rawatan liang pori | Makin banyak menulis dan research makin banyak benda yang tahu. Tambah-tambah bila dah jadi blogger ni makin ramai kenal orang dan berpeluang untuk mencuba pelbagai benda. Tambah pulak pesen aku yang suka bertanya. So aku nak kongsi dengan korang, baru baru ni aku Rawat liang pori besar dengan carbon laser
Table Of Content
Pancaran laser ini adalah penghasilan tenaga haba yang merangsang kulit untuk meningkatkan pengeluaran kolagen baru dan sel kulit baru.
Selalu aku nampak dalam fave dan juga promosi yang lalu lintas dalam fb ads. Maklumlah aku bukanlah generasi millenium yang berada di kalangan kawan kawan yang betul betul kisah pasal ini. Aku adalah Gen X, dikalangan mak mak berusia 40an.
Korang jaga tak kesihatan kulit muka?
Ada kawan kawan aku yang memang kisah jaga bab muka, tapi ada juga memang yang tidak kisah lansung untuk menjaga. Aku perasan sejak pandai pakai make up ni aku rasa macam pori-pori agak besar, korang baca terus kat bawah ni sebab apa. Banyak kali juga aku terpikir jugak pasal rawatan liang pori ini.
Jadi ini kisah aku from side mak mak yang memang kisah pasal bab penjaagaaan diri. Dalam masa yang sama memang aku gigih ambil surya cholorphyll untuk kurangkan masalah dark spot (kenalah terima hakikat dah tua kan.
Pengalaman aku ke klinik skin valet ini aku memang mengharapkan dapat buat treatment facial biasa sahaja sebab heheh memang dah lama tak buat di spa mana mana. Lagi satu sebab sejak dah pandai jaga muka sikit aku memang pastikan cuci muka, exfoliate, mask dan yg sewaktu denganya. Tapi liang pori ni macam susah nak improve pulak.
Alhamdulillah aku memang berpuas hati dengan pencapaian aku sendiri yang dah pandai jaga muka hahahah.. bab make up pulak jatuh no dua. Macam macam aku cuba untuk pastikan kulit muka aku okay. Sebab kalau pandai make up tapi tak pandai jaga muka tak guna juga. Abis break out nanti . Ini yang aku tengok banyak berlaku pada anak anak muda…
Dalam masa yang sama, aku masih berusaha untuk kurangkan masalah pigmentasi atau jeragat, fuh ini memang parah. Perlukan ongkos yang banyak untuk masalah ini.
Yang pasti masa jumpa beauty consultan ni kata kulit muka aku dah even or sekata.
Sesi menganalisa kulit dengan beauty consultant untuk rawatan liang pori
So bila aku sampai sini, berdua dengan seorang lagi blogger ika. Beauty consultant tu scan , analyze muka kita orang.
Memang berbeza antara kami berdua, walaupun jarak beza hampir 20 tahun. Tapi alhamdulilah masalah aku tidak serius, maybe sebab muda muda dulu aku memang kurang berjerawat cuