Sambung Master diusia tua. Masa mula enrolled programme master di UITM ni memang semangat sebab ambil bersama sama dengan 3 org opismate dalam bidang yang sama.
Table Of Content
Master in Visual Communication and New Media. Actually takut jugak, takut tak boleh bawak. takut rasa tua otak lembab, takut diri tak kuat, takut komitmen tinggi. Takutlah segalanya.
Tetapi ….rupanya belajar masa umur sebegini paling seronok and fun. Mungkin rasanya ada confident yang lebih tinggi ditambah pula dengan experience kerja yang ada.
Masa zaman USM aku rasa banyak main sikit, nasib baik course senang hahah.
Puasnya belajar dari pengalaman
Rasanya for the first time Aku rasa puas sgt -sgt dlm menuntut ilmu nih. Maybe, boleh relate antara real experience dan academic point of view. Both sangat membantu.
Sewaktu buat projek ofis, kita dah melalui proses proses pemikiran dari segi problem statement, objective, limitation , method and lain-lain. Dan inilah antara rangka dalam tesis yang kena siapkan. Untuk orang bekerja, ia umpama reverse engineering.
Kalau ikutkan zaman degree ambil masscomm majoring broadcasting tapi master tiba tiba ambil under school of design pulak. Actually aku rasa tindakan aku ni lebih bijak sebab dalam zaman dunia sekarang semua course dah cross dan berkaitan.
So untuk anak muda aku rasa penting korang nak pilih course yang betul mengikut hala tuju korang nanti.
Put everything along that line. Tapi semestinya di “back up” dengan data data yang betul.
Memang Best.
Korang yang baca entri ni, please.. please.. sambunglah buat master. Memang best. Susahnya sekejap sahaja, but kemanisanya sampai sekarang terasa.
Untuk makluman korang dulu aku amik Degree in Mass communication, dah kerja dlm bidang creative multimedia yang memang ada complete team. So bila buat master, part yang mencabarnya bila kena buat assignment and then terpaksa juga jadi designer.
Tapi memang aku confident aku rasa memang boleh buat.
As long ada kesungguhan, tak susah kalau ada nawaitu nak belajar. Actually bila aku sambung master ini, ia macam salah satu cara supaya terus membaca dan juga meneroka dalam dunia baru.
Sokongan keluarga sangat penting Sambung master diusia tua
Aku bersyukur, alhamdulillah punya suami yang sgt memahami, kalau kena stay back boleh jagakan anak.. I don’t know about org lain.. tapi memang mendapat kepuasan yang amat sgt2 dan rasa belajar benda yang baru.
Ada rezeki mungkin nak buat part time mengajar, sekurang2nya adalah ilmu yang boleh dibawa kekubur nnt heheheh… tapi betullah kan.. 3 perkara yg akan tak putus amal jariah, doa anak2 dan juga ilmu.
Kalau dapat part time mengajar bestkan!
So ini adalah salah satu cara saya dan juga terniat nak buat lecturing nanti sebab kesian dekat budak2 yg dpt lecturer yang takde pengalaman industry . Itulah perasaan setiap kali budak baru masuk buat internship di opis nih.
Pengalaman sambung master sambil kerja memang sgt mencabar,yg penting perlukan sokongan dari suami.. anak. ( wpun dia tak tau apa apa lagi..hehehhehe.). dan kena pilih kwn2 yang betul.
Kalau kawan semangat kita pun akan semangat, kalau tidak mmg akan rasa terkontang kanting sikit.
Terima kasih pad akwn2 yg sudi share pengalaman dan kenangan yang sgt indah selama di UITM JO. Jai, srox, ita, eddot, faridah, norjie, dilla, aida cemut, anna, tajul , ayeen, hani, paul, din, liana, suhizan, suzy, nabilah, dan adik adik yg lain..
Terima kasih atas ilmu yang dikongsi bersama.
Moga aku tak akan lupakan kalian. moga semua sama2 akan terus sukses. Tapi amik master ni buat saya lebih cerdik.. hehehe.. sbb thinking hat dah ke arah lain.. and I’m luvin it.
Sambung master diusia tua sudah, PHD?
Oh tidak rasanya.. hehehe bukan serik tapi.. mungkin nak ambil certificate pulak kut. Kalau aku berada dalam bidang education mungkin teruskan juga. tapi .. cukuplah apa yang dulu nih 😉
again… mcm cerita 3 idiots… mmg belajar itu seronok and fun kalau kita suka dan ada passion ke arah itu. memang macam-macam pengalaman sambung master ni. Seronok bila dikenan balik
Saya juga adalah teringin nak balik belajar, tapi tak nak buat benda yang related dengan kerja (hahahah)..
Congrats, saya adalah jeles.
mmg… qider.. seronok belajar umur tua ni rupanya… sbb masa mud2 dulu mcm main main ..hahahaha
Salam. Puan Azni, boleh tak saya nak mintak alamat email untuk saya contact puan? Saya nak tanya berkenaan Master yang puan ambil ni. Harap sangat dapat berhubung 🙂