Cream Foundation Terbaik dari ENVIDIA Beauty

ENVIDIA Beauty ni consider masih baru dalam pasaran. Lokal brand tapi korang tahu tak produk keluaran ENVIDIA Beauty ini telah memenangi awards dari Marie Claire dan Harper Bazaar untuk Cream Foundation Terbaik 2018. Eh Hebat lah korang oit.. ingat senang ker nak dapat. Paling penting ianya memang lepas ah KKM. So sila pakai tanpa ragu ragu sebab ini formulasi dari lab di Korea yang sangat ketat dari segi pengilangan

The lady behind ENVIDIA Beauty

Sebenarnya aku dah kenal Founder ENVIDIA Beauty ni memang dah lama, she is very workaholic person dan sangat sangat teliti dalam semua projek yang dia jalankan. In person aku memang suka tengok muka dia dari dulu, memang dia pandai jaga penampilan.

Eh aku tercerita bab lain pulak yer, but korang tahulah kan sometimes kita boleh tengok cara seseorang tu handle kerja dan penampilan diri kita boleh tahu hasil kerja yang dikeluarkan . So aku tak hairanlah produk yang dia hasilkan ini sangat berkualiti sampai boleh menang award walaupun masih baru. Benchmark produk dia pula jenama terkenal seperti Estee Lauder, Bobbi Brown, SK II & Dior yer.

Cream Foundation Terbaik

Kebetulan hujung minggu baru ni Founder ENVIDIA beauty ni ajak aku datang ke event pelancaran produk Gel Liner yang baru … lepas tu eh.. aku pulak kena jadi model untuk demo make up hahahhaha, aduii debar sangat sebab yang make up kan pulak ada MUA terkenal aizat abdul rahman aku pulak model tua Jenuh lah dia nak touch up aku kan. Tapi bagus aizat tu , dia make up kita sesuai dengan umur.

Letih jugak jadi model ni yer, sampai tak reti nak senyum. Selalunya aku ni make up yang basic basic sahaja so dalam 15 mins – 30 mins siap dan terus pergi kerja. Kalau nak pergi majlis lama lah aku makeup. Cuma hari tu MUA kenalah ambik masa lama sebab nak explain cara make up dan melayan soalan soalan dari orang lain . MUA aizat menggunakan set flawless on the go dari ENVIDIA Beauty ni,senang sangat bila teknik dan cara yang betul

Set ENVIDIA Flawless on the Go

Apa yang ada dalam set ini, haa mai nak share dengan korang. Setakat ini Envidia Beauty baru mengeluarkan beberapa produk sahaja, tetapi produk ini lah yang wajib kesemua wanita ada dalam bag tu. Insyallah soon memang dia orang akan keluarkan produk produk lain

Tetapi 5 produk ini sudah cukup untuk membuatkan wajah seseorang wanita berbeza dan yang penting Flawless On the Go

Cream Foundation Terbaik

1. Cream Foundation Terbaik, 5 in 1 Cream Foundation

Sebenarnya aku tak pernah ada cream foundation, ini lah first time cuba. Selama hari ini hanyalah liquid foundation. Bila Mua Aizat dap dap Cream Foundation Terbaik ni kat muka aku terus rasa confident nak pakai, sebab senang dan juga berjaya tutup lah pores and pigmentation

lagipun inilah Cream Foundation Terbaik yang mendapat pengiktarafan dari Marie Claire dan Harpers Bazaar yer. So memang dah pasang niat akan grab this one . Kenapa 5 in 1 Cream Foundation? Sebab ada kesemua ini balm, essence, moisturiser, concealer and SPF 50 PA+++, bila aku gugel aku baca di harpers bazaar, dia orang guna teknologi Transform Essence System yakni mampu membuat kulit blend dengan make up dan menjadikan solekan flawless berseri secara instant . ahhh.. am loving it.! Senang kerja

Cream Foundation Terbaik

Kalau tak semapt sangat lepas cuci muka setiap pagi tu, dab dab dab jer’ . Tapi untuk aku sebab kulit kering dengan faktor umur aku tetap letak serum and moisturiser.

Tetapi kalau korang berada di luar boleh pakai ni terus cukup, tak payah nak bawak segedabak bag make up. Cream foundation ni boleh bertahan sehingga 8 bulan untuk orang biasa – biasa, bukan yang jenis pergi pasar pun make up seinici and berat dia adalah 23gm dan didatangkan dengan span fabric anti-bacteria Eh berbaloi sangatlahkan

2. Gorgeous Cream Stick

Yang ini pun bersifat cream, senang jugak korang dap dap di muka lepas tu disediakan brush Micro-fiber belakang tu untuk korang blend dengan cantik. Ramai yang datang ke situ terpersonalah dengan warna dan juga “senangnya’ nak applykan produk ini. memang flawless on the go

Next Aku target nak beli yang ini pula, sebab senang nak letak dalam bag.

