Info penting travel ke Jepun yang wajib korang hadam sebelum jejak ke sana. Lately ramai yang excited nak travel ke Jepun di sebabkan harga tiket yang agak kompetitif jika kita pandai huntlah.
Table Of Content
Contohnya aku dpt harga rm700 untuk return utk trip semasa Fall baru baru ini. Murah kan! heheh… Jadi keterujaan yang tidak terkawal sewaktu di sana. TETAPI, rupa rupannya ada Info penting jika travel ke Jepun yang perlu aku ambil kira sebagai persiapan hendak ke sana.
Alhamdulillah, mujur sepanjang trip ke sana pada bulan Nov lalu tidak berlaku apa apa yang serius, cuma anak demam dan ubat boleh didapati di farmasi tetapi hahaha… ada masalah komunikasi sewaktu nak beli ubat. Terpaksa menggunakan sign language untuk menunjukkan anak demam.
Pengalaman Sendiri, Info penting jika travel ke Jepun yang kami teralpa
TAPI… sebenar – benarnya yang paling risau adalah abam terlupa bawa ubat darah tinggi. Tidak kesemua farmasi di sana seperti farmasi disini. Kalau di Malaysia sekurang kurangnya Guardian atau Watson akan ada kaunter khas untuk farmasi. Di sana agak berlainan. Or maybe kami yang tak jumpa. Akhirnya abam request nak beli pain killer, tapi rupanya takder.. apa yg dapat hanyalah paracetamol.. jadilah dari takder.
Baca : Sayonara Fujisan, Hello Tokyo
Perkongsian sahabat dalam FB Group Road to Japan, membuatkan aku bersyukur sangat sangat tidak melalui kesusahan di sana. Atas kebenaran beliau, (rakyat kita yang menetap di Jepun) saya kongsikan semula info ini sebagai awareness kepada semua. Moga dapat memberi manafaat. (nama dirahsiakan atas permintaan beliau)
Perkongsian dari Rakyat Malaysia di Jepun
“Tahun lepas ada kes pelancong bersalin di Jepun‥……
Alhamdullillah dipermudahkan urusan dia sebab dia dapat hospital yg international level (hospital mcm ni sgt sedikit di Jepun) untuk handle kes dia dengan cepat tapi bagi saya, memang dia sangat2 bertuah sebab kat Jepun, ada je kes ibu mengandung meninggal sebab tak diterima hospital.
Jangan tanya saya tentang kenapa sistem di sini sekian sekian dan details tentang kes pelancong bersalin ni. Saya punya target hanya nak spread awareness supaya jangan amik ringan bila datang sini. Terutama yang bawak anak2 kecil, orang2 tua tak berapa sihat dan ibu mengandung.
Bagi saya, ibu mengandung plg tinggi risiko sebab melibatkan 2 nyawa.
Macamana kempunan pun nak dtg Jepun, saya nasihatkan supaya jangan terlalu ikut nafsu.
Baca Juga : Pre travel Ke Jepun
Info penting jika travel ke Jepun
Info penting jika travel ke jepun
1) Sila kumpul maklumat pasal keadaan cuaca etc masa nak mai lawat Jepun sebelum anda buat keputusan tuk mai. Sebab Jepun ni negara empat musim…jadi jenis penyakit yang mudah berjangkit etc berbeza mengikut musim. Contohnya macam musim sejuk, mudah kena penyakit mcm Demam Influenza, Radang paru2 etc.Pastu kalau musim bunga plak, mudah kena alahan debunga dan selalunya kalau orang yg sensitif dan ada masalah banyak alergi dan ada plak lelah sekali mudah kena asthma attack, running nose yg teruk dsb.
Kalau rasa payah nak Google tuk kumpulkan maklumat, boleh tanya kat sini atau direct tanya saya nye.
2) Tolonglah….Tolonglah…pastikan ubat yang dibawa mencukupi terutama jika anda ada penyakit. Dan pada yang mai ngan mak ayah, sedegil mcmana mak ayah anda tak nak bawak ubat pun silalah sediakan tuk mereka. Sebab kat sini, majority ubat TIDAK BOLEH DIBELI OVER THE COUNTER dan perlukan preskripsi dari doktor.
3) Pastikan anda ada masuk travel insurance dan check apa yang travel insurance anda cover..pastu kalau ada medical insurance, check apa yang medical insurance anda cover kalau berjalan ke luar negara dan apa prosedur2 yang diperlukan tuk claim…perlu ke sediakan terus borang permohonan tuk claim jadi masa sakit nanti boleh terus doktor isikan (kalau doktor tu paham English lah…) atau perlu ke doktor tu tuliskan formal Medical Letter dsb.
4) Tolong register nama anda di Malaysian Embassy untuk maklumkan yang anda sekarang sedang berada di Jepun untuk tujuan melancong etc. Kalau ada masalah terutama berkaitan dengan medical emergency, senang sikit embassy nak tolong…walaupun embassy hanya tolong for certain cases sahaja.
