MyDigital ID tiba tiba boom dinegara kitakan? Macam-macam version yang kita dengar sampai ada yang mengarut kaitkan dengan ‘dajal‘, dan pelbagai konspirasi. Aduh! memang kelakar bila tengok di Tiktok, instagram, facebook dan Youtube. Mungkin disebabkan kurang info jadi semua buat pelbagai andaian
Table Of Content
- Apakah MyDigital ID ini ?
- 23 info berkaitan MyDigital ID
- Apa itu MyDigital ID?
- Adakah My Digital ID menggantikan MyKad atau sebagai alternatif pengenalan diri?
- Apakah kelebihan MyDigital ID berbanding MyKad?
- Antara kelebihan MyDigital ID
- Beberapa kenyataan berkaitan dengan persepsi identiti digital.
- Apakah tujuan pembangunan My Digital ID?
- Adakah MyDigital ID menggunakan data biometrik dalam pengesahan identiti?
- Bolehkah pengguna mendaftar lebih dari satu (1) identiti digital?
- Adakah boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira umur dan tahap sosioekonomi?
- Adakah pengguna perlu membayar yuran pendaftaran?
- Adakah terdapat tarikh luput atau tamat tempoh MyDigital ID kepada pengguna?
- Apakah maksud log masuk tunggal (Single Sign-on) dalam konteks MyDigital ID?
- Adakah penggunaan MyDigital ID hanya boleh melalui telefon pintar sahaja?
- Adakah pengguna masih boleh mengakses perkhidmatan kerajaan atas talian tanpa menggunakan MyDigital ID?
- Bagaimanakah cara untuk mendaftar?
- Di manakah lokasi tempat mendaftar?
- Kenapa saya perlu mendaftar MyDigital ID?
- Perlukah warga asing mendaftar MyDigital ID?
- Apakah akan terjadi sekiranya telefon bimbit pengguna hilang atau rosak?
- Apakah kemungkinan akaun pengguna boleh digodam sekiranya menggunakan MyDigital ID sebagai akses log masuk?
- Adakah pengguna boleh menyahaktifkan pada bila-bila masa sahaja?
- Adakah ini inisiatif kerajaan dan wajib mendaftar?
- Kementerian manakah yang menyelia dan menyelaraskan MyDigital ID?
- Siapakah pemaju sistem ini?
Korang kena percaya apa yang aku tulis ni sebab aku memang tahu info terkini hehehe, sipi-sipi lah aku involved dalam projek My Digital ID ni dan aku rasa bertanggungjawab untuk ‘clear the air’ sebelum makin parah
Korang tahu tak ada 2500 applikasi kerajaan across all the ministries, jenuh weh kalau nak ingat semua password. Dan kita akan semua bergerak ke arah dunia digital
So dah nampak senario yang aku nak kaitkan?
Senang cerita sebagai agensi kerajaan MIMOS, mestilah terlibat dalam usaha untuk mendukung pertumbuhan ekonomi digital, dan juga sebagai langkah penting dalam mewujudkan visi Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi, seiring dengan pendekatan yang dikenali sebagai Malaysia Digital Economy Blueprint (MADANI) nanti.
Apakah MyDigital ID ini ?
MyDigital ID, atau Identiti Digital, ialah sistem pengenalan diri dalam talian yang sah dan selamat.
Ia akan digunakan untuk alam digital, manakala MyKad digunakan untuk identifikasi dalam dunia fizikal. Kedua-duanya merujuk kepada Pengakalan Data Kerajaan yang dipercayai dan selamat. MyDigital ID menggunakan MyKad dan Pengakalan Data Kerajaan sebagai rujukan dan pengesahan tanpa menyimpan sebarang data peribadi untuk tujuan transaksi.
23 info berkaitan MyDigital ID
Apa itu MyDigital ID?
MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang sah dan selamat. Pengenalan diri ini adalah untuk kegunaan dalam talian.
Adakah My Digital ID menggantikan MyKad atau sebagai alternatif pengenalan diri?
