Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia | Seronok betul bila melihat AEON Big sentiasa menyokong segala usaha mana-mana agensi kerajaan untuk kebaikan rakyat Malaysia seperti majlis ini. Gabungan pihak swasta dan kerajaan memang satu usaha yang mantap bagi aku. Saling melengkapi.
Table Of Content
- Majlis Pelancaran Program Galeri UNITI Malaysia
- Konsep Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia di AEON BIG
- Pameran Rumah KAMI
- Citarasa Menu Keluarga Malaysia
- Persembahan Busana Etnik Keluarga Malaysia
- Aktiviti sukan tradisional
- Lokasi Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
- AEON BIG menyokong penuh usaha Program Galeri UNITI
Pihak swasta seperti AEON BIG yang sememangnya pasar raya tumpuan ramai dapat dijadikan sebagai satu tempat untuk membeli belah, malah sebagai sebuah pusat perkongsian maklumat dan aktiviti sosial yang berguna kepada masyarakat setempat.
Kolaborasi strategik antara Kementerian Kementerian Perpaduan Negara (KPN)dengan AEON BiG ini juga membuktikan perkongsian satu matlamat yang sama iaitu bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan Keluarga Malaysia melalui penghayatan nilai kebersamaan dan meraikan kepelbagaian masyarakat majmuk di negara ini.
Majlis Pelancaran Program Galeri UNITI Malaysia
Pada 1hb Oktober 2022, aku dapat bersama-sama menyaksikan bagaimana ruang yang ada di dalam AEON BIG Taman Husin Onn diubah dan disesuaikan untuk majlis pelancaran tersebut
Kawasannya tidaklah terlalu besar tapi cukup simple dan efektif untuk majlis pelancaran sepertii ini. hehe aku sendiri enjoy ‘pekena‘ cucuq manis dari ADABI. 3 kali ulang tau. Lepas tu dapat menikmati air van MILO legend. Enjoy pulak aku
Pengalaman bersama-sama turut serta dalam majlis ini seperti membawa memori di zaman kanak kanak dahulu. Aku sendiri mempunyai kawan-kawan rapat ada pelbagai bangsa Cina, India, Chindian dan Melayu semestinya.
Namun sekarang kita dapat lihat perpaduan itu sedikit tercalar dek kerana fahami politik dan sosio ekonomi
Sebab itu lah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengambil langkah untuk meningkatkan rasa perpaduan dan kemajmukan antara kaum di negara kita. Mungkin orang melihat ini sebagai satu inisiatif kecil sahaja tapi bagi aku ia mempunyai impak yang sangat besar tanpa kita sedari.
Somehow aku enjoy segala pengisian yang dirancang oleh pihak KPN.
Konsep Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia di AEON BIG
Dengan kapisii di ruang legar AEON Big Taman Tun Hussien Onn tersebut, mereka telah membuang ruang yang mempunyai banyak ruang pameran.
Pameran Rumah KAMI
Pameran yang berkonsepkan kepelbagaian kaum di Malaysia ini memberi peluang kepada setiap pengunjung mengenali keistimewaan dan keunikan tradisi dan budaya yang menjadi amalan masyarakat majmuk di negara ini.
Pengenalan terhadap kepelbagaian budaya ini mampu menyuntik rasa menghargai antara satu sama lain di samping dapat memperkukuh amalan hormat-menghormati antara kaum.
Citarasa Menu Keluarga Malaysia
Dalam usaha memartabatkan ikatan penyatuan Keluarga Malaysia, Kementerian melihat sajian kepelbagaian menu makanan yang berlatarbelakangkan kaum berbeza mampu menjadi platform pengukuhan tapak integrasi perpaduan Keluarga Malaysia.
Dalam segmen ini, pengunjung berpeluang untuk mencuba sendiri keunikan rasa setiap hidangan yang beridentitikan kepelbagaian kaum ini.
Persembahan Busana Etnik Keluarga Malaysia
Busana indah yang melambangkan budaya dan identiti kaum turut dipersembahkan kepada pengunjung sepanjang program ini berlangsung.
Pepatah tidak kenal maka tidak cinta amatlah tepat untuk digambarkan di sini kerana keindahan setiap busana yang dipamerkan sudah pasti memukau setiap pengunjung
Aktiviti sukan tradisional
Aktiviti permainan sukan tradisional atau lebih dikenali sebagai sukan rakyat merupakan salah satu medium penyatuan Keluarga Malaysia turut diadakan sepanjang program berlangsung. Pengunjung berpeluang untuk turut serta bermain permainan seperti congkak, batu seremban dan yoyo Cina di tapak galeri ini.
Lokasi Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
Pastikan korang bawa anak dan keluarga ke salah satu lokasi program galeri uniti nanti. Aku pasti korang dan anak anak sendiri enjoy dengan permainan tradisional yang disediakan.
- AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Kuala Lumpur
- AEON Bandar Baru Klang, Selangor
- AEON BiG Batu Pahat, Johor
- AEON BiG Falim, Ipoh Perak
- AEON BiG Penang Prai, P. Pinang
- AEON Bandaraya Melaka
- AEON Kota Bharu, Kelantan
- AEON Kuching, Sarawak
- AEON Seremban 2, N. Sembilan
lain-lain lokasi seperti:
- Ruang Legar Pasaraya Kuantan Parade, Kuantan Pahang
- Pusat Beli Belah KTCC Mall, Terengganu
- Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Sabah
- Kompleks Ujana Kewangan W.P Labuan
- Econsave Kota Tinggi, Johor
- Pasaraya Cmart Arau, Perlis
AEON BIG menyokong penuh usaha Program Galeri UNITI
- AEON BIG melihat ni sebagai salah satu inisiaitif kami untuk mendekatkan dengan pelanggan kami dengan menyediakan aktiviti-aktiviti sihat dan bermanfaat kepada ekosistem kami.
- AEOn BIG ingin menjadikan pasar raya besar mereka bukan sahaja sebagai tempat untuk membeli belah, malah sebagai sebuah pusat perkongsian maklumat dan aktiviti sosial yang berguna kepada masyarakat setempat.
- AEON BIG Percaya hubungan yang erat bersama ekosistem kami ini membolehkan mereka terus beriltizam untuk terus menyokong dan membantu para usahawan kecil sederhana khasnya bagi memasarkan produk mereka.
Jangan lupa bawak keluarga dan anak anak untuk menyokong usaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ini. Bina jati diri anak anak sayangkan Negara, sayangkan jiran-jiran tidak kira apa bangsa pun.
Wah! menariknya program macam ni. Bagus usaha murni AEON BiG ni. Patutlah itu hari pergi ramai orang mujur dapat parking.