Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso | Kalau korang baca entri aku sebelum ini pasal kisah MSS laki aku dari segi cabaran dan perasaan sewaktu kena MSS, aku harap korang selepas ini dapatlah fahami dan selami dari ‘kasut’ orang yang tak bernasib baik macam laki aku.
Table Of Content
- Opismate Abam yang lain terkejut!
- Apakah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dibawah Bantuan Perkeso hilang pekerjaan
- Syarat Kelayakan Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso
- Elaun Mencari Pekerjaan EMP
- Bagaimana Cara Claim Eis Socso
- Kadar Caruman Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso
- Bantuan Elaun Latihan EL
- Cara Memohon Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso
- Dokumen Diperlukan
BIla terkena retrench, MSS atau VSS sebenarnya bukan abam seorang sahaja yang affected tapi satu family affected tau. Dari segi emosi dan financially.
Abam bagi tahu masa dia dapat news tu dia tak tahu macam mana nak bagi tahu pada aku nih. Dan aku masih ingat sewaktu the boss break the news. Kita orang tengah sibuk deal dengan apek buat wardrobe. Abam dapat call dan terus keluar bercakap dengan boss dia yang hampeh tu
Abam memang cool bila dapat news itu tapi dalam hati dia berdebarlah jugak. Kalau aku…. huhuhu panik dan nangis kut. Macammana pun kami duduk satu famili dan bincang apa yang kami patut buat untuk kurangkan bebanan kewangan. Iman pun kena paham supaya dia tahu kenapa kami kena kawal kawangan.
Opismate Abam yang lain terkejut!
Why abam?
Sebenarnya pada mulanya dikhabarkan unit Corporate Communication dia tak mungkin akan kena. Bila nama abam naik sah… kita orang punya assumption boss kepit tu memang nak pekena orang lama. Kira macam pelik ya amat. Paling pelik, abam tak keluar lagi tetiba ada orang baru masuk untuk ganti tempat dia. Bawak regime baru.
Giler apa ! memang hampeh permainan politik dia orangkan, menggunakan alasan pandemik untuk mula buang orang. Boss dia tu sah sah nak bina empayar dikalangan orang-orang dia
Tapi yelah kan , kalau orang memang berniat tak baik macam ni, latest news yang aku dengat, the boss tu pun dah berhenti, sebab tak dapat good impression dari CEO dan orang baru yang masuk nak ganti tempat abam. tu pun berhenti sebab tak reti nak buat kerja abam katanya ..
Aku yang paling emotional sebenarnya sebab orang buat dekat laki aku nih
Syukur alhamdulillah abam dapat kerja baru walaupun gaji jatuh dan secara otomatik abam ada simpanan dari MSS dan juga dapat settle hutang hutang jahat macam kredit kad. Kami susun balik kewangan dan aku pun bantu dia untuk kurangkan beban kewangan dia. nasib baiklah ada Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso macam ni
Buat masa ini tak boleh memilih tapi kita kena lah cepat bertindak sebab bagi kami sekarang dengan umur abam kami mengejar masa. Makin tua makin susah nak cari kerja melainkan korang ada network yang ramai,
Terima kasih sangat sangat kepada Perkeso yang tawarkan EIS Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso tersebut, jadikan korang pastikan ambik insurans ini yer.
Apakah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dibawah Bantuan Perkeso hilang pekerjaan
Okay kalau korang pun tidak bernasib baik seperti suami aku, korang jangan lupa untuk dapatkan bantukan dari Perkeso melalui SIP ini. Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah skim kewangan untuk membantu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO.
Untuk tempoh enam bulan, SIP akan bantu mereka yang belum bekerja dengan cara memberi elaun, di samping faedah pengangguran lain seperti kursus latihan, kaunseling pekerjaan, dan bantuan mencari kerja.
Tapi bukan semua orang yang boleh mohon ni sebab hanya orang yang ada menyumbang ke akaun SIP semasa pekerjaan sebelum ini je yang layak untuk mohon.
Macam mana nak tahu? Dekat slip gaji korang, tengok kalau ada potongan untuk SIP (atau dalam Bahasa Inggeris, EIS). Biasanya kalau gaji korang ada potongan untuk EPF, akan ada juga potongan untuk SIP atau EIS ni.