3. Flirty Pearl Shadow Stick

Aku tak pernah ada eye shadow version ni, tapi senang juga rupanya yer nak pakai . Calit calit, and kemaskan. dan nampak lain mata tu. Ianya water proof so akan lebih tahan lama dan yang pastinya ia dilengkapi dengan bahan pelembab.

Aku memang sangat sangat concern bab ini, sebab untuk orang yang berumur macam aku mata lah tempat yang paling kering. So kalau tak ada eye cream aku pakai benda alah ni so sepatunya aku tak risau .

Owh tips dari MUA Aizat, please invest untuk Eye cream or Eye gel, especially untuk orang berumur. Sebab itulah paling obvious untuk aging Factor kelihatan. ( terus kalut aku dok buat survey pasal eye cream ni)

4. Matte Liquid Lipstik

Aku memang tidak banyak koleksi matte liquid lipstick. Sebab aku pernah rasa kering. Tetapi tips yang baik dari MUA Aizat, jangan oleskan keseluruhan bibir dengan berus lipstick ini. Sebaiknya letak sedikit sahaja dan pakai jari untuk ratakan keseluruhan . Matte liquid lipstick yang dia oleskan pada bibir aku memang bertahan lama juga.

ENVIDIA Beauty keluarkan 4 warna selamat Cherry Sorbet, Strawberry Shortcake, Sweet Toffee and Rose Truffle. In fact korang boleh gabungkan warna warna ini lebih mudah. Mua Aizat pakaikan aku rose truffle dan sweet toffee

5. No Smudge, Stay-All-Day Waterproof Gel Liner

Ini lah yang paling latest ENVIDIA Beauty keluarkan, haaa kan aku dah cakap dia orang dalam proses nak keluarkan produk satu persatu. Yang ini pun aku rembat 1 untuk koleksi aku. Lagipun dah lama aku tak ada Gel liner, sebab yang aku beli sebelum ini di drugstore lama kelamaan dia jatuh dibahagian bawah mata tu. Akhirnya nampak comot.

So Mua aizat pakai kan jugak lah dekat muka aku masa demo. Eh.. tahan lama juga tau, sebab sampai rumah okay lagi. Samada teknik dia yang betul atau tidak aku tak tahu, Tapi nasib baik aku rembat satu dan aku cuba sendiri.

So far so good, aku dah pakai 2 hari, aku suakaaaa… sebab tak jatuh or tak comot. Betullah macam produk ni claimed, No Smudge.

Susahkah nak make up?

Ramai yang tak nak makeup sebab tak reti. Tapi to be frank sejak sejak aku aktif berblogging ni, aku jumpa banyak orang . Aku banyak belajar benda baru termasuk belajar Make up. Kulit aku bertambah elok, aku pergi facial dan aku belajar teknik make up yang betul. Paling penting korang kena jaga kulit sebab satu hari kita semua akan tua dan kulit tidak akan anjal lagi,

Tapi pesan MUA Aizat tu memang deep, yang adik adik muda remaja jangan terlebih makeup nanti nampak lebih tua. Yang lebih tua macam aku pulak janganlah tak jaga atau tak makeup lansung sebab kolagen kulit pun dah kurang, lepastu tak ada inisiatif lansung nanti laki pun lari hahahah.

Bila tengok muka sendiri tak confident bayangkanlah orang lain tengok kita macam mana. Ada betul lah jugakkkan.

So go grab this ENVIDIA Flawless On-The-Go. It’s a basic stuff yang korang wajib ada.

Sempena bulan Kemerdekaan ni, ENVIDIA sedang mengadakan jualan ENVIDIA Warehouse Clearance sehingga 10 Sept 2019 dengan harga serendah RM15 .. Eh… macam aku pulak tukang jual, tapi seriously aku suka tengok perempuan semua cantik .

If you all interested nak cuba boleh pergi ke ENVDIA Beauty Bar, Ground Floor, Sogo KL , or boleh tengok di IG https://www.instagram.com/envidiabeauty/ heheeh selamat shopping, sekarang tengak ada promosi tu better grab cepat-cepat. Pada yang berada di luar KL, boleh jer whatsapp ke 0133451511.

10 Comments

  1. Ai August 27, 2019
    • azni August 27, 2019
  2. Haida August 27, 2019
  3. Nadia Johari August 27, 2019
  4. mas saari August 27, 2019
  5. YB Shehan August 27, 2019
  6. Ann Noura August 27, 2019
  7. Qasehdalia August 27, 2019
  8. SalJohari August 28, 2019
    • azni August 28, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!