
===========
B: pinjaman ASB 200K Dengan komitmen bulanan RM1200
- 1% x 200K / 120 bulan = 16.66
- 16.66 x 12 bulan = RM200
Simpanan biasa Cuma menghasilkan bonus RM7.80 pada tahun pertama tersebut. Manakala melalui pinjaman menghasilkan RM200 pada tahun pertama tersebut. Nilai kiraan utk tahun ini dikira Selama 10 tahun, maksudnya Jika tiada wang atau pinjaman sekalipon selepas tahun pertama tersebut, kedua-duanya akan Terima amount ini Selama 10 tahun.
- A : RM7.80 x 10 tahun = RM78.00
- B : RM200 x 10 tahun = RM2000.00
Ini Cuma kiraan bonus yang sering dipinggirkan pon sebenarnya mempunyai perbezaan yang Jauh ketara antara simpan Sendiri berbanding cara pinjaman Kerana kekuatan volumenya.
____________________________________
Kenapa aku rajin tulis pasal Loan ASB mcm ni?
Sbb aku risau budak budak muda sekarang ni tak nampak semua benda ni lagi.. kepentingan menyimpan dan mencari hartanah. masa zaman aku dulu takde pendedahan macam sekarang. susah betul.
sekarang petik jari jer. bukak komuter search lah apa yang patut. yang penting ilmu mesti dicari. lagi muda lagi bagus menyimpan.
BACA : Penting belajar pendidikan kewangan
Cara keluar duit ASB online
Sejak ada kemudahan internet ni, sekarang tak sesusah dulu. Ada app, ada website my asnb untuk kita track rekod simpanan kita.
Nak keluarkan duit pelaburan ASNB kita tu pun senang sahaja, tapi ada limit yer
Korang boleh baca entri aku https://modernmumthingy.com/cara-keluarkan-duit-asb-online/
Jom simpan duit dengan LOAN ASB!
dari buat loan asb better u invest terus dlm unit trust if u can simpan monthly 1200 sebulan dear..
cos over the long run u earn much better as compare to the ASB as tru asb u have to serve the interest..
do ur calculation on the yearly compounded interest..
by the way.. i m not a unit trust agent.. just a former banker..
and ur former school mate hehehe
hehehe unit trust ni mmg lama dah invest dari tahun 2003 kut.
unit trust ni untuk jangka masa panjang memmang berbaloi tapi…tak semestinya berbaloi jugak kena tengok kaunter cth.. dkt EPF ayng perfom skrg PMB.. orang semua ingat public mutual kan… haaa…tak semua orang tau sbb promosi public mutual ni hebat…
bg aku laa.. untuk investment nih kena pelbagai cabang. walaupun loan asb ni boleh sampai 25 thn sebenarnya ianya sesuai untuk jangka masa pendek jugak. dengan kata lain kita manipulate sistem yang sedia ada…ikut objektif apa nak capai..giteww
saya dah baca entry akak… terbaikk.. mmg betul CIMB bg tenure sampai 30 thn and islamic loan. if akak nak tambah asb loan open buku asb 2 pun boleh contact sy or whatssap 0163889546
bagus2 input yang sangat berguna pada anak muda sekarang.. terbaik !
Sama juga sesiapa yang ingin membuka Loan ASB ISLAMIK dengan mudah. Sila hubungi saya 018-2681389 🙂
Salam, tumpang tny.. asb loan cimb tu pembiayaan islamik ke?
Yerr..
kalau tetiba tak mampu bayar cemana? cth kemalangan.. kena buang kerja dsb?
aduh… yang ini tak mampu nak tolong jawabkan. kena tanya pihak zakat lah kut..
umur 30 tahun dapat lah loan selama 30 tahun…nasib sempat tiba2 dapat seruan suara halus
Untuk starting,berape amout patot ambik dulu..rm100k?rm200k?..bank mana yang bgus?
Terpulang pada sis punya keperlua dan objektif. ada org buat loan asb ni sbb nak kahwin sbb keuntungan compounding dividen.
Tpai kalau sis muda dan mmg ada lebihan untuk buat simpanan, go for 200k. lagi muda lagi untung
Nak tny ye, contoh kita sign up 200k. Then, pada tahun ke 5 kita nak stop.
Yg kita loan ngn bank kena still byr lg kn? Agak pening sikit 😅
Hi, Atiey, klau sign up RM300k, jual sijil tahun ke 5, pemilik x perlu byr lagi jika balance loan amount kurang daripada loan amount. Jika balance loan amount kurang drpada loan amount, pemilik akan dapat dapat lebihan duit.
Hi, klau sign up RM300k, jual sijil tahun ke 5, pemilik x perlu byr lagi jika balance loan amount kurang daripada loan amount. Jika balance loan amount kurang drpada loan amount, pemilik akan dapat dapat lebihan duit.