Nak cerita pasal Makan Angin ke sabah. Kalau korang apa favourite spot di sana ? .tempat mana yg teringin nak jejak di mana? hhehheh semestinya lah nak tgk gunung kinabalu dan juga pulau mabul kan
Table Of Content
Tapi kalau nak ke pulau mabul tu jauh sangat lah dari kota kinabalu. Kena turun Tawau barulah sampai ke sana. Kalau dari kota kinabalu tu boleh juga tapi jenuh nak sampai nanti. Macammana pun sampai hajat aku nak travel ke sabah ni pada tahun 2012
Makan Angin ke Sabah tu kemana ?
Pulau sipadan tu memanglah teringin tapi… takut pun ada. Takut ngan lanun… Kih kih… Tp tempat tu cantikkan… Kalau search pasal sipadan pergh gambar gambar scenery and laut dia memang cantik ya amat lah kan.
Akhir awal Dec 2012 berjaya juga sampai ke sana. tiket air asia yg dpt agak mahal sbb booking 2 months sblm terbang ke sana.. so bersama my brader and his family.
hotel booking jer ikut booking.com. niat mula2 nak hotel yg femes di kaki gunung kinabalu. Pine resort hotel tp fully book. cantik sbb byk pokok pine yang ala2 salem high country… haa.. sapa pernah tgk iklan tu. but… dpt juga booking satu lagi hotel yang agak menarik. ..
Hotel Celyn
Nama hotel ni celyn hotel. nak masuk hotel ni sepruh jalan hotel jalan tanah okayy.., lalu kawasan kampung.. pastu naik bukit rasa mcm van tak boleh jalan..cuak semua org dlm van.
Scenery mmg cantik… mmg besar sgt gunung kinabalu nih.. serius ! masa on d way ke sana jalan nyer seolah mengeliling gunung kinabalu.. sat rasa gunung tu belah kiri.. sat belah kanan… mmg GAH gunung kinabalu ni. We all pergi taman negara tu. pusing2 kwsn tu. naik keter jerlah..
Ranau
Sejuk sgt di kawasan ranau… Pastu masa dok ronda2 hujan. Ada plak rainbow.. Masyallah … Cantiknya.. Pastu rasa dekat sgt dengan puncak. Teringin nak panjat jugak satu hari..huhu sempat ker..makcik dah tua… Stamina pun takdor… Takut hangit hangit tahi ayam jer.
And then turun Kota kinabalu, Aprtment di booking mengikut i.bilik.com. fuh hampeh.. kena tipu… Kena tipu dgn owner sbb owner nye yang tak dpt dihubungi. Tp customer servic i.bilik ni okaay… very helpful. nasib baik dpt cari hotel yg berdekatan. makanya transport pun terpaksalah di ambil lebih hari.
BACA : Makan Best DI Kota Bharu
Makan di Pasar Filipina
Makan..please…jgnlah mkn dekat pasar filipina tu.. mmg kena ketuk kow kow.. tambah cuti sekolah.. lagi lah depa tekan. Giler mahal siut.. Sbb the next day p cari udang nak bawak balik.
Baru rm20.kg sekilo… Tp masa mkan depa charge dkt rega rm 80.00 sekilo.. Heheh tu my sis in law habaq lah.. I tak terer bab beli2 ni.
Pulau Sibu
Citer pasal pulau… Org kata pulau sana cantik.. So nak juga pergi pulau yg dekat tu, for me… Tidak berapa memberansangkan lah. I’ve been to pulau perhentian 3 kali…. . Air cantik tp ikan dan snorkeling aktiviti tu tak best lah.
Susah nak jumpa ikan. But i believe pulau mabul n sipadan confirm cantik. Pastu tourist punyalah ramai… Sbb dkt dgn kk… So org spend 3 jam lepak situ dah boleh balik… So bottom line.. I tak suka! Ngeh ngeh…
Lala Bakar
Lagi satu… Ada member p sabah suggest makan lala bakar.. So sib baik lah bekas my bro in law ni willing nak tunjukkan. Byk rupanya kedai kat situ. Berderet… Pastu balun juga kelapa bakar... Huhu not badlah… Air kelapa tu jadi mcm lemak n panas ler..kih kih… Nasi goreng daging yg di order..hehehe tak sedap… Tp depa balun jugak. Lapar punya pasal.
Bersedia untuk travel dan makan angin di sabah
So itulah cerita sabah… Percutian hujung tahun 2012. Best part hanya di gunung kinabalu.. Yg lain biasa jer. Tapi kalau ada rezeki ulang ke sabah… Teringin sgt nak pergi ke pulau mabul.
Nak tahu pasal sabah lagi boleh visit sabah tourism
No Comment! Be the first one.