10 tempat menarik untuk keluarga di KUALA LUMPUR | Di kawasan kuala lumpur dan wilayah persekutuan terdapat pelbagai tarikan yang menarik dan sesuai untuk keluarga beriadah. Aku senaraikan 10 tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di KUALA LUMPUR sebab aku tahu kadang-kadang kita boleh kekeringan idea untuk bawak anak anak beriadah. Sebenarnya macam macam ada di Kuala lumpur ini.
Table Of Content
- 10 tempat menarik untuk keluarga di KUALA LUMPUR
- 1. District 21
- 2. ICESCAPE ICE RINK, IOI
- 3. Mini Zoo di Menara Kl
- Apa yang anak anak dapat di situ?
- Info KL Tower Mini Zoo
- 4. Aquaria KLCC
- 5. KL Car Free ride Kuala Lumpur
- 6. Bukit Gasing
- 7. FRIM
- 8. Putrajaya
- 9. Petrosains
- 10. Muzium Bank Negara
- Galeri Bank Negara Malaysia: Kronik Evolusi Ekonomi
- Operation Hours
- Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang Percuma
- Tempat Aktiviti Malam Menarik di KL
Macam aku dan family kami sentiasa menantikan hujung minggu untuk meluangkan masa bersama. Ada tempat yang mengenakan kos tetapi masih terdapat beberapa tempat yang percuma. Pokok pangkalnya bagi aku, famili aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi kasih sayang bersama anak dan suami.
Tambah pulak anak aku memang jenis budak yg mesti kena ada aktiviti baru lah best katanya, barulah cuti gitu.
Terdapat beberapa tempat yang aku rasa korang patut bawa anak anak. Ada tempat yang aku pernah jejak bersama dan ada yang masih belum berkesempatan.
Jom kita tengok 10 tempat menarik untuk keluarga di KUALA LUMPUR yang aku rasa korang semua pun patut pergi bersama keluarga.
10 tempat menarik untuk keluarga di KUALA LUMPUR
1. District 21
Terletak di dalam kawasan IOI Putrajaya Mall, kiranya ini 10 tempat menarik untuk keluarga di KUALA LUMPUR lah jugak. Berskala agak besar dan penuh dengan aktiviti yang penuh mencabar. Rasanya kawasan aktiviti sebegini lahir dari rancangan seperti ninja warrios.
Memang hero kecik tu selalu berangan dapat buat aktiviti sebegitu . Terdapat beberapa tarikan yang menarik disini seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider.
Yang menariknya untuk anak anak kecil juga dapat merasai pengalaman yang sama kerana juga di bina untuk saiz mereka. Pendek kata kawasan ini memang sesuai untuk semua peringkat umur. Amat digalakkan membawa anak anak ke sini kerana pasti adrenalin mereka akan meningkat dengan fasiliti yang disediakan. Orang kata cara budak budak lepaskan energy pastikan mereka selalu aktif.
#throwback #21district #ioiputrajaya #imanrifqyfairas nak cepat sampai jerrr.. But i’m proud with u son.. Wpun demam tp semangat !
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,
Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Harga Tiket: I
Isnin – Jumaat RM58/pax |
Sabtu, Ahad,
Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax
2. ICESCAPE ICE RINK, IOI
sumber : Tourism Selangor
Kawasan ini juga terletak dalam shopping mall yang sama di IOI putrajaya Mall. Boleh di katakan setiap minggu ataupun kawasan Ice skating cuti sekolah memang penuh. Hari biasa mungkin agak kurang pengunjungnya.
Walaupun terdapat beberapa shopping mall yang lain jugak menyediakan lantai ice skating, tetapi icescape ini merupakan satu kawasan yang agak menarik kerana terdapat tingkap atau cermin yang luas dan boleh menikmati pandangan luar.
Untuk mereka yang biasa berkungjung ICe Scape ini sebernaya boleh menjimatkan kos seperti memakan sarung tangan dan stokin yang sama. Jangan lupa bawa jika berkunjung kali ke 2 pulak.
Kami pernah beberapa kali membawa Iman untuk beriadah di sini. Memang seronok melihat keletahnya buat pertama kali mencuba ice skating ini. Tapi sayangnya tidak jumpa gambar untuk dikongsi disini. Yang pasti anak anak yang ingin bermain di sini hati mesti kena kuat, jatuh terduduk dan terlentang itu fenomena biasa di kawasan ini.
