Uish.. lama nyer tak menulis blog.. hati memang tergedik gedik nak tulis tapi tak berupaya sbb tersangaaaaat sibuk. Tiba tiba jer kan awal2 tahun ni kerja mencurah- curah. sampai balik rumah pun termimpi mimpi pasal kerja. huhuhuhu..semuanya kerana nak cerita pasal Serangan Sakit jantung
Table Of Content
- Pengalaman terkena serangan sakit jantung amat berharga
- Bagaimana serangan jantung bermula
- Simptom-simptom awal serangan jantung abam pari
- Boleh nak baring baring lagi padahal tu simptom sakit jantung
- Tapi tulah moral of the story.
- Pertama
- Kedua..
- Ketiga..
- Okay sekiranya kena serangan sakit jantung. cuba buat seperti dibawah.
- HOW TO SURVIVE A HEART ATTACK WHEN YOU ARE ALONE??
Tapi.!!
kali ni aku rasa kena gak tulis and catat pengalaman ini, moga kita sama sama ambil pengajaran dan sempadan. Sesungguhnya ilmu aku masih cetek, ini hanyalah melalui pengalaman, knowledge sharing dan pengalaman dari kawan- kawan. Jadi kalau ada kekurangan maaflah yer.
Pengalaman terkena serangan sakit jantung amat berharga
Camni ceritanya… Pada hari ahad baru ni .. satu opis dikejutkan dengan berita salah sorang kawan yang kena serangan jantung pada hari sabtu yg baru ni laah... betul betul lepas sembahyang subuh ahad.. tetiba salah sorang opismate tanya tau tak berita mr. pari? aiks.. pelikni kan.. subuh – subuh dok tanya lagutu….. thanks to FB.. sbb wife lan sepejabat dengan wife mr. pari,
kebetulan ada opismate mereka yg ada updatet status pasal mr.pari ni.. uish..menggeletar kami dengar.. pastu pakat kelam kabut call wife dia. maklumlah weekend..masing masing ngan hal familylah kan.. pastu sebelum tu ada nampak pulak mr. pari dok update Fb dan berwassap dengan kami pasal dia naik basikal ke frim dan bukit wangsa melawati.
So mcm weekend yang penuh aktiviti. haish… ni baru opismate.. cuba bayangkan condition wife dia.
Bagaimana serangan jantung bermula
Boleh katakan di opis aku ni semuanya dah bersama since 15 tahun yang dahulu.. pastu lingkungan umur yang hampir sama. baru nak masuk 40an. Jadi bila dah jadi macam ni mmg mcm terasa sgt pastu, opis ni kira macam rumah kedualah, yerlah.. dah bersebumbung dekat 15 tahun tau.. so dah kenal bebenor perangai sensorang dan juga ahli keluarga.
Tahun lepas pula, ada 2 peristiwa yang sangat sangat buat aku sentap. satu opismate mr. asben yang umur 34thn rasanya, sorang lagi suami kepada salah seorang opismate di syarikat yang sama ngan aku nih umur 36 tahun.
and now opismate aku sendiri, sebelah meja.. dan bumbung yang sama.. pulak yang kena kes Serangan Sakit jantung
Aku mmg niat nak share pasal opismate aku ni supaya kita sama sama ambil langkah berjaga-jaga. hehehe dah mintak permission juga pada dia.. insyallah dia kan share nnt.
So.. korang nampak tak pattern ni? heheh cam nak buat lawak plak. Okaylah apa yang aku ley simpulkan .. Sakit jantung sekarang mmg tak kenal umur. Dulu mmg jarang kita dengar kes macam ni kan, or mungkin ada nya media sosial ni kita senang nampak news sebegini.
Okay mai kita sama sama pikir kenapa jadi macam ni supaya kita sama sama ambil iktibar. Boleh dikatakan ketiga-tiga mereka aktif bersukan. hurmm.. pelikkan.? Kes mereka betul betul selepas bersukan. selepas main futsal, main badminton, and berbasikal.
