Nak Cerita macam mana mula mula jumpa resepi cheesekut ni. Alkisahnya Mula mula try ni order dari online bakers sahaja cheesekut ni sgt lemak dan berkrim.. lepas tu tak larat nak p amik sebab jauh sangat. so mencari lah resepi ni di internet. heheh terjumpalah blog dari http://khairulabdullah.com/ owh.. rupanya senang jer buatnya sebab tak memerlukan oven. Cuma perlukan peti ais jerk.
Ada org panggil kek pesona lah..and lain lain. tapi.. aku panggil cheesekut sahaja.
Resepi cheesekut
- 250gm Cream Cheese
- 75gm Butter
- Setengah cawan gula
- 1 pek Cream Cracker (anggaran dalam 40 keping)
- 2 cawan susu – untuk rendaman biskut
- Setengah cawan Nestum
- Sedikit serbuk koko atau Milo
- Susu Pekat atau Sos Karamel
Time needed: 30 minutes.
Cara cara membuatnya
-
Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
-
Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
-
Rendam biskut (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas.
-
Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal
-
Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal.
-
Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel…dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo
-
Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duanya. (saya cuma tabur serbuk milo di lapisan atas sekali.)
-
Ulang langkah tersebut sehingga selesai.
- Masukkan ke dalam peti sejuk.
-
Hidang ketika sejuk.
Aku dah banyak kali buat dan aku tak pernah bosan. Selalu sahaja standby untuk acara potluck di ofis
Anggaran Bajet
- CREAM CHEESE TARTURA 250g (RM 8.50)-
- BISKUT DELUXE CRACKER HUP SENG / CREAM CRACKER(RM4.00)
- SUSU PEKAT ( RM2.50)-
- SUSU FRESH MILK (RM4.50)
- Total = RM RM19.50.
Kalau nak makan seisi keluarga kiranya berbaloi, tidak pernah lagi orang menolak nak makan dessert macam ni. Sesuai untuk hidangan minum petang.
Tapi kalau agaknya nak makan yang heavy korang cubalah pulak resepi mee hailam dengan air rebusan ayam yang meletop dalam entri aku yang lain tu,.
No Comment! Be the first one.