Tips memilih Pakej Fotografi Perkahwinan

Pakej Fotografi Perkahwinan  telah menjadi trend dan  seumpama wajib untuk semua bakal pengantin pada hari bahagia nanti. Tapi sebelum itu, lakukan sedikit perbandingan dan study terlebih dahulu.. Jadi, sekiranya anda bakal menjadi RAJA SEHARI tak lama lagi,   STOP.…. jangan terus ghairah terjah dan setuju dengan tawaran yang datang tapi pastikan korang hadam dulu tips memilih  Tips memilih Pakej Fotografi Perkahwinan ini.

kalau lah dapatkan putarkan waktu, aku pun nak juga gambar mcm ni. almaklumlah 18 tahun yang dulu . gambar ikhsan : theorangephotography

Tips memilih Pakej Fotografi Perkahwinan

1. Image Kualiti & Stail Jurugambar

Kualiti portfolio jurugambar mestilah perkara pertama yang menarik perhatian anda kan?. Seorang jurugambar yang baik sepatutnya dapat merakamkan dan menawarkan pelanggan pelbagai gaya, keperibadian pengantin  dan mempamerkan kebahagiaan mereka.

Jurugambar mesti jelas dengan  gaya apa yang anda mahu dan ini sangat penting untuk dijadikan dalam portfolio mereka  juga nanti.

Satu lagi faktor penting, ketahuilah bahawa jurugambar selalunya mempunyai teknik penyuntingan yang berbeza. Imej imej yang diedit akan dapat menyeragamkan tema kesuluruhan untuk final output nanti. Jadi dari situ and boleh tahu apa yang anda inginkan untuk final output nanti.

Pakej Fotografi Perkahwinan

aku suka gambar kualiti mcm ni, tema kaler minimalist sangat kan , gambar ikhsan : The orange Photography

2. Personaliti Jurugambar

Sebagai  bakal pengantin, korang pasti meletakkan banyak kepercayaan kepada jurugambar perkahwinan Untuk mendapatkan imej dan momen terbaik pada  hari yang paling penting dalam hidup korang. pJadi amat penting bagi  korang berasa selesa dan santai di hadapan mereka nanti.

Korang biasanya boleh dapat merasakan dalam 5 minit pertama bertemu seseorang, sama ada korang merasakan hubungan yang selesa dengan bakal jurugambar anda.

Jadi kata kuncinya, pastikan dapatkan satu keserasian. Ini sangat penting untuk hari bahagia korang nanti

Jika sebaliknya, anda perlu pertimbangkan untuk mencari jurugambar yang lain .

cantik sungguh songket begini .. I is suka laaa… Gambar iksan : The orange Photography

3. Value for money/cost

Ini sering kali menjadi faktor penentu bagi banyak bagi bakal pengantin. Walaupun ia adalah elemen penting, ia tidak seharusnya menjadi asas untuk keputusan anda.  Kerana Harga mewah tidak selalu menjamin kualiti tertinggi tetapi juga, harga yang munasabah tidak selalu menggambarkan kualiti yang rendah.

Cantik itu subjektif, jadi jangan takut untuk terus mencari pakej fotografi untuk hari bahagia korang.

Yang penting sebelum nak menempuh hari bahagia korang kena put aside duit atau tabung untuk mencari pakej fototografi perkahwinan. Jangan sesekali campur dengan kos yang lain. Takut nanti terkacau perjalanan korang untuk menempuh hari bahagia..

4. Pengalaman

Pengalaman seseorang jurugambar amat memainkan peranan yang besar dalam pengurusan pada hari perkahwinan nanti.  Aku pasti ramai jurugambar akan bersetuju bahawa mereka sering memainkan peranan  sebagai penyelaras, jurugambar, tuan rumah upacara dan malah turut menjadi penghibur kanak-kanak.

Betulakan, cuba korang kenang atau ingat balik setiap kali korang menghadiri majlis perkahwinan. Tengok cara semua jurugambar yang telah di hire oleh pengantin. Kalau jenis muka masam sahaja dan tidak friendly kita pun tak berkenan kan.

Mengambil gambar adalah hanya sebahagian kecil daripada tugas jurugambar perkahwinan dan tanpa pengalaman ini keupayaan untuk melaksanakan di bawah tekanan  mungkin menyebabkan mereka boleh terlepas detik detik yang penting.

Sweetnya gambar ni. Suka klasik juga Gambar ihksan : The orange Photography

5. Cadangan  atau recommendation dari rakan rakan 


Sangat penting untuk korang lakukan kerja kerja
ground work terlebih dahulu, tanya  kepada rakan-rakan anda mengenai pengalaman mereka dengan jurugambar perkahwinan mereka dan cuba menggunakan tips dan nasihat daripada mereka yang telah menganjurkan majlis perkahwinan mereka sendiri.

