Jalan jalan di manhattan atau A walk in Manhattan from papa story. Hari ketiga, lepas hantar mama, kami redah and jejak Manhattan pulak, which was about 30 minutes from Brooklyn by subway.
Table Of Content
Mission nya ialah familiarisation dan nak amik tiket New York Pass. Kiranya awal pagi jugak, so naik subway bersama sama dengan orang yang nak pergi kerja. Tapi tulah masa itu emas. Kena gunakan sebaik mungkin, sebab around 4 dah kena balik ambik mama .
Tiket ni dah pre-order sebelum pergi, cuma dtg sini nak tukar je dan officenya kat Manhattan. 3 Day NY Pass membolehkan kita orang jln2 naik certain bus and boleh masuk byk jugak tempat-tempat menarik kat sana. Untuk pengetahuan harga entrance tpt2 menarik kat sana bukannya murah sangat.
Misalnya nak naik Obbservayion Deck kat Empire State Building tu dlm USD35, which is about RM150 sorang. Nak masuk Madamme Tussaus USD37. so ini dah cover semua. Korang boleh refer NY Pass untuk info lanjut.
Nanti details akan cerita dalam next entri tapi pastikan korang baca entri kami sebelum ni Day 2 Jalan Jalan di brooklyn dan hari hari seterusnya ( tgh nak update ) or summary pasal Travel ke New York, satu perjalanan yang tak disangka
Jalan jalan di manhattan, Sibuknya area sini
Suasana di Manhattan lain dari Brooklyn. Lebih sibuk dan semuanya bergerak pantas..fuuhh. Dan boleh nampka mcm2 bangsa. Bila berjalan kat ramai2 org tu, boleh dengar mcm2 bahasa yg derang ckp, not only English tapi ada bunyi macam Italian, Mexican, Chinese dan mcm2 lagi.
Dan derang tu bukannya tourist, tapi yg bekerja kat situ. So kita tak rasa asing. Kita orang perasan macam kita orang ni pun New Yorker juga… cewahh…
Kalau mcm muka Melayu Malaysia ni derang akan ingat kita Mexican, sebab pernah nak beli barang kat situ ada brader tu ingat aku Mexican…perghhh muka Mexicanoos tuu.. Chicharito !!
Misi utama tukar tiket NY Pass tapi Iman tak puas-puas Jalan jalan di manhattan
Iman ni kejap2 nak stop amik gambar pulak…hehe..over. Seronok tengok dia excited. Ada beberapa misi arini. Sampai kat ofis tukar NY Pass tu, malangnya New York Pass tu kalau diambil hari ni, dia akan terus activate sedangkan kita orang plan nak guna 2 Day Pass tu during weekend.
So x jadikla amik, dahlah penat mengukur streets of Manhattan ni sebab berpusing pusing jugak tau nak cari. Jalan jalan di manhattan ni memang seronoklah ceritanya
Nak rehatla bawak Iman main park. Next is Central Park. So kita orang menapak ke Central Park. Direction kat sini guna google map je. Kalau kena naik train ada apps dia.
Byk apps yg ada kat Google Play. We all guna NYC subway. Owh BTW mmg ramai locals tolak anak dlm stroller especially bila dah dekat dengan park.
Iman memang seronok bila sampai Central Park, ada playground yang besar. Sementara dia layan2 playground tu, bolehla rehatkan kaki ni. Kat Central Park ni ramai jugak housewives or maid yang bawak anak2 jagaan datang main. Sambil makan philly cheese steak yang dibeli on the way tadi..check it out hot mamas yang mai sini..ahaks.
Sambung Jalan Jalan lagi di manhattan
Afternoon, we all menapak lagi. Memang ramai org berjalan kaki kat bandar Manhattan ni. Plan nak pergi ke B&H store kat 9th Ave nak cari brg2 GoPro dan Chromecast. Menapak punya menapak jumpa jugak tapi tutup pulak sebab hari tu mcm sort of special day for Jews and kedai tu tutup. Later on baru tahu this shop owned by Jews and that’s why tutup.
Besarnya Toy R & US
Seterusnya pergi Toy R Us. MasyaAllah, besar giler Toys r Us kat sini. It is located dekat Theatre District. 3 tingkat tu..dah macam shopping complex. Dalam tu siap ada ferris wheel. Actually masa sampai tu, Iman dah penat dan tertidur dalam stroller. Tapi bila nampak jer tempat tu,terus teruja tahap maksimum.
However, most toys kat sini mahal sikit dari di Target, but stil murah dari Malaysia. Spent about an hour tengok2 brg, main game, naik ferris wheels. Terpaksa menggunakan negotiation skill untuk buat Iman keluar dari tempat tu, cuz we are going to be late. Nak amik mama. Ada sedikit situation semasa kat Toys R us ni yg membuatkan lambat nak keluar.
Situation – Iman nak Grimlock Transformer, tapi mahal dari Target. Hmm tapi kat Target tak nampak plak Grimlock nih.
So – Papa sembunyikan Grimlock ni ok. So orang lain tak nampak. Kita tgk kat Target dulu sbb Target dekat dengan Atlantic Terminal which is one stops away dari stop rumah kita. Kalau x ada,nanti kita datang semula untuk beli…hehe…Aku pun sorokkan Grimlock tu kat blkng2 sikit. Settle !
FYI, dalam perjalanan balik Iman dah lupa plan tadi..hehehe… Jom cepat amik mama kat tempat training.
Gambar2 banyak we all share di IG boleh refer link #fairasaznitravel
Citer pagi td sblm pergi kelas.. #fairasaznitravel #travelblogger #kbba9 #malaysiantravelblogger #lifestyleblogger #blogger #modernmumthingy
*B&H Store jual barang2 kamera, Go Pro, Chromecast. Benda2 mcm ni jugak boleh cari kat Best Buy.
AIRBNB
Macam entri sebelum ni ada mentioned yang we all mmg prefer airnbnb sbb senang nak masak.
Nih link aku untuk airbnb. kalau korang masuk ikut link ini baru dapat kredit. rugi ooo… so meh meh link ngan akaun aku. Credit tersebut ko boleh pakai untuk penginapan masa travel nannti okay. klik LINK Akaun airbnb azni
wohaaa bestnya dpt gi US..nak gi tapi 5 tahun lgi..ahhaa
elehh….. FF nak pergi anytime jer kan… sebut jer mesti ramai yang nak sponsor.. kita tumpang masuk dalam bag jerlah hahahah
First time baca cerita percutian ke America… Biasa baca cerita percutian ke Korea dan Jepun…
takpa .. lepas ni pak ya boleh g negara uncle sam ni
Thanks a lot bg byk info berguna.Kami family of 5 akan ke sana 14-28 dec.cuak juga sbb sejuk & ank2 msih kecil.wish us luck!
Alhamdulillah and jeles hahahha. Enjoy. Tp rasanyana mmg sejuk betul nnt masa u pergi nnt