Actually, mcm ni … kebetulan aku ni ada lah dengar talk dari kevin zahri bercakap pasal senaman dan kesihatan. Perbezaan antara kaum laki dan kaum wanita ni… kaum wanita ni katanya banyak storage. kat punggong lah . kat lengan lah..dan beberapa tempat lain… so mcm orang laki pula kebanyakan akan attack di kawasan salur darah, itu yang boleh buat tersumbat.
Simptom-simptom awal serangan jantung abam pari
Tapi sebelum tu kita flashback sikit. Macam ni kisahnya… 3 tahun lepas di satu petang yang hening.. tetiba dengar suara kwn aku ni..
” eh.. napa tangan aku nih”.
Tangan dia tak boleh control. atau lebih tepat motor di bahagian tangan tak jalan dengan smooth. Kalau soh jalan mcm robot lah. Mulanya kami ingat dia buat lawak. maklumlah semua kepala otak ngok ngek.. dok gelak jerk. rupanya kwan aku ni mmg serius.
Pucat dah muka dia pada masa tu. so alhamdulillah ada dr. di kawasan opis ni so dr. kata nak jadi mild stroke. FUh!! mau tak saspen dengarkan. so bertitik tolak dari situ lah opismate saya ni pulun bersukan.. p gym.. naik beskal. kiranya healthy life stylelah.
Terus nampak encem..hehehe.. aku panggil dia kevinpahri sbb banyak refer kat dia pasal bab bab kesihatan ni.
refer portal https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kardiovaskular/serangan-jantung untuk faham pasal jantung nih
Tetapi .. kenapa dia masih kena serangan jantung? Okay.. mcm ni.. secara analogi.. salur darah kita ni umpama paip.. so kalau ada sampah sarap yang ada kat dalam tu .. dah tersekat lah air tukan?.. pastu ..pressure pun tinggi. so untuk kes kawan aku ni dr. cakap arteri 100% block.
Pada hari kejadian sebelum tu dia berbasikal panjat bukit di wangsa, so korang bayangkanlah tekanan yang diberikan kepada jantung. nasib baik kawan kepada kawan aku ni nasihat dia untuk batuk beberapa kali, dan keadaannya hampir lega tapi tak mampu untuk pulang ke rumah. So wife kenalah mai ambik dengan kereta.
Boleh nak baring baring lagi padahal tu simptom sakit jantung
lagi satu perangai orang laki ni.. terlampau selamba, dia hampir hampir malas nak kena hospital kerana dok andaikan takder apa apa. Tapi tulah kan.. Instinct seorang isteri ni.. sib baiklah dia paksa juga pergi check di hospital dan sewaktu dr. tengah nak test opismate aku di hospital, jantung dia terberhenti okay… fuh! suspen aku dengar.
Cuba bayangkan kalau dia kena di rumah? mau tak gelabah kan.. Itulah.. Orang perempuan ni mmg cerewat sikit tau.. tapi sapa tak sayang laki …huhuhuh..nasib baik dia paksa laki p hospital untuk check. So dari 45 minit punya proseudr.. dr teruskan proses angiogram. masukkan balloon untuk saluran darah yg block tu.
Alhamdulillah.. dia selamat. so kami visit dia pun nampaklah perbezaannya. syukur sangat sangat. Kami pakat visit ramai ramai untuk beri moral support. Macam family kan.. 15 tahun tuuu
Tapi tulah moral of the story.
Sebelum ni mmg aku ada baca pasal syndrome untuk golongan 30 an- 40an yang tetiba aktif dalam bersukan yang akhirnya memudaratkan seperti ini tiba tiba sahaja kena Serangan Sakit jantung
Pertama
Kenali potensi diri dulu.. kalau boleh p lah check kat dr. secara intensif. baik lelaki atau perempuan. tak sabar nak tunggu voucher dari opis untuk check semua nih .
Kedua..
kalau boleh.ambillah insurans, err.. aku bukan jual insurans yer.. walaupun company dah cover, tapi bukannnya kita akan kerja selamanya di company yang sama… err walaupun aku nampak gaya nak pencen kat sini..hehehe.. tapi tulah my point is..
lagi lewat you all ambik insurans.. lagi tinggilah premiumnya. dan sekiranya dah ada kes pulak mcm kawan aku nih maka mana mana insurans pun tak nak cover. kalau sapa2 tau ada.. minta tolong share yeer.
