Kali ni aku nak kongsikan Review Eye Level. Lagipun lama tak kongsi kisah iman kan. Lately ni Selalu update pasal iman dalam IG sahaja. Okaylah kali ni nak share pasal Iman and Eye Level. Kita orang dah enrolled dia dalam program eye level ni dah hampir 1 tahun lebih. So far memang kita orang puas hati dengan program Eye level ni.
Table Of Content
Untuk pengetahuan korang, Eye level ni lebih kurang macam KUMON. Ianya tak sefemes kumon lah sbb aku pun tak pernah dengar dulu (aku laaa) maybe orang lain dah tau, dan eye level hanya offer program Maths dan English.
Fees RM 150 sebulan
Feedback eye level yang positif dari kawan lecturer yang sangat baik
Aku pun baru tahu program ni melalui kawan aku bila dia kongsikan betapa eye level membantu anak dia masa sekolah rendah dahulu. Anak dia pun dah form 2 sekarang ni. So aku pun dah berniat that iman memang kena attend tuition untuk pastikan dia akan lebih perform dalam maths ni.
Aku rasa latihan disekolah iman ni macam tak mencukupi. Maths is about latihan and latihan . Tambahan pulak sekarang sekolah dok promote STEM tu. aihh risau aku kalau dia tak betul betul cover part nih .
Hehhe yer aku parents yang dengki pada anak sendiri. Aku cuma tak nak dia kesedapan sahaja sebenarnya. Nanti tahun depan naik darjah 6 jenuh aku nak push dia. Biar dia start susah dari sekarang.
Sebenarnya, sebelum tu agak lama juga aku berkira kira nak enrolled iman dalam program ni sebab pada mulanya aku memang ada risau yang dia akan lebih stress. Tapi bila aku tengok dia ada masalah dalam menghafal sifir aku pun dah agak panik. Husband as always memang akan skeptikal awal awal ni. So katanya kita tengok result dia nanti.
Sewaktu iman darjah 1-3, Maths dia boleh katakan memang dapat A sahaja. So far alhamdulillah, tapi bila masuk tahap 2 aku nampak dia makin goyang. Bila test and uji di rumah aku tengok agak slow dia jawab soalan – soalan sifir aku. Sah he needs help!
Jadi aku nampak problem dia adalah tidak hafal sifir. Seperti yang kakak2 aku bekerja sebagai guru aku advised pastikan anak hafal sifir so dia tidak akan ada problem.
Memang betul pun, periksa awal tahun darjah 4 dia jatuh dapat B. As expected tahap 2 ni memang akan lain sikit. cousins iman ramai yang jatuh masa darjah 4. Jadi aku takut melarat naik darjah 5-6 and sekolah menengah nanti.
Aku siap tengok Youtube dulu. Aku nak tengok pasal eye level ni macam mana sebab si iman ni awal awal lagi ckap tak nak kumon sebab tgk kawan dia punya latihan banyak sangat sangat hahaha. Dia pulak lebih awal buat researchkan.
Apa yang buat aku tertarik jugak, dia ada 1 to 1 session dengan cikgu, setiap kali dia complete kerja dia akan duduk dihadapan cikgu dia ia akan review bersama-sama
Aku susah sikit nak percaya tuition yang kelas ramai ramai ni. Takut main je dia orang nih
Review Eye Level dari pengalaman aku
Okay sebelum korang nak enrolled anak korang, dia akan bagi test dulu. Free sahaja! dia orang nak tahu anak korang berada tahap mana and soalan nanti in English yer. Iman masa buat test dia main main, so aku rasa patut dia start level yang atas lagi. Sebab bila aku check balik memang dia cuai sangat jawapan dia buat.! ish geram betul
Mula mula aku macam tengok slownya progress iman ni, asyik buat benda yang sama sahaja. aku dok pikir awat lah dok buat campur tolak macam budak darjah 1. Siap rasa macam eh.. derang ni nak kaut untung agaknya.
Rupanya itulah teknik latih tubi dia orang
Masa ni iman belum boleh lagi cover sifir tau, setiap kali amik iman cikgu tu akan update iman tak boleh part mana lagi. Siap suruh aku tambah lagi latihan untuk iman.
Akhirnya setelah 8 bulan dalam eye level, keluar dari mulut iman sendiri. Kalau dalam kelas ada pertandingan sifir dia antara yang awal dapat duduk .
And dia sendiri admit Eye level tu membantu dia.
Cara masa dia cakap tu, rasa kelakar pun ada. Serious tau dia cakap hahah.. macam orang besar pulak tengok dia masa nih.
Tapi memang dia ngakulah walaupun dia malas nak pergi tuition tu tapi memang dia dah boleh hafal semua sifir. Cara dia cakap tu memang aku and husband tenung muka dia, sangat sangat confident and puas hati
aghh.. lega betul kita orang laki bini bila dia sendiri luahkan macam tu.
Sejak dari tu memang tak ada masalah lansung untuk kami kejar dia pergi tuition. Siap mandi and siap awal untuk ke tuition. another one aku happy sebab dia sendiri boleh appreciate value apa yang dia belajar
Saya nak anak saya result okay hujung tahun nanti!
hahaha.. yer itu yang aku cakap pada teacher tu sewaktu mula mula aku nak masukkan iman. lepas tu teacher tu cakap
Mummy,.. eye level is not for short term. Tapi untuk build up based yang kuat dalam matematik nanti.