Untuk anak anak yang biasa bermain atau pun sudah pandai, hari minggu bukan lah option terbaik untuk mereka, kerana kawasan ini terlampau sesak, tapi jadikan ini destinasi 10 tempat menarik untuk keluarga di KUALA LUMPUR
3. Mini Zoo di Menara Kl
Mini Zoo Menara KL ini terletak di kawasan menara Kuala Lumpur. Tidak sebesar di kawasan zoo negara tapi ia mampu memberikan satu pengalaman yang berharga untuk anak-anak. Terutamanya mereka yang betul betul sukakan binatang. tempat menarik di kl yang ini memang aku terlepas pandang sebenarnya
Kalau tidak kerana family day kelab blogger ben ashari disini memang aku tidak sedar kewujudannya. Yang pasti anak anak blogger memang seronok ya amat dan teruja tengok haiwan yang ada
Apa yang anak anak dapat di situ?
- Mereka dapat mengenali dengan lebih dekat setiap hidupan liar
- Berpeluang untuk memberi makanan kepada setiap binatang. Seronok tau bila binatang tu meragut ragut sayur yang kita bagi
- Sambil melawat sambil dapat ilmu tentang habitat binatang.
- Pupuk perasaan sayang pada binatang
- Lari dari Gadjet. Go wild.
Info KL Tower Mini Zoo
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!
Harga Tiket:
Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak: Rm27.00
Warga Emas: RM27.00
Baca : Mini Zoo di Menara KL
4. Aquaria KLCC
sumber : http://www.visitkl.gov.my/
Aquaria KLCC Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut. Ianya terletak betul betul di tengah kuala lumpr dan berdekatan KLCC. Aquaria KLCC pula menawarkan satu pengalaman yang pasti menyeronokkan untuk anak anak untuk mengetahui lebih dekat hidupan air pula. Antara tarikan menarik seolah kita berada dalam aquarium bersama sama hidupan liar tersebut.
kiranya sini antara tempat menarik di kl yang korang boleh discover.
Mungkin jika anak anak tidak berminat untuk mengikuti ibu membeli belah di KLCC, Aquaria KLCC merupakan salah satu untuk mereka memenuhi masa pada masa itu. Salah satu tarikan disini ialah Program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air tetapi mestilah mempunyai lesen diving yer.
Waktu Operasi:
Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
Harga Tiket:
Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 |
Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 |
Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur Petrosains
Waktu Operasi:
Selasa – Jumaat (9.30am – 5.30pm) |
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.30am – 6.30pm) |
Isnin Kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup)
5. KL Car Free ride Kuala Lumpur
Aktiviti riadah bersama keluarga juga boleh dinikmati secara percuma di Kuala Lumpur ini. Boleh di katakan kami beberapa kali berjaya terlibat sama untuk program ini. KL car free ride ini diadakan setiap pagi dari jam 7 pagi hingga 9 pagi setiap hari pertama dan ketiga setiap bulan dan menawarkan jalan tertutup untuk orang-orang dari semua lapisan masyarakat untuk larian, skateboard, rollerskate, rollerblade atau hanya berjalan kaki. Pendek kata memang macam macam gaya.
Bila lagi nak merasa berjalan di Kuala Lumpur tanpa sesak dengan kereta kan!
Kami sekeluarga lebih berminat untuk menaiki basikal, dan disinilah buat pertama kalinya Iman membawa basikal dan menyertai program sebegini. Memang seronok bila dapat ramai orang berduyun-duyun ke acara itu setiap kali diadakan.
Nampaknya kesedaran kesihatan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan penghargaan mereka yang sering terlibat di dalam program KLcar Free ride ini.
Ia bermula dari Dataran DBKL (berhampiran Dataran Merdeka) dan membawa para peserta melalui jalan-jalan utama sekitar 7 kilometer di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.
Setiap kali program ini berlansung salah satu penaja OCBC Bank menawarkan 140 basikal untuk digunakan oleh orang ramai secara percuma.
