AEON Big Sokong Program Jualan Keluarga Malaysia | Kali ini AEON BIG Danau Kota telah menjadi lokasi utama untuk Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM ) Wilayah Persekutuan. Boleh dikatakan majlis ini berlansung dengan penuh meriah dengan beberapa produk bahan asas yang telah memenuhi canopy yang disediakan oleh pihak AEON BIG.
Table Of Content
Program Jualan Keluarga Ini telah berlansung pada 13 & 14 Ogos 2022 baru-baru ini.
Untuk Info, AEON Big telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL) sejak tahun 2021 lagi
Pertama kali menjejakkan kaki di AEON Big Danau kota sebenarnya aku macam ‘impressed’ dengan susunan layout bangunan, parking dan tenant lain yang berada di kawasan ini. Seperti berada di luar negara pula.
Aku suka melihat faktor ‘easy access‘ dan ‘layout susunan atur letak barangan‘ dimana-mana shopping complex atau mall. AEON Big pun berwajah baru, lebih ceria.
Terdapat beberapa Syarikat F&B yang agak besar memenuhi ruang kawasan perniagaan sini seperti Starbuck, McDonalds, Hi tea dan beberapa lagi.
Ruang tempat letak kereta telah di tukar menjadi ‘canopy sementara’ khas untuk program ini.
Usaha Untuk menagangi Inflasi
Dimana-mana sahaja kita pasti dengar rakyat mengeluh harga barangan yang naik mencanak dek kerana inflasi. Samada di sosial media maupun dalam perbualan harian, rata-rata memang terasa agak tertekan dengan harga barangan yang tak masuk dek akalkan.
Di saat negara tengah berperang dengan faktor kejatuhan wang dan inflasi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengambil inisiatif dengan menganjurkan program seumpama ini yang bertujuan memberi kemudahan kepada rakyat untuk memberi barangan keperluan asas pada harga lebih murah.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan turut melaksanakan program berkenaan.
Pendekatan kali ini juga akan melibatkan kerjasama kedai-kedai tertentu tidak kira kecil atau besar termasuk kedai-kedai koperasi
Ucapan Tan Sri Annuar musa
AEON Big Sokong Program Jualan Keluarga Malaysia
Sepertimana KPDNHEP yang telah mengorak langkah awal, Pihak AEON BIG juga ingin turut serta menyumbangkan kepada rakyat dengan turut serta program Jualan Keluarga Malaysia ini.
PJKM di AEON BiG Danau Kota ini melibatkan sebanyak 16 pembekal dan agensi Kerajaan yang akan membuat penjualan barangan keperluan pengguna pada harga yang lebih murah.
Inisiatif bersama ini menawarkan lebih banyak pilihan barangan keperluan asas dan merupakan tanda usaha AEON BiG untuk terus membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.
Tawaran yang dibuat pada hari itu seperti ayam potong sahaja RM10, minyak peket RM2.50 tapi terhad ambil 3 paket sahaja. Selain itu ada telur, detergent, makanan, diapers, buah-buahan, sayuran segar, beras dan lain-lain.
Turut ditawarkan beg Jimat Poket yang menawarkan produk-produk asas dari jenama terkemuka seperti Nestle, Yeos dan pelbagai lagi yang dijual secara bundle didalam satu beg.
Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman syarikat yang mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran dan dibantu oleh penawaran pelbagai produk yang seoptimum dari pihak AEON. Malah, AEON akan sentiasa cuba untuk melangkau jangkaan pelanggannya dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali berbelanja.
Acara Sampingan sempena Program Jualan Keluarga Malaysia
Program yang dilaksanakan sempena bulan kemerdekaan kali ini dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti jualan oleh AEON BiG dan pembekalnya, cabutan bertuah, serta konvoi 300 buah motosikal “Kembara Fun Ride” yang berlepas dari Stadium Bolasepak Kuala Lumpur ke AEON BiG Danau Kota.
AEON BiG sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyokong inisiatif bagi memudahkan pihak pelanggan mendapatkan baragan keperluan dengan mudah. Produk yang berkualiti dengan harga yang lebih rendah sentiasa menjadi matlamat utama untuk pelanggan,
PJKM peringkat Wilayah Persekutuan secara rasminya telah bermula pada Disember 2021 dan ianya masih berlangsung sehingga kini di mana tempoh program adalah selama dua hari bagi setiap minggu yang terpilih.
Semoga usaha- usaha mereka ini dapat membantu golongan yang tersepit dengan keadaan ekonomi sekarang, dan semoga program Program Jualan Keluarga Malaysia berkembang beberapa negeri lain.
Jadi korang nantikan lah dimanakah next destination PJKM ini wokay !
Syabas KPDNHEP dan Aeon Big. Banyak sangat dapat support rakyat malaysia ni