Ketiga..
wahai kaum lelaki… dan suami.. kasihanilah kami isteri isteri yang akan mengemudi kapal kiranya kapten kapal dah tiada lagi. buatlah persediaan yang sewajarnya. kalau tak nak insured untuk diri sendiri.. ambillah untuk anak bini.
Jagalah kesihatan, sbb kami kaum wanita masih perlukan peneman sehingga ke hari tua. Grow old together kata org puteh. Tolonglah buat check up kalau belum buat yer. 🙂
since ramai kawan kawan aku yg dari kalangan doktor doktor …. kalau ada yang baca blog aku ni.. silalah put some comments untuk kami rakyat marhain paham pasal aspek aspek kesihatan ni kan. kalau boleh dalam bahasa atau anologi yang simple untuk kami paham hehhehe…
owh.. ada satu lagi cara pemakanan yang bagus. katanya ambillah minyak zaitun setiap hari.. ada sorang kwn saya update status kat FB.. dia amalkan setiap hari dapat turunkan cholestrols. lagi satu cuka kurma atau cuka apple. minyak zaitun and cuka kurma tu sunnah nabi kan.
Okay sekiranya kena serangan sakit jantung. cuba buat seperti dibawah.
Nih antara info dari web lain yang mungkin dapat membantu yer..
HOW TO SURVIVE A HEART ATTACK WHEN YOU ARE ALONE??
source : http://latestupdatesworld.com/?tag=how-to-a-survive-heart-attack-when-u-r-alone-at-home
- Since many people are alone when they suffer a heart attack, without help,the person whose heart is beating improperly and who begins to feel faint, has only about 10 seconds left before losing consciousness.
- However,these victims can help themselves by coughing repeatedly and very vigorously. A deep breath should be taken before each cough, and the cough must be deep and prolonged, as when producing sputum from deep inside the chest.
- A breath and a cough must be repeated about every two seconds without let-up until help arrives, or until the heart is felt to be beating normally again.
- Deep breaths get oxygen into the lungs and coughing movements squeeze the heart and keep the blood circulating. The squeezing pressure on the heart also helps it regain normal rhythm. In this way, heart attack victims can get to a hospital. Tell as many other people as possible about this. It could save their lives!!
- A cardiologist says If everyone who sees this post shares it to 10 people, you can bet that we’ll save at least one life..
- Rather than sharing jokes only please contribute by forwarding this info which can save a person’s life..
itu yang dok berletiaq kat hubby nak soh dia kurus. takut sakit2 macam nilah, bagus jugak orang perempuan ni memang azalinya concern ke laki, kalau biar ke orang laki, semuanya buat selamba je.
aku baru nak tulis pasal kesihatan jantung, tau2 naik entri ni dulu.
Semoga member cepat sihat. Kita yang perempuan ni sebab selagi tak menopous, memang boleh eksyen dengan orang lelaki, insyaAllah tak kena, tapi kalau dah menopous, bertungkus lumuslah jaga..
hehehe tu ler.. cuak giler bila dgr news mcm ni. aritu cik abg kena mcm migraine.. sekali rupanya high blood preassure.. baru lah kelam kabut nak bersukan. alhamdulillah dpt turun .. aku ni pun tak lagi bersukan .. nak kena ubahdah lifstyle ni. mkan…kena bersukan.. tak ley stress.. maklumlah .. akak nak masuk 40 thn ni huhuhu..
Qider.. sat nak paham.. apa kaitan perempuan and menopous dlm aspeks kesihatan untuk kes camni… ? cer citerrr sikitt.
ni link dia http://www.webmd.com/heart-disease/guide/women-heart-disease.. mak saya (dia bekas nurse) selalu cakap yang hormon (estrogen) memang ‘melindungi’ orang perempuan daripada sakit jantung, but once start menopous, maka perlindungan tu dah takde sebab hormon kita dah makin berkurang..
owh really….. nnt nak cuba baca… tq for the good info..