Semalam dah FINAL erk! Akademi Fantasia 2016
Itupun bila group wassap ada cakap pasal dia orang tengok program ni. Kalau tak, haram aku nak tau hahahah.
Tahun demi tahun aku rasa makin suram dah akademik fantasia nih. Tah apasal aku rasa macam tak best. Samada aku yang makin tua ( memang dah tua pun) atau memang program ni makin tak best. Aku ingat lagi AF yang pertama, tahun 2003. Kiranya masa tu memang jadi fenomena lah, termasuk aku yang sibuk dok ngundi. EMO kemain masa tu hahahaha…
Tapi winner nya bagi aku, memang best.!! Vince aku suka betul Vince, sebab suara dia ada soul.. tapi heran kenapa dia tak naik sekarang. Nana pun dari AF 1. still sruvive sampai sekarang. kira aku boleh sebutlah nama sorang sorang masa tu.
BACA; WISHLIST TAHUN 2021
Kalau tak silap realiti show ni adapatasi dari “la Academia” dari mexico dan malaysia antara terawal yang buat program sebegini. Dan seingat aku ada kontroversi jugak, masa tu derang ni tersilap ataupun over sikit.. ter”peluk” di hadapan penonton sewaktu salah seorang di umumkan keluar. Kecoh gak masa tu. Maybe sebab rancangan ni rancangan realiti so impak kepada masyarakat tu kira terlebih sudah. Which is aku agree lah, sebab penontonnya pun ramai orang muda, termasuklah aku masa tu muda hahahah 28tahun masa tu weh.
Okay back to Akademi Fantasia 2016
- Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan biasiswa pengajian di Universiti Utara Malaysia.
- Pemenang naib juara diraih oleh peserta dari Kuala Lumpur, Muhammad Ammal Shafiq Osman dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
- Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar dari Selangor, Kureshma Martin John Patrick (Reshma) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.
Sikit erk hadiah dia orang, zaman mawi siap dapat rumah, zaman sapa tah siap dapat kereta lagi. nih dapat rm50k jerr…. sian derang. rasanya tak ramai orang nak sponsor program ni. Or maybe terlampau banyak program realiti and populariti pun dah menurun.
Masa semi final aku sempat tertengok, suka pulak tengok Ammal nyanyi lagu orang putih masa tuh. Tapi semalam dia macam nerbes terlebih kut dua dua lagu tak kena dengan dia.
Kesimpulannya untuk Akademi Fantasia 2016 semalam, masa dengar AMIR nyanyi first round, aku ter…suka suara dia nyanyi lagu romantis dari ameng spring. (lagu karok dulu dulu ) hahah.. tapi to be frank, dia sorang sahaja yang aku tengok confident nyanyi, suara dia “berat”, and paling suka dia senyum masa nyanyi. Bagi aku, .. kira sampailah dia nyanyi…. muka pun ada commercial value.
Ac mizal pun kata dia mmg dah win lah untuk round 1.
Masuk round 2, aku still rasa dia jugak the best, meninggalkan yang lain. Lagu yang Hang Nadim buatkan untuk dia memang kena lah, sesuai untuk umur dia. I loike. lagu untuk finalist yang lain semua tak best . hahahah.. betullah kata ramli ms. lagu tu lah aku menentukan hala tuju derang.
Walaupun aku tak kenal bebetul sapa dia orang ni, sebab tak pernah lansung follow diari AF, dan maybe judgement aku bias tapi itulah dari kaca mata pendengar macam aku. nak tau ken masuk website astro
Camana pun, so far yang best Akademi Fantasia bagi aku, zaman hafiz, akim and stacy..Finalist masa tu semua hebat hebat, aku siap tengok live rasanya. Dan yang paling penting semua still survive sampai sekarang dan dalam kelas tersendiri.
Start AF1 sampai AF3 je follow. AF lain2 tu just kenal masa final. Kesian gak kan..
memula dulu mmg hot.. susah depa nak survive camnih
paling suka AF2…memang follow cuma tak sampai tahap mengundi jer …yang selepas2 tu langsung tak tengok …tau2 dah juara …tau2 dah jadi artis ….
diorang kena tukar konsep …itu jer …nampakkan matang dan berilmu bukan gedik2 jer manjang …
AF2 rasanya zahid kut yang menang. kezutannya byk benor….. mcm m nasir ckp, menganggu kosentrasi jer
haah makin lama makin suram.. dapat tau dah habis..hihi
kaaan…
Tengok amir macam jelmaan nubhan yang dulu je… takde yang menarikk
Nubhan erk… Maybe sbb putih n rambut dia kut