Ianya tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan diri lain. MyDigital ID ialah pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.
Apakah kelebihan MyDigital ID berbanding MyKad?
Mydigital ID digunakan sebagai pengenalan diri dalam talian dengan kaedah pengesahan yang selamat dan tidak sesekali menggantikan MyKad dalam urusan di kaunter fizikal.
Antara kelebihan MyDigital ID:
- Pengesahan diri yang sah dan selamat.
- Kemudahan log masuk tunggal (Single Sign-on) untuk pelbagai aplikasi.
- Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi dalam talian.
- Memudahkan akses ke perkhidmatan kerajaan dalam talian.
- Mengurangkan risiko penipuan identiti dalam talian.
- Menghapuskan pelbagai jenis kaedah pengenalan diri dalam talian.
Beberapa kenyataan berkaitan dengan persepsi identiti digital.
- MyDigital ID tidak menyimpan data biometrik seperti cap jari, iris/ mata, dan pengecaman wajah.
- MyDigital ID tidak mengumpul data dan tidak memantau pengguna dalam talian.
- MyDigital ID tidak mendedahkan data peribadi secara terbuka dan meluas.
- MyDigital ID tidak membolehkan pengguna memiliki lebih dari satu (1) identiti digital.
- MyDigital ID tidak menggantikan MyKad sebagai bukti pengenalan. Ia hanya digunakan sebagai pengesahan dan pengenalan diri dalam talian sahaja.
- MyDigital ID tidak menyimpan pangkalan data peribadi pengguna.
- MyDigital ID tidak menggunakan sebarang cip atau implan.
Apakah tujuan pembangunan My Digital ID?
MyDigital ID dibangunkan sebagai pemudah cara untuk pengesahan identiti pengguna dalam talian dengan selamat dan sah.
Adakah MyDigital ID menggunakan data biometrik dalam pengesahan identiti?
Data biometrik pengguna hanya digunakan semasa pendaftaran. Proses pendaftaran MyDigital ID memerlukan dokumen pengenalan diri pengguna, contohnya MyKad. Untuk mengesahkan bahawa yang sedang mendaftar adalah pemegang dokumen tersebut, biometrik pengguna yang sedang mendaftar itu dibandingkan dengan data biometrik dalam dokumen yang dibawa.
Penggunaan MyDigital ID tidak melibatkan data biometrik.
Bolehkah pengguna mendaftar lebih dari satu (1) identiti digital?
Pengguna hanya boleh mendaftar dan memiliki satu (1) MyDigital ID.
Adakah boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira umur dan tahap sosioekonomi?
Buat masa ini, MyDigital ID digunakan oleh pengguna dewasa yang ingin melakukan transaksi dalam talian dengan penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian. Pengguna dewasa dari semua peringkat dan tahap sosioekonomi layak mendapatkan MyDigital ID.
Adakah pengguna perlu membayar yuran pendaftaran?
MyDigital ID diberikan secara percuma kepada pengguna yang layak.
Adakah terdapat tarikh luput atau tamat tempoh MyDigital ID kepada pengguna?
MyDigital ID mempunyai tarikh luput. Ini adalah salah satu ciri keselamatan MyDigital ID.
Apakah maksud log masuk tunggal (Single Sign-on) dalam konteks MyDigital ID?
MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan kata nama dan kata laluan selain MyDigital ID.
Adakah penggunaan MyDigital ID hanya boleh melalui telefon pintar sahaja?
MyDigital ID hanya boleh digunakan melalui telefon pintar. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan dan menggunakan MyDigital ID. Aplikasi MyDigital ID melindungi identiti digital pengguna dan menjamin keselamatan pengesahan identiti dalam talian. Aplikasi MyDigital ID boleh didapati melalui aplikasi Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
Adakah pengguna masih boleh mengakses perkhidmatan kerajaan atas talian tanpa menggunakan MyDigital ID?
Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian. Walaubagaimanapun, penggunaan MyDigital ID adalah penting dalam menjamin keselamatan transaksi dalam talian.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar?