5) Memandangkan doktor2 di Jepun mainly tak tahu cakap English, sebelum datang cuba dapatkan nama dan contact nama sesiapa yang boleh cakap Jepun dan sebaik2nya orang yang duduk di sini. Kebanyakan orang Malaysia yang tinggal di Jepun ni ada masuk persatuan2 khas untuk pelajar etc jadi dia orang boleh tolong sebarkan berita atau mintak pertolongan jika anda ada masalah terutama jika perlukan orang untuk bantu anda jadi translator ketika pergi hospital atau ada emergency medical.
Saya tulis ni untuk medical purpose nye….jangan plak korang pura2 sakit, mintak no etc tapi rupa2nya nak mintak diaorang jadi travel guide for free…..
CUMA ADALAH DIINGATKAN BAHAWA ORANG2 YANG DUDUK DI SINI, WALAU BAIK MACAMANA DIAORANG PUN, BUKAN SEMUANYA SENANG.
Busy dengan study dan sebagainya.
Jadi janganlah amik ringan dan amik kesempatan. Hanya kerana ada orang Malaysia di sini, jangan ingat semua orang mampu untuk bantu anda waktu medical emergency. Info penting jika travel ke jepun
6) Pada yang pregnant, adalah dimaklumkan yang di sini tak seperti di Malaysia, di mana kalau tiba2 ada maternal medical emergency seperti tiba2 pecah ketuban, rasa nak bersalin etc, boleh pi mana2 hospital tuk dapatkan rawatan…. Di Jepun, untuk ibu mengandung, kebanyakan hospital ada protokol tertentu yang perlu dipatuhi disebabkan kekurangan pakar ibu bersalin dan juga kekurangan pakar NICU. Jadi kes2 maternity medical emergency ditolak adalah common di Jepun terutama jika anda orang luar. Orang luar ni tak semestinya orang asing…malah orang Jepun sendiri…di sini, kes ditolak adalah common walaupun masa tu anda dan bayi dalam kandungan anda dalam keadaan merbahaya.
Wanita mengandung dengar nasihat ini
Pada yang nak juga datang berjalan ke Jepun walaupun pregnant, tolong baca Info penting travel ke Jepun
- NASIHAT SAYA IALAH SUPAYA PERGI BERJALAN DI KAWASAN BANDAR2 BESAR SEPERTI TOKYO, OSAKA dimana ada banyak hospital…
- ELAKKAN SAMA SEKALI PERGI KAWASAN KAMPUNG, SKI RESORT ETC DIMANA BILANGAN HOSPITAL TIDAK BANYAK DAN SUKAR UNTUK KENDERAAN BERGERAK.
- SEBELUM DATANG, KUMPUL MAKLUMAT TENTANG TEMPAT YANG ANDA AKAN LAWATI DAN SAMA ADA TEMPAT TERSEBUT ADA ATAU TIDAK HOSPITAL YANG ADA PAKAR IBU BERSALIN DAN NICU, BILANGAN HOSPITAL, JIKA MASA BERJALAN TIBA2 ADA MATERNAL MEDICAL EMERGENCY, ADAKAH HOSPITAL TERSEBUT TERIMA ANDA ATAU TIDAK etc.
- PADA YANG ADA ANAK KECIL JUGAK, PLEASE DO THE SAME SEBAB DI SINI JUGA, ADA MASALAH KEKURANGAN PAKAR PEDIATRIK DAN KES PEDIATRIC EMERGENCY DI TOLAK WALAUPUN KEADAAN ANAK TERSEBUT MERBAHAYA JUGA ADALAH COMMON.
Sebenarnya travel kemana pun ada risiko. Yang penting kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan. Please share this entri untuk create awareness kepada rakan rakan yang selalu travel terutamanya. Lastly saya nak share dalam komen yang saya baca dlm salah satu komen beliau untuk kes patah kaki sewaktu bermain snow di sapporo baru baru ini.
Hanya kerana sini kategori First World, tak semestinya sistem medikal dia flexible. Sangat rumit dan juga rigid. Dan juga tak standardized. Bersyukur lah sebab Malaysia ada klinik 24 jam dan doktor sanggup terima walaupun katil penuh dan kekurangan doktor.
Gerun plak baca ni.. huhuhu
Nice reminder, kena prepare for the worst la kan bak kata orang. Hopefully one day boleh jejak Jepun dengan kiddos, yay!
Salam tuan,
Ada tak insurance malaysia yang terus cover kuta kat sana in case berlaku apa²… Lebih senang saya katakan cashless. Sebab saya baca kalau beli dari sini takut dekat sana tak valid.. Sebab hospital sana macam strict.. Or kita bole beli insurance for visitor lepas kita touch down. Terima kasih
Ada 1 insurans khas . Tp saya lupa pulak namanya . Kalau pergi matta fair ada dia org share
Etiqa travel insurance – Tripcare 360 Takaful
seronok baca tip travel ni.. padat dengan info!
Salam, saya nak ke jepun bulan 10 ini, saya nak tanya kalau ubat darah tinggi dan panadol extend boleh bawa tak? Lagi satu saya ada atshma, saya bercadang nak bawa inhaler. Boleh bawa hand carry tak?
salam… better bawak .. huhuh . husband saya tertinggal ubat di sana. nak beli sangat lah bermasalah, dari segi komunikasi dan proses beli ubat tak sama mcm beli di klinik sini.
yang pastinya harga mmg sangat mahal