Jom Kita share Tips menabung untuk travel. Korang mesti selalu rasa tak cukup duit untuk travel kan? dan ko rasa hairan macam mana orang itu selalu boleh travel ke sana sini. Apa apa hal pun ukur baju di badan sendiri, ikut kemampuan.
Table Of Content
Korang jangan lah gila travel sampai hutang menimbun dan ko takde aset lansung bila tua nanti.
Jangan guna simpulan bahas “biar papa asal bergaya”..NO.. NO… life kita kena rasa semua tapi ko kena pandai plan apa yang ko nak achieve.
Meh nak share dengan korang apa aku buat untuk travel tapi disiplin kena kuat yer. Dah macam-macam style aku dah buat untuk capai hasrat untuk travel nih semua ada pro and cons… ikutlah mana korang rasa sesuai . hehehhee
BACA : Akhirnya berjaya sampai ke Jepun setelah menabung sakan
6 Tips menabung untuk travel
Semua orang ada macam-macam cara untuk kumpul duit untuk travel. So aku harap korang boleh lah guna tips yang aku kongsikan
Asingkan duit travel.
Mula mula gaji korang kena set asing siap siap untuk semua keperluan, seperti bayar sewa rumah, duit kereta, simpanan, makan minum, baju dan juga buat 1 tabung travel. Memang kena buat cara menabung macm ini.
kalau korang tak buat macam ni memang sampai bila ko takkan merasa untuk travel.
Jangan ingat ko cakap duit lebihan mana mana baru akan bawak pada travel. Semua ni aku buat dalam satu akaun lah dulu, hehehe tulah silapnya, hanya letak info dalam Excel jumlah setiap satu makanya aku pun terpakai duit travel nih.
Baguslah untuk permulaan, tapi makin hari makin aku improve cara nak saving untuk travel nih.
Beli tiket pakai kredit kad.
Kalau ikut cara ni kira advance dulu. boleh jugak, tapi korang kena bahagikan duit tersebut untuk setiap bulan sampailah tempoh ko nak travel. contoh ko book tiket air asia kan, nak murah book lah setahun, let say rega tiket tu 700 so ko devide lah dengan 12 bulan.
Setengah kredit kad boleh buat installment or ko buat balance transfer selepas ko buat transaction dr kredit tersebut. Pastu ko cari bank lain yang ada offer 0% balance transfer.
So monthly komitmen ko hanya RM58.33. So bila bayar kredit kad tu, jumlah bayaran expenses yang lain plus RM58.33.. haaa kuat tak? disiplin tak?
hehhehe… okay.. to be frank aku sendiri ada terbabas jugak kadang kadang tu… tapi still in control. okay tak Tips menabung untuk travel nih?
Main Kutu travel.
Nih aku share pengalaman aku bawak adik beradik aku seramai 12 orang. Dia orang asyik kata tak mampu untuk travel walau ke bandung. aku cakap, kalau kena gaya boleh shj pergi dong!.
Bila pergi ramai ada benda yang kita boleh kongsi kos. so selama setahun kita orang main kutu RM50.00 bersamaan rm600 setahun. untuk ketua kutu yakni aku, better kutip and pegang duit siap siap so segala perbelanjaan boleh dikiri oleh mak kutu.
Pengalaman aku g bandung, ALL IN RM580.00 siap makan, hotel, flight and pak supir . enak bangat deh!!
korang boleh baca entri aku untuk trip ke bandung acara berjemaah kat sini .
Baca : Backpacker, flashpacker or rombongan cik kiah? Jom ke bandung
Masuk Duit travel ke dalam Tabung haji
Latest sejak march 2015, aku and asben buat teknik ni pulak. Tiap bulan kita orang commit nak masukkan rm300 setiap bulan siap siap. dan aku bertindak sebagai pegawai kewangan yang akan kontrol bab duit keluar masuk.
Kami tukar strategi macam ni sebab iman dah masuk darjah 1 so susah nak tahu cuti sekolah dia awal setahun . dan juga we all nampak tak payah bergantung kepada Air Asia semata mata.. kadang kadang airlines lain punya promo pun menarik jugak.
So setiap bulan tabung travel family adalah RM600, dan akan terus masuk ke dalam akaun tabung haji iman, dengan harapaan boleh lah dapat keuntungan jugak.Tapi bab untung tu kami biarlah dia beranak dalam akaun tabung haji iman.
File excel ni semua dah siap formula, setiap perubahan tu akan ada nampak lah pengurangan dan penambahannya.
Tahun 2016 ni memang kami dah plan nak ke Jepun. dapat tiket untuk 3 orang RM2150 untuk 3 orang. (asal tiket rm599 sorang dah campur tax jadi macam tu lah reganya).
Kami jangkakan kos transport hotel and makan di jepun sangatlah mahal, so we all tak nak kredit kad kami terlebih pakai nanti. so lebih baik we all simpan duit siap siap.
Dijangkakan tabung travel yang kami usahakan ni masa tarikh nak travel akan ada berjumlah RM 5767 setelah tolak (tiket flight ke jepun, holiday ke jakarta dec 2015, JR pass jepun) opps belum tolak duit hotel nanti., yang aku rasa total ekat RM1500-RM2000.
insyallah cukuplah untuk duit makan dan juga fees yang lain lain.Next year cadang nak pergi UK sempena convocation anak sedara, so balik dari jepun sahaja kena penuhkan balik tabung travel ni nanti.
Buat side income untuk travel
Extra income untuk travel. macam macam cara nak bisnes skrg ni. in fact boleh jadi motivasi untuk korang cari duit.
Ada kawan sorang dia meniaga tempoyak sahaja sebab nak pergi korea. Rasanya rm3000++ All in boleh dapat. simple jer, jadi agen boleh, jadi dropship boleh, so dengan cara ni hasil keuntungan dah jadi satu cara untuk korang mampu untuk travel.
Akak suka cara ni. Jadi kita berpijak di bumi nyata. Nak macam macam kenalah kerja lebih.
Daftar AirBNB dan rajin promote link
Airbnb ni best, sangat sesuai untuk orang bajet travveler macam aku nih. bila ko dah register airbnb melalui kawan, secara automatik korang akan dpt credit RM90 untuk travel seterusnya. dan bila kawan ko pun register dan ambil rumah yang telah dikenalpasti melalui airbnb maka ko pun akan dpt credit.
Jadi ini salah satu tips untuk ko menabung untuk seksyen Accomodation atau penginapan.
Mungkin ada yang suka pergi hostel, tapi kalau pergi ramai, agak jimat ko amik dengan airbnb ni dan paling best ko akan dapat masak masak nanti.
Baca : Airbnb alternatif percutian jimat
Nih link aku untuk airbnb. kalau korang masuk ikut link ini baru dapat kredit. rugi ooo… so meh meh link ngan akaun aku. Credit tersebut ko boleh pakai untuk penginapan masa travel nannti okay. klik LINK Akaun airbnb azni
Jom travel sementara masih sihat
Cara simpan duit setiap orang berbeza tapi Ini lah tips Tips menabung untuk travel serba sedikit untuk orang yang bajet traveller macam aku. oppss sebelum tu… aku ada baca satu post, ko kena plan and sebut selalu tempat yang ko nak p tu.
Insyallah sampai. wish list untuk kami masa akan datang, Los angelas dan New zealand .. Doakan aku berjaya yer.
mohon ambik sikit ye ilmu travel ni……..thank you akk. cara yg boleh di ikut….
Sila sila… hehhe selamat travel