6. Bukit Gasing
Kami difahamkan, bukit gasing ini sangat sesuai untuk beginner macam kami terutamanya untuk aku dan Iman. Ianya betul betul terletak di kawasan segitiga kuala lumpur, dan boleh diakses dari beberapa kawasan seperti Pantai hillpark dan petaling jaya. Terdapat beberapa laluan mendaki di dalam taman untuk memenuhi semua peringkat tenaga dan kecergasan.
Hutan Simpan Bukit Gasing terletak di sebidang hijau 100 hektar yang membahagikan bandar Petaling Jaya (negeri Selangor) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Titik tertinggi di bukit gasing ini adalah ‘Bukit Atas‘ yang terletak adalah kira-kira 160 meter. Itu menjadikannya’ bukit bayi’ mengikut piawaian Malaysia. Tetapi terdapat beberapa cerun curam di sini termasuk salah satu yang dipanggil Abu Baker Slope) dan ia adalah tempat yang baik untuk mendapatkan beberapa latihan untuk lebih mencabar.
Rata rata pendaki disini memang mempunyai pelbagai peringkat umur, dari kanak kanak sehinggalah orang tua. Kawasan ini menjadi kawasan favourite untuk mereka yang ingin menikmati alam sekitar atau melepaskan penat lelah bekerja sambil beriadah dalam masa yang singkat.
7. FRIM
sumber gambar: https://www.thestar.com.my
FRIM terletak di kawasan kepong. Ianya adalah kawasan terbuka kepada orang ramai tetapi ada dikenakan bayaran yang kecil untuk menikmati pelbagai aktiviti seperti jogging, hiking, berbasikal atau hanya berkelah.
Terdapat beberapa laluan dalam FRIM dengan salah satu daripada yang lebih popular iaitu Rover Track yang menuju ke arah Kanopi Walk. Yuran tambahan dikenakan untuk Kanopi Walk dan tiket boleh dibeli di Pusat Setempat sebelum anda memulakan perjalanan.
Sebaiknya datang pada awal pagi kerana kawasan ini memang menjadi tarikan dan tempat menarik di kl untuk penduduk setempat dan lebih penting memudahkan untuk mencari kawasan parking kereta.
Peminat basikal extreme juga memilih kawasan FRIM ini kerana terdapat kawasan curam untuk aktiviti yang lebih mencabar. Selain dari itu jugak sekolah dan IPTA juga memilih kawasan ini untuk aktiviti seperti berkemah.
Pokok-pokok besar merimbun di kawasan ini diselia baik oleh phak FRIM. Sambil beriadah boleh kita belajar beberapa ilmu mengenai pokok pokok di sini dengan membayar tour guide yang disediakan oleh Pihak FRIM.
Ketinggian: 215m
GPS Coordinates:
3.236079, 101.634778
Harga Tiket:
Masuk- RM1.05/Malaysian & RM5.30/bukan warganegara Malaysian |
Kereta – RM5.30 | Canopy walk – RM5/Malaysian & RM20/Non-Malaysian
Tahap kepayahan: Senang – Sederhana
8. Putrajaya
Selain dikenali dengan nama pusat pentadbiran negara, di sini juga terdapat pelbagai tarikan menarik yang pasti memberikan pengalaman berbeza dan menarik. Boleh dikatakan putrajaya menjadikan pilihan terbaik untuk kami sekeluarga sekiranya ingin berbasikal dan beriadah kerana hampir dengan kawasan tempat tinggal kami.
Antara tempat aktiviti yang boleh dilakukan di sini
- Berbasikal di sekeliling putrajaya atau di kawasan ekstreme park
- Bersantai di Taman Botani dan Wetland
- Menunggang Kuda di Taman Equestrian putrajaya
- Cruise di Tasik putrajaya
- Sukan Ekstrem di putrajaya Challenge park
- Berenang di beberapa pusat komuniti dan di putrajaya marina park
- Taman Warisan pertanian
- Bermain Flyboard
- Menaiki belon udara pandas di skyride festival park
Ada beberapa tempat di senaraikan di atas yang dikenakan bayaran, tetapi ada juga yang masih boleh di nikmati secara percuma.
9. Petrosains
sumber imej : petrosains
Petrosains juga tempat yang wajib di lawati jika ke kuala lumpur. Yang pasti ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Walaupun berada di dalam KLCC tempat ini seringkali menjadi tumpuan anak anak sekolah dari seluruh malaysia.