Buat masa ini, pendaftaran hanya boleh dibuat secara bersemuka di kiosk atau peranti yang disediakan.
Untuk tujuan pendaftaran secara bersemuka:
- Pendaftar memerlukan kesediaan seperti di bawah:
- MyKad, termasuk imbasan cap jari.
- Telefon bimbit yang mempunyai sambungan internet.Aplikasi MyDigital ID yang dimuat turun melalui aplikasi Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
- Proses pendaftaran di depan kiosk atau peranti.
- Pendaftaran melalui kiosk atau peranti hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan merujuk kepada aliran proses yang tertera di kiosk atau peranti tersebut.
- Setelah berjaya mendaftar, pengguna boleh menggunakan MyDigital ID sepanjang tempoh hayat Sijil Kuasa digital.
(Terdapat perancangan Fasa 2 di mana pendaftaran dan pengesahan akan dibuat secara dalam talian melalui perbandingan data dari beberapa sumber yang dipercayai. Ini akan dimaklumkan kelak).
Di manakah lokasi tempat mendaftar?
Buat masa ini, kiosk-kiosk hanya ditempatkan di premis-premis kerajaan terpilih di Lembah Klang. Walaubagaimanapun, terdapat perancangan bagi menambah kiosk-kiosk di lokasi strategik yang akan dimaklumkan kelak.
Kenapa saya perlu mendaftar MyDigital ID?
Pengguna disarankan mendaftar MyDigital ID bagi mendapatkan pengesahan identiti digital yang sah disamping menjamin keselamatan transaksi dalam talian.
Perlukah warga asing mendaftar MyDigital ID?
Buat masa ini, warga asing masih belum boleh mendaftar MyDigital ID.
Apakah akan terjadi sekiranya telefon bimbit pengguna hilang atau rosak?
Sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak, pengguna perlu membatalkan MyDigital ID di kiosk atau peranti, dan perlu mendaftar semula. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh digunakan oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.
Apakah kemungkinan akaun pengguna boleh digodam sekiranya menggunakan MyDigital ID sebagai akses log masuk?
Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan, sebaliknya menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID menggunakan telefon pintar pengguna tersebut. Dengan kaedah sebegini, aktiviti mengumpul kata laluan pengguna melalui laman web palsu tidak lagi berkesan.
Walaubagaimanapun, keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.
Adakah pengguna boleh menyahaktifkan pada bila-bila masa sahaja?
Pengguna boleh membatalkan MyDigital ID di telefon pintar atau di kiosk/ peranti pendaftaran MyDigital ID. Dokumen pengenalan diri perlu untuk proses pembatalan di kiosk atau peranti.
Adakah ini inisiatif kerajaan dan wajib mendaftar?
MyDigital ID adalah salah satu inisiatif kerajaan. Rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan demi menjamin keselamatan dari ancaman siber ke atas maklumat diri dan juga akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.
Kementerian manakah yang menyelia dan menyelaraskan MyDigital ID?
MyDigital ID adalah di bawah seliaan MIMOS Berhad selaku agensi pelaksana projek ini. MIMOS ialah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Siapakah pemaju sistem ini?
MIMOS Berhad, dengan penggunaan bakat tempatan sepenuhnya.Sistem ini juga mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat).
Untuk info lanjut mengenai MIMOS Berhad, sila layari www.mimos.my.
Baca : Info starlink di Malaysia
Moga perkongsian soalan lazim MyDIgital ID ataupun FAQ mydigital id ini dapat membantu korang memahami apa yang terbuku dihati tu yer
Tq infonya.. fahamlah saya.. takdelah mydigital ID yang macam kena tanam dalam leher tu kan. Hahaha. (terbaca lawak IK hari tu)
Cayalah mimos. Semoga terus sukses.
Tq atas info. Banyak info tak tepat beredar di dunia maya..
Tq infonya kak.. fahamlah saya. Terbayang kena tanam MyDigital ID kat leher.. hahaha (pengaruh tertengok lawak IK)