Susahnya Nak kurus bila makin tua
Table Of Content
Dulu zaman anak dara berat rasanya dalam 45kg, kemudian setelah kerja dah ada duit maka dah pandai nak makan makan haha.. so berat pun naik lah dalam 48kg tapi yang pasti masa nak kahwin pun around tu. Bila tengok gambar kahwin kurus, sedikit cengkung tapi okay rasanya. sedang molek kata orang. Tapi sekarang memang nak kurus balik
korang tengoklah gambar aku ni ha.. 1996 VS 2014 ( tapi kurus sangat pun tak elok jugak kan, paling obvious tang pipi aku haa…mcm pau pau)
Sebelum pregnant berat dalam range 49kg – 53 kg sahaja, masa ni badan dah start naik sebab amik pil hormon sebab nak cuba concieve. huhuh tak ley kata apa dah. Aku rasa sapa sapa pun akan naik berat badan mendadak macam aku nih. Kemudian dah pregnant paling berat pun 64kg.
Tapi setelah 7 tahun bersalin, Umur 42 tahun berat 60-61kg.. UWAAAAA…. dah tidak berganjak lansung .
Kiranya sekarang adalah berat paling tinggi pernah capai. !! Tahniah hahahaha.
Sebenarnya ini lah dilemma biasa yang dihadapi oleh kesemua orang perempuan yang punya anak.. boleh masak, suka resepi, suka makan makan tapi TAK BERSENAM. Rasanya ni masalah global kut. Sewaktu umur 30an kalau tak makan malam tu berat badan boleh juga turun. tapi bila masuk 40an ni tak makan malam pun tak jadi apa. berat terus naik dan naik naik naik…. kalau tak control ni mau terus mencanak graf berat badan.
Aduiii x start lagi work out ni.. Letih posa pun x abih lg… Uwaaa copek laaa gerak kaki ..
Korang macam mana?
Macam macam cara orang nak kurus ni. Ada orang yang amal diet Atkins yang mana control karbo habis habisan. Tak ambik nasi, ada yang bertahun tak amik nasi dan banyak makan telur. Tapi aku ni perut melayu, at least dalam 3 hari mesti nak kena makan nasi. So memang tak mampu nak diet nasi.
Aku ni food hunter, tapi portion makan tu takde lah banyak cuma suka mencuba hehhehe…. suka tgk food terutamanya yang presentation nya menarik dan unik.
Meh aku summarize apa yang aku pernah buat untuk kurus.
- Tak makan malam – sesuai masa umur 20-30an, doesn’t work for 40an.
- Amik produk slimming – okay turun jugak tapi air kena banyak tapi tak suka nak bergantung selalu. Dapatlah jugak turun dalam 5kg, tapi makan tak control, tak senam makanya berat naik semula hahahahah.. padan muka aku
Itu yang aku pernah buat.. tapi bila dah masuk umur 40an the game is changing. It doesn’t work for me anymore … so I guess masalahnya adalah METABOLISME.
BACA : bila last korang buat check up
Kawan kawan yang nak kurus dan berjaya
Sekarang aku tengok ramai kawan aku yang dah start mementingkan aspek kesihatan ni, adakah sebab dah tua masuk 40an? hahahah.. okay ke arah tua..admit sahajalah… macam-macam cara dia orang buat, which aku sangat impress, nampak sangat perubahan. Meh aku story mori apa dia orang buat. Ini real case yer.. bukan aku saja create.
- Norma-
Join program JOM KURUS kevin zahri, bertahun dia cuba kurus plus ada masalah hormon. orangnya kecik dan rendang dan memang dah tahap obese, selain tu macam macam penyakit yang datang. Sekarang tengok dia banyak perubahan. Baju dah boleh banyak pakai semula. Umur baru 41. Oh selain dari itu norma juga control makan. Siap bawak makanan ke opis. gagah tul kan. Happy tul tgk perubahan dia . - Ena –
2 tahun tua dari aku, tapi history family sakit buah pinggang dan lain lain. so husband advice dia untuk buat sesuatu. Aku tengok dia rajin hiking. segala bukit dia naik. dalam masa setahun dan kurus cantik molek, sama size dengan anak dara. Kalau kita tak amalkan lifestyle yang sihat memanglah penyakit pun tak datangkan. opkos dengan izin ALLAH. Tapi I jeles tul tgk akak ni sbb macam zaman anak dara dulu.. walaupun dah 46 - Azie –
Bermula dengan masalah husband yang ada kencing manis dan darah tinggi. Kebetulan jumpa dr yang sama dan tertanya soalan bagaimana nak kurus. Hahahah kata dr tersebut, tak payah lah masuk pusat slimming semua tu. sekejap jer..nak tak nak kena work out juga. So dr tersebut pun galakkan hiking, dia pulak buat trek hiking ikut sakit apa yang patient dia ada… baguskan… selain tu mmg kena control makan minum. lifestyle kena ubah. sekarang mmg dah kurus juga and maintain. - shery
Join NECK program bawah shaklee. Selama hari ini sangat susah untuk turun berat. Tapi dalam masa 2 bulan dapat turun 5kg. Impressive kan. Selain dari control diet makan tak boleh bersantan, berminyak, garam kena kurang, paling utama kena senaman. Program ini dibawah bantuan coach and crew secara online. Rata rata yang join programme ni memang dapat turun berat badan.
So aku??
Setelah diteliti apa yang aku mampu buat dan tak mampu buat, dengan Faktor masa. Aku pilih join programm NECK. Nilai investment yang aku buat adalah RM1,300.00. Once kita agree untuk join program kita perlu amik supplement yang disyorkan contoh mulakan dengan detox, lepas tu disebabkan kita akan bersenam muscle kita akan rosak, so kita perlu amik protien untuk heal dengan cepat. Pada tarikh hari ini, dah 10 hari aku join programme ni. Berat setakat turun 0.6 kg kut hahaha.. tapi yang pasti aku baru semangat nak bersenam, with support dari kawan kawan online.
Cabaran diet dimusim open house.. Sekejap tahan sekejap langgar.. Hahaha.. #Day9challenge #neckprogram #neck #beratturun0.5jer
A photo posted by azni (@azni) on
Hopefully dapat achieve target untuk turun 8-10kg. husband kata jangan kurus sangat, kenalah ikut cakap kan. And paling best husband and anak sentiasa support dan sama sama bersenam.
Tapi untuk orang umur 40an mmg tak elok kurus sgt sbb kulit semua dah loose… tak gitu? Memang rasa seksa juga untuk diet, and ada hari yang aku terbabas hahaha… tapi pelan pelan kan… jangan drastik kunun. aku cuba … aku cuba..
Kenapa beria sangat nak kurus? banyak sebabnya..
- Nak sihat
- Tak mau badan rasa lemau
- Boost Self confidence
- Banyak baju tak boleh pakai dah. … hahaha.. betul tak??
Adehhh.. Misi ku kayuh terpaksa diberhentikan.. Beskal iman pancit pulakk… #tshirtdah24tahunkawanbagidrUS
Update May 2017
Berat memang dapat turun and maintain 58kg hingga sekarang. Alhamdulillah banyak baju boleh pakai tapi Kalau ikut dr suruh turun sampai 53kg. uwaaa..
Moga cepat kurus macam saya. hahahahahahha.. gelak kejam!
hahahhaah untung laaa…..