Petrosains, The Discovery Centre adalah tempat pameran interaktif pendidikan, hands-on interaktif dan menunjukkan sains adalah sesuatu yang sangat menarik dan menyeronokkan. Ia berjaya memaparkan sains untuk semua. Apa yang menarik di sinit terdapat pelbagai tema istimewa dan pameran perjalanan semasa lawatan didalamnya , dan kita juga berpeluang untuk mencuba dan meneroka setiap barang pameran secara fizikal dan mental. Anak-anak malah orang dewasa berpeluang untuk melihat bagaimana proses cari gali minyak dilakukan. Malah beberapa tempat pameran juga diadakan secara simulasi.
Jadi pastikan korang terjah sini yang merupakan salah satu dari 10 tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di KUALA LUMPUR
Ahli keluarga pasti dapat berkongsi pengalaman dan aktiviti yang menarik disini
Waktu operasi
Selasa-Khamis
9:30am – 5:30pm
Last Admission: 4:00pm
Sabtu, Ahad, & Cuti umum
9:30am – 6:30pm
Last Admission: 5:00pm
Isnin
Tutup (kecuali jatuh pada Cuti umum dan cuti sekolah )
Harga TIket | MyKad | Tanpa-MyKad |
Warga Emas (61 tahun dan keatas) | RM 10.00 | RM 15.00 |
Dewasa (13 – 60 tahun) | RM 20.00 | RM 30.00 |
Kanak kanak (3 – 12tahun) | RM 8.00 | RM 18.00 |
Child (2 years & bawah) | Free Admission |
10. Muzium Negara
sumber imej : https://www.bigkl.com
Terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Muzium Negara (Muzium Negara) yang dibina dalam gaya istana Melayu adalah penjaga sejarah negara juga antara tarikan tempat menarik di kl. Galeri yang baru dinaik taraf ini memberikan pendekatan yang menarik dan inovatif untuk menerokai sejarah Malaysia dari zaman prasejarah hingga sekarang. Muzium Negara dibuka secara rasmi oleh Yang Mulia, Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.
Ianya merupakan satu tempat yang menarik untuk aktiviti sekeluarga yang mengenali dan berkongsi pengalaman untuk mengenali sejarah Negara kita.
Sesekali lawatan ke tempat seperti ini pasti akan memberikan impak yang sangat positif dalam mengenali sejarah negara kita. Malah pasti membuka pemikiran anak anak kita dalam pembelajaran mereka. Sambil melawat kita dapat berkongsi ilmu bersama anak anak.
Jenis Pelawat
|
Harga
|
Warganegara Malaysia |
RM 2.00
|
Warga Emas dan Orang kurang upata |
RM 1.00
|
Kanak kanak (3 – 12tahun) (Malaysian Citizen) |
Free
|
Pelajar dengan berbaju uniform (Malaysian Citizen) |
Free
|
Pelajar tidak beruniform (Malaysian Citizen) |
RM 2.00
|
International Council of Museums Members (ICOM) |
Free
|
Bukan warganegara Malaysia |
RM 5.00
|
Kanak kanak (3 – 12 tahun) (Non Malaysian Citizen) |
RM 2.00
|
Kanak-kanak 6 tahun kebawah (Non Malaysian Citizen) |
Free
|
cubalah 10 tempat menarik untuk keluarga di KUALA LUMPUR ini atau korang mungkin boleh cari tempat menarik di Kuala lumpur yang percuba sekiranya rasa terbeban dengan harga-harga tiket yang dikenakan
10. Muzium Bank Negara
Meneroka warisan budaya dan ekonomi Malaysia adalah satu perjalanan yang menarik untuk diketahui oleh semua rakyat Malaysia dari permulaan penemuan dan hingga kini. Setiap galeri kekal menawarkan perspektif unik tentang sejarah, budaya, dan pembangunan ekonomi negara, memberikan pengunjung pemahaman menyeluruh tentang masa lalu, kini, dan masa depan Malaysia.
