Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Drama arahan Osman ali yang pernah mengarah filem Ombak rindu yang pernah meletup dahulu. Kini dia tampil dengan Drama Akasia terbaharu yang berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ memaparkan kejutan yang pahit untuk hannah
Drama 28 episod yang bakal mencipta fenomena gara-gara kontroversi pelakon sebelum ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ karya Wawa Akil yang juga bersiaran bagi menggantikan Kerana Cinta Itu Ada.
Drama baru lakonan Aliff Aziz sebagai Luth Mikail dan Sophia Albarakbah sebagai hannah
Baca : sinopsis bukan laki terhebat
Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diingini. Pendek kata hannah adalah seorang usahawan yang berjaya dan dicemburui oleh saingannya.
Namun…. sampai hati!
Apabila membuka matanya daripada tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Begitu asing untuk dirinya. Semuanya bagai mimpi, bagai hilang begitu sahaja
Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.
Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.
Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang. Perit tapi mungkin itu yang terbaik untuknya
Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.
Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah. Luth Mikail juga blur, tidak tahu ekor dan cerita dalam episod gelap ini .
Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.
Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa.
Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.
Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – LUTH MIKAIL
“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – HANNAH
Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna
Sebenarya aku tak sabar nak tengok drama ini nak tengok pelakon yang comel ni. Hehehhe penuh kontroversikan keluar semua media sosial.
Info drama Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah
- Episod: 28
- Tarikh Tayangan: 6 Februari 2023
- Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
- Penulis Skrip: Mimie Zakaria & Farah Izzati
- Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
- Produksi: Nuansa Sdn Bhd
- Lagu OST: Genggam – Aliff Aziz
Watak Pelakon Ku Akad Kau Dengan Bismillah
- Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah
- Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
- Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
- Jasmine Suraya sebagai Maira
- Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
- Didi Astillah sebagai Aqilah
- Halim Radzi sebagai Haikal
- Letchumi Sandraj sebagai Reena
- Jasper Supayah sebagai Najia
- Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
- Kuna Muzani sebagai Umi
- Shahidan Izwan sebagai Aidil
- Hilal Azman sebagai Zahid
- Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar
- Ammar Bahri sebagai Manan
- Ayu Ayuni sebagai Alia
- Syrul Ezwan sebagai Raziq
- Adwafri Shah sebagai Kamarul
- Een Efendi sebagai Maksu
- Raja Nor Baizura sebagai Datin Rozita
- Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
- Saiful Ghaz sebagai Bazli
- Addin Baharudin sebagai Firdaus
- Naim Shamshol sebagai Fahmi
Mesti ramai nak tengok drama ni lepas ada kontroversi tu kan.
betui betui hahah.. tapi comeylah pelakon tu