Syarat Kelayakan Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso
- Kehilangan pekerjaan
- Hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja
- Dipaksa meletak jawatan
- Syarikat/ kilang menutup operasi
- VSS / MSS layak menuntut bantuan
- Meletak jawatan disebabkan majikan melanggar terma kontrak. Cth gagal membayar gajidalam tempoh yang ditetapkan
- Meletak jawatan disebabkan gangguan seksual di tempat kerja
- Hendaklah membuat tuntutan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang kerja
Elaun Mencari Pekerjaan EMP
Pembayaran Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) akan dilakukan kepada penganggur dalam pencarian kerja untuk tempoh 3 hingga 6 bulan.
Jumlah EMP bergantung kepada peratusan kadar bulanan menurun 80%, 50%, 40% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).
Berdasarkan pengumuman Belanjawan 2021, tempoh pelaksanaan Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama 3 bulan dan kadar menuntut juga diubah kepada 80% gaji bulan pertama, 50% bagi bulan kedua hingga bulan keenam dan 30% untuk 3 bulan terakhir
Penerima faedah EMP hendaklah mendaftar diri sebagai pencari kerja dan program penempatan semula pekerjaan secara aktif hendaklah diikuti pada masa yang sama.
Jika mengikut syarat kelayakan, seseorang penerima faedah juga layak menerima Elaun Latihan (EL) & EBSA sewaktu menerima EMP.
Bagaimana Cara Claim Eis Socso
Cara pembayaran dan bayaran eis perkeso mengikut turutan seperti di bawah ini
- Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO boleh dipohon secara atas talian (online) dengan mengisi serta melampirkan borang dan perintah / surat pengesahan termasuklah diri didaftarkan diri sebagai pencari kerja.
- Cara memohon, apply, permohonan bantuan eis perkeso rm600 yang lengkap akan diproses dan kelayakan disemak berdasarkan syarat permohonan tuntutan eis dan kelayakan caruman am.
- Kemudian, bagi menentu sahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku, permohonan tersebut akan disalurkan kepada JTK/JPP/PERKESO.
- Penyediaan baucar dan pemidahan wang akan terus dibuat ke dalam akaun setelah kelulusan dibuat.
Kadar Caruman Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso
Sama seperti carumah EPF dan socso, pihak majikan dan pekerja sama sama menyumbang kepada SIP atau EIS ini. Kadar caruman bagi eis dari perkeso adalah campuran 0.2% syer pekerja dan 0.2% syer majikan daripada gaji bulanan pekerja.
Contohnya seperti ini, jika gaji pekerja berjumlah RM4,000, maka SIP bernilai:
- 0.2% x 3,000 = RM 6.10 (syer majikan)
- 0.2% x 3,000 = RM 6.10 (syer pekerja)
- Jumlah = RM 12.20
Bantuan Elaun Latihan EL
Selain daripada Elaun Mencari Pekerjaan, ada juga Elaun Latihan.contohnya kita ada join latihan digital yang MDEC buat dan beberapa agensi lain. Alhamdulillah kan.
Aku rasa suami aku sempatlah attend beberapa siri latihan. Tapi aku tak ingat sangat
- Berdasarkan permohonan dan keperluan pekerja, bantuan Elaun Latihan (EL) akan dibayar kepada beliau. 25% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD0 adalah EL. Ianya dibayar secara bulanan dengan kadar minimum sehari RM10 dan maksium RM20 mengikut bilangan hari latihan yang dihadiri.
- Modul dan jenis latihan adalah mengikut pasaran kerja yang ditentukan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau agensi-agensi lain. Pada masa akan datang, jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional.
Cara Memohon Sistem Insuran Pekerjaan Perkeso
Korang boleh memohon Secara online https://sip.perkeso.gov.my/ib/registration atau Hadir sendiri ke pejabat PERKESO
Dokumen Diperlukan
- Kad Pengenalan
- Bukti Pemberhentian/
- Kehilangan Pekerjaan / Slip Gaji
- Salinan Buku Akaun Bank
- Nama Dan Alamat Majikan Asal
Ingat lagi masa mula mula EIS diperkenalkan, ada juga staff yg bising pasaipa nak potong lagi gaji depa. Padahai amount caruman tak banyak pun. Jenuh terangkan pasai segala manfaat SIP ni, tu pun ada yg pertikai kata gomen saja nak duit huhu. Tapi rasanya laa ni dah ramai yang sedaq kot pasai manfaat dia. Sediakan payung sebelum hujan kan orang kata.
huhuhu tu la kan . bila dah kena baru tau and nasib baik ada