Antara Galeri yang ada seperti
Galeri Bank Negara Malaysia: Kronik Evolusi Ekonomi
Galeri Bank Negara Malaysia menjejaki evolusi ekonomi Malaysia dari zaman terawal hingga kini. Melalui siri pameran dan artifak, pengunjung dapat meneroka titik-titik penting dan perkembangan yang telah membentuk landskap ekonomi Malaysia, dari penubuhan bank pusat hingga pemodenan sektor kewangan.
Alamat dan masa Operasi
Operation Hours
Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Open daily from 10am to 6pm
Closed on first 3 days of Hari Raya Aidilfitri
Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang Percuma
Kepada yang sedang cari senarai tempat menarik di kl pada kadar harga murah malah ada juga yang percuma dan free, kami mudahkan dengan list seperti di bawah ini.
- Hutan simpan bukit nenas KL (FREE)
- Bangunan Sultan Abdul Samad (PERCUMA)
- Muzium Bank Negara Malaysia (PERCUMA)
- Balai Seni Visual Negara KL (FREE)
- Galeri Petronas (FREE)
- Kompleks Budaya Kraft Kuala Lumpur (PERCUMA)
- Memorial Tunku Abdul Rahman (PERCUMA)
- Pustaka Peringatan P Ramlee (FREE)
- Muzium Negara KL (RM2 untuk warganegara & RM1 untuk warga emas & OKU dan untuk kanak-kanak adalah PERCUMA)
- Muzium Tekstil Negara (PERCUMA)
- Muzium Kesenian Asia (FREE)
- Muzium PDRM Kuala Lumpur (PERCUMA)
- Taman Tasik Titiwangsa (FREE)
- Tugu Negara (FREE)
- Taman Botani Perdana Kuala Lumpur (FREE)
- KLCC Park (FREE)
- Taman Metropolitan Kepong (FREE)
- Taman Tasik Pemaisuri (FREE)
- Central Market Kuala Lumpur (FREE)
- Dataran Merdeka Kuala Lumpur (FREE)
- Taman Rimba Bukit Kerinchi (PERCUMA)
- Rumah Penghulu Abu Seman (FREE
Tempat Aktiviti Malam Menarik di KL
Disebabkan harga barang yang meningkat naik, kadang-kadang untuk orang di Kuala lumpur dan selangor korang boleh cuba beberapa tempat menarik yang akan aku kongsikan dibawah ini. Makan-makan bersama kawan-kawan atau keluarga pun seronok sebenarnya.
Hujung minggu kurang sikit kita lalui jem yang sengsara, jadi ambil lah kesempatan ini bawa ahli keluarga masuk ke Kuala lumpur
Antara tempat menarik untuk aktiviti malam yang best dan boleh dilakukan di KL Kuala Lumpur adalah seperti jalan jalan di sekitar
- Bukit Bintang,
- window shopping Suria KLCC
- SekitarPavillion,
- Makan-makan sekitar Kampung Baru
- Dataran Merdeka
- Makan-makan di Tapak
- Jambatan Saloma
Walaupun KL merupakan kota raya metropolitan besar, banyak tempat percutian dan tempat best di kuala lumpur yang murah & percuma ramai orang tidak tahu dari tempat hiking, tempat berkelah di kl, tempat mandi di kl dan jalan-jalan yang menarik untuk anda pergi.
kalau nak cari tempat theme park, jangan lupa bangi wonderland yang berada di kawasan bangi/ mahkota
Bukit Gasing tu tempat favorite aktiviti hujung minggu.. Best sebab ada banyak trail.. Dari trail santai sampai trail yg agak sukar..
teringin nak panjat bukit gasing tu, heee
tak pernah pergi lagi ke semua senarai atas tu .. hahah sedih betul
Wah rupanya ada port-port untuk bawa famili di Lembah Kelang yang saya tak tahu.
Frim tak pernah pi lagi, menariklah. Kena bawak anak² ni.
Haaaaa mesti derang suka naik canopy walkaway
Muzium tu hari² lalu depan dia kalau pergi kerja..tapi tak pernah pula masuk dalam tu.
Hehehe…best entry ni! dah cuba semua kecuali : District 21, Bukit Gasing, FRIM, KL Car Free Ride and Ice Skating tuh …Putrajaya tuh macam2 ada kan? .
Silaaa pergi bawak anak anak yerr
Thanks so much!
your welcome
nice! Boleh lah nanti try dtg tempat2 ni.