Seorang jurugambar yang baik akan sentiasa dapat memberi korang testimoni dari pelanggan sebelumnya.  Kalau rajin korang boleh tanya bukan sahaja dari harga, tapi dari segi komunikasi, chemistry dan juga tahap ke “professional” an dia orang dalam menangani sebarang masalah pada hari perkahwinan mereka. 

Dari masalah yang mereka hadapi sebenarnya boleh menjadi  A Note to bakal pengantin. INi lah yang kita panggil pengalaman atau user experience kan.

Info Penting

Tapi sebelum korang bersedia melangkah ke alam perkahwinan nanti , aku nak suggest korang baca entri aku yang ada menyentuh pasal komunikasi dalam perkahwinan. Ingat tau, bila dah kahwin ni korang akan berkongsi bilik, rumah, kereta dan sebagainya dengan pasangan, Masa itu lah kalau komunikasi breakdown akan membawa kepada masalah lain

Selain dari tu kena pandai urus kewangan keluarga kalau nak pastikan ahli keluarga semua terus gembira dan bahagai. NO JOKE.. it’s must untuk semua faham dan hadam yer.. Husband and wife.!! bukan seorang sahaja. Sekiranya gagal  untuk rancang kesemuanya hari ini pasti akan memberikan kesan 20 tahun akan datang. Yakinlah dengan kata kata aku ni.

Selamat Melangkah ke Alam Perkahwinan

Sekiranya korang dalam proses untuk mengintai-intai dan mencari Pakej Fotografi perkahwinan yang terbaik aku nak suggest syarikat ini sebagai salah satu syarikat yang berpotensi untuk korang shortlisted.

Team the orange photography

1. Info

Syarikat orange photography telah bermula sejak tahun 2008 dan mempunyai team yang ramai dari segi jurugambar dan juga designer yang ramai akan membantu untuk membuat editing dan mengeluarkan album perkahwinan korang dengan cepat dan pantas

  • Berpengalaman, berbakat dan jurugambar senior
  • Khidmat nasihat dan juga tips percuma
  • Diuruskan oleh syarikat yang berdaftar

Pakej Fotografi Perkahwinan

Foto-foto perkahwinan minimalis, potret dan gaya hidup adalah apa yang ditekankan dalam karya seni mereka. Yang penting syarkat the orange photography ini ini amat mengikuti  trend dan gaya terkini untuk memastikan kenangan perkahwinan korang dapat diingati

2. Harga dan pakej

Terdapat 3 pakej yang bermula dari Rm1200 hingga RM2799.

Pakej Fotografi Perkahwinan

3. Testimoni

Biar gambar berbicara, biar tulisan menyatakannya. Ramai yang berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Korang kena dapatkan info info sebegini untuk membina keyakinan korang untuk memilih pakej fotografi perkahwinan nanti.

Contest SEO

Contest ini turut disertai oleh beberapa blog lain, nantikan senarai yang di update dari masa ke semasa.

  1. http://www.ajumohit.com
  2. http://sobrimansor.net
  3. https://mrhanafi.com
  4. https://www.nurzariniismail.com
  5. https://www.dianarashid.com
  6. http://onlajer.com
  7. http://www.pokucu.com
  8. http://www.iuzira.com
  9. http://www.mommyfiqa.com
  10. http://ohduit.com
  11. https://adna2029.blogspot.my
  12. http://www.sensasi2020.com
  13. http://nozi-mirrah.blogspot.my
  14. https://messarah.blogspot.com
Pakej Fotografi Perkahwinan
Update 24 June 2018  : yeayy……aku menang dapat no 2. 

21 Comments

  1. Anuar May 7, 2018
  2. SalinaJohari May 7, 2018
  3. Nina Mirza May 7, 2018
  4. TATI MANSUR May 7, 2018
  5. mrhanafi May 7, 2018
    • azni May 7, 2018
  6. Huda May 7, 2018
  7. IQ aka Izyan Balqis May 7, 2018
  8. encikhafiz.com May 7, 2018
  9. mas saari May 7, 2018
  10. Sobri Mansor May 8, 2018
    • azni May 8, 2018
  11. qaseh May 14, 2018
    • azni May 15, 2018
  12. Kamil Salleh May 28, 2018
  13. ina May 30, 2018
  14. Mama Kembar Tiga May 30, 2018
  15. Sueizza May 30, 2018
  16. Haida May 30, 2018
  17. ai June 1, 2018
  18. Dura Norell June 4, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!