Persediaan Pasca Banjir | bila kita tengok kesan banjir yang melanda negara kita tu macam bandar zombiekan. Memang tak terkata apa bila tengok mangsa banjir. Ramai yang hampir total lost. Tengok selut selut yang hampir 3 kaki pun ada. Dan aku rasa semua orang setiap hari skroll sosial media untuk dapatkan latest info.
Table Of Content
Tapi banjir ni bukan datang 10 tahun sekali, tapi boleh jadi 3/4 kali setahun. Dan malangnya setiap itulah kita akan menuding jari dan menyalahkan satu sama lain.
Nasib baik juga rakyat kita semuanya sanggup bersatu membantu sama lain tidak kira bangsa dan agama walaupun nampaknya ramai yang marah betul dengan semua politician yang lembab. Sia-sia je lantik dia orang nih hahaha.
Perkongsian dari saudari Azreen Yusoff rakan FB aku yang pernah mengalami banjir tsunami hebat di kedah dahulu, info ni macam wajib kita tahu dan sentiasa perlu bersedia sekiranya berlaku banjir besar sebegini. Kadang- kadang kita rasa kita tahu, tapi bila dah terdesak semua lupa. Moga tips cuci rumah lepas banjir ni membantu korang okay.
BACA : Tips Kemas rumah untuk versi tak berapa rajin
PERSEDIAAN PASCA BANJIR
1) Waterjet
ialah alat paling diperlukan untuk tembak lumpur tebal. Tapi tak semua rumah mampu ada. Jadi boleh ikhtiarkan 1 deret, 1 waterjet. Boleh tolong menolong guna secara bergilir, ikut turn.
Water jet ni memang sangat memudahkan menyental kotoran degil tapi penjagaannya agak sensitif
2) Genset
diperlukan untuk gerakkan waterjet sekiranya elektrik masih belum ada. Inilah antara masalah utama, bila tiada elektrik ada waterjet pun tak berguna.
3) Peralatan cuci rumah,
Ramai yang terlepas pandang bab ini. Biasanya sewaktu banjir ramai fokus memberikan sumbangan macam makanan, dan baju. Bila banjir surut benda- benda inilah yang amat diperlukan. Sabun, Penyapu berus, Jentlak air yang macam wiper kereta tu sangatlah berguna. Lumpur tak hilang dengan sekali cuci. Lepas kering dia akan bersisa lagi.
4) Pakailah safety boots
Ini sangat penting semasa kerja-kerja mengemas dan mencuci. Boot kuning plastik tu pun okay. Sebabnya kita taktahu apa ada dalam lapisan lumpur tu, kaca ka, serpihan kayu ka, paku karat ka. Beberapa kawan aku mengalami kecederaan sewaktu proses pasca banjir ini
5) Hati-hati masa kemas
Kadang-kadang kita terlupa bab ini . Hati-hati bila berada kawasan gelap, bawah-bawah runtuhan kabinet, lubang-lubang air. Carilah kayu panjang, ketuk-ketuk dulu bahagian situ, bimbang ada haiwan yang menumpang : ular, biawak dan sebagainya.
6) Kemas dan cuci seluruh rumah
Pasca banjir ini sangat memenatkan terutama rumah yang penuh lumpur adalah sangat penat. Mental pun sangat letih bilamana tengok barang-barang yang rosak bergelimpangan. Pastikan perut berisi dan minum air dengan banyak. Anda perlukan tenaga maksimum, fizikal dan mental.
7) Baju-baju yang terendam banjir,
Jika ingin masih mahu menggunakan baju yang ada. Rebuslah dengan air panas. Kita taktahu air apa yang dah bercampur melekat kat fabrik tu. Selut lumpur ni dia berbau. Lalat akan mai hurung pulak lepas tu. Bolehlah pasang lilin serai wangi bagi tenang sikit.
9) Tong Roro
Water ponding akan sebabkan perabot-perabot yang diperbuat daripada chipboard jadi lembik dan terkulai. Maksudnya, satu rumah akan ada satu longgokan besar barang-barang kena buang ni. Tong Roro tu sangatlah penting untuk pengumpulan sampah.
10) Ampaian
yang banyak sangat diperlukan untuk nak sidai kain baju. Kalau rumah teres boleh tarik tali and ikat dari gril pintu ke tiang porch, boleh buat multilayer. Setakat ni dulu yang saya boleh share based on own experience. Anda boleh tambah tips kat ruang komen supaya kerja-kerja kemas dan cuci ni jadi lebih sistematik, cepat dan jimat tenaga.
Moga tips Persediaan Pasca Banjir ini membantu korang
Moga Tips persediaan pasca banjir ini membantu untuk semua yang ingin menjadi volunteer. Urusan pasca banjir ini akan mengambil masa berhari hari untuk kawasan yang sangat affected
No Comment! Be the first one.