Setelah hampir 1 tahun barulah aku paham apa yang teacher iman ni cakap. bentuk pengajaran dia orang memang tidak follow syllabus sekolah. Tetapi lebih kepada foundation maths itu sendiri. Selagi tak lepas latihan yang disediakan maknanya dia tidak akan masuk level seterusnya
So Next step iman akan start English pula dengan eye level
Kenapa matematik dan English?
Selain dari subjek agama yang iman belajar di sekolah Integrasi Puncak Jalil ni. Aku memang sedar dengan keperluan zaman sekarang dan akan datang core nya adalah Maths and English. Takut tengok syllabus dia orang nih tapi aku rasa semua ni penting untuk keperluan dia sambung di Univerisit nanti dan kerja nanti.
Aku dan husband memang tak mampu nak guide dia betul betul, susah weh sekarang. Tapi setiap kali periksa memang kami laki bini akan pulun untuk bagi tuition dengan dia .
Yang merungsingkan teknik kami ajar berbeza dengan sekolah at the end takut dia confuse. Jadi sebab itulah priority kami untuk ke2 subjek ini terlebih dahulu dan ini antara sebab-sebab mengapa kami putuskan masuk ke dalam Eye level
- Matematik ni aku tengok foundation kena kuat sebelum masuk ke sekolah menengah dan universiti
- Syllabus budak budak sekarang makin hebat, aku sendiri takut tak mampu nak ajar dia
- Latihan Metamatik disekolah tidak mencukupi
- Keperluan pekerjaan yang berasaskan matematik
- Everybody talking about big data, artificial intelligent bla bla.. anak saudara aku cakap dia amik AI tapi subjek matematik dibawah tu sendiri punyalah banyak.
- English 2nd language negara kita
- Perlu kusai english untuk pergi global
Work hard play hard!
Seringkali aku cakap dengan iman sebelum ini. You life will be changed bila masuk darjah 5 nanti. Saja jer bagi dia prepare mentally and physically. Banyak tuition you kena masuk sebab dok rumah ni macam main main je. Your mama is dengki okay. Memang jadual dia penuh setiap malam. isni – selasa bahasa arab, rabu English, Khamis Maths, Jumaat Mengaji.
Serius penat juga. Mak pak pun penat kena tunggu dia balik tuition. takpalah .. sama sama penat yer Iman
Tapi we all tahu naluri budak budak, memang energy dia penuh jer. Jadi kami tetap bagi dia peluang untuk bergembira juga dia nak main futsal kami sanggup hantar ke ampang untuk dia masuk masuk kelas futsal bersama EDF. korang boleh baca review aku disitu, kutlah korang pun nak hantar anak anak jugak kaan.
If nak tahu lebih pasal eye level korang boleh jer refer website dia orang. hahaha ini free review jer nih . sebab aku happy aku suka dan sebagai catatan untuk kisah iman masa kecik kecik jadi aku aku suka menulis
eye level vs kumon
Owh sebelum itu aku jumpa 1 artikel yang buat perbandingan ini sebelum aku betul-betul nak enroll iman
Matematik Eye Level
- Kelebihan Matematik Eyelevel
- Buku-buku dan alat pengajaran yang berwarna-warni.
- Kemahiran Pemikiran Kritis dan Pemikiran Analitikal dalam sukatan pelajaran.
- Meminta pelajar bertanya, berfikir, dan berinteraksi dengan jurulatih untuk mencari penyelesaian.
- Pembelajaran mengikut kelajuan kanak-kanak.
- Masalah Matematik dalam setiap buku.
- Mengajar Nisbah 1:4
- Kelemahan Matematik Eyelevel:
- Tidak mengajar kaedah pintas seperti pusat tempatan lain.
- Mungkin mengambil masa lebih lama untuk menguasai satu topik (ini bertujuan untuk membina asas yang kukuh)
- Buku-buku berulang disebabkan kesilapan yang tinggi
Matematik Kumon
- Kelebihan:
- Pembelajaran berdikari dan mengikut kelajuan kanak-kanak.
- Kanak-kanak diukur masa dalam menyelesaikan kerja rumah mereka untuk meningkatkan kelajuan penyelesaian masalah (jika anak anda terasa tertekan dengan pemasaan, maka ini menjadi kelemahan)
- Kanak-kanak hanya memberi tumpuan kepada soalan Matematik, tanpa masalah berbentuk kata (ini baik jika anak anda belajar Matematik dalam bahasa Melayu, Cina, atau Tamil jika anda hanya mencari kelajuan)
- Mengajar Nisbah 1:6
- Lembaran kerja adalah hitam putih.
- Sangat berulang-ulang, walaupun anak telah menguasainya. (Amalan menjadikan sempurna)
- Duduk di kelas sehingga mereka menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan dan diberi ganjaran dengan lebih banyak lembaran kerja untuk dijawab di rumah! (Saya pernah mendengar anak-anak semakin membenci Matematik)
- Gaya pembelajaran menghafal secara ulang-ulang.
IQ nampak eye level ni bagus, sebaris dengan office sy ad satu cawangan Eye Level ni, dekat USJ1, dulu fikir jugak eye level untuk apa je kan, tapi anak2 dah besar baru nak fikir benda2 ni, ke dah boleh praktis even dari tadika?
haaa byk org indian and chinese antar anak awal kak azni tgk. tadika pun depa dah antar. derang akan set module ikut penerimaan budak budak tu.