Cabaran nak didik anak sembahyang
Tiba tiba jer rasa nak cerita pasal iman and kisah hantunya dan Didik anak rajin sembahyang dari kecil. Samada teknik takutkan dia atau terapkan perlahan lahan.
Table Of Content
Kedua duanya aku dah cuba.
Tapi ini memang kelakar, Iman tetiba rajin sembahyang di Bali. Tak ke pelik. Di bali okay…
hahahha lawak kkan. Sesungguhnya aku memang tak faham dengan budak budak ni. Suka tengok citer hantu tapi kemudian takut sendiri hehehheeh.
Suka tengok cerita hantu tapi takut sendiri
Sebelum ini acapkali kalau dia takut nak pergi dapur atau bilik air, dia kata sebab ada hantu. Semuanya gara gara dia dan sepupunya suka sgt tgk video hantu di You tube. maka bermula spesies hantu yang dia dah kenal.. hantu pocong, toyol and lain lain.. tapi impak dari situ dia jadi agak penakut, which is rasanya tak sesuai kut anak lelaki jadi penakut sgt.
Kalau masih kecil okaylah tapi bila dah besar nnt macam mana? so apa yang saya buat ni, saya cuba cakap pada dia.. kalau iman takut iman kenalah rajin2 sembahyang. barulah Tuhan sayang and hantu pun tak berani kacau.
Tapi yerlah budak 4 tahun apalah yang dia tahu, tapi cuba menanamkan perasaan bahawa ALLAH maha berkuasa. Kena yakin Allah sentiasa ada.
Kata orang alaaah.. dia kecil lagi. Tapi saya pelajari dari kawan kawan yang telah punya anak yang besar. Ini lah antara kesilapan mereka. Semua benda hari dididik sejak kecil lagi. Perasaan sayang dan cinta kepada ALLAH mesti wajib di sematkan dalam kepala mereka.
Kisah Iman kalau nak bersembahyang
Bila masa dia rasa nak ikut sembahyang, dia akan turut berjemaah, tapi kalau asyik bermain mmg lah dia akan kata Iman letih lah, byk sgt nak sembahyang. memandangkan dia masih kecil jadi kami takdelah menekan dia kena sembahyang setiap waktu.. ikut moodnya. saya tak tahu pendekatan saya ni betul atau tak tapi saya pun masih bereksperimentasi kaedah yang terbaik untuk memupuk dia.
BACA : Kenapa sekolah Integrasi Jadi Pilihan
Sebenarnya dia tidak jangak berjemaah sebab selalu follow sembahyang disurau kalau pergi berjalan jalan di shopping complex. tapi itupun kalau mood dia okay. kalau tak okay dia kan panjat and lari lari dalam surau. huhuhu.. sabar jerlah. Tapi selalunya okay sebab dah ajar dia jangan berani dengan strangers.
Bermula dengan ikut ikutan
Jadi ini semua bermula sejak umurnya 2 tahun, memang kami sering ajak dia bersembahyang bersama sama. Tapi yang amat menggelikan hati sewaktu trip ke Bali baru baru ini. Ekceli kami akan agak takut untuk bawa dia ke bali sbb terbaca blog blog yang menceritakan pengalaman bawa anak kecil travel ke sana.
Gangguan gangguan yang rasanya semua orang tahu, hehehee. so sebaik landing di Den pasar kami terus chek in dekat satu hotel yang berdekatan, mmg agak sunyi. tapi mengantuk punya pasal, lepas sembahyang terus tidur dahulu. so bangun keesokannya, apa yang menakutkan terjadi.
Menurut kata hubby… dia terjaga and terus ckp “Papa.. papa Iman mimpi hantu…” jadi saya ulangkali cakap padanya .. sebab itulah kita kena sembahyang, baru hantu tak kacau. diapun cakap ” baiklah mama” mcm watak upin ipin tu..
So the next day as planned kami check in hotel yang lain. tanpa disuruh dia pun follow ambik air sembahyang ikut cara dialah dan terus sembahyang sendiri. Entah apa bacaannya.. tapi cukup lah tertibnya dari mula sampai habis. seterusnya hotel ke 3, dia sendiri mau sembahyang tanpa disuruh. Kami rasa lucu sgt, sbb Iman sangat alim di Bali..hahahaha… and mcm kusyuk sgt. Rupanya pada mlm kedua dan ketiga dia tidak mimpi lagi.
Baru baru ini masa raya haji, bila berkumpul ramai ramai bersama cousins maka dia pun tgk lah citer hantu korea pulak. rupanya tak boleh tidur ..siap gerakkan mamanya ini untuk peluk dia kuat kuat. bila nak sembahyang subuh dia pun mau ikut serta dengan sedu sedannnya.
Tak tahulah nak kata taktik ni berjaya atau tidak, tapi itulah cuba diterapkan pada iman supaya terus beriman. huhu inilah kesemua ibu bapa hadapi Cabaran nak didik anak sembahyang AMIN.
Nak tahu mimpinya apa ?..bila disoal beberapa kali dgn beberapa cara barulah Iman bagitau…dia kata ” Robot Lego tu boleh bercakap dan berjalannn..”..waaah sungguh ngeri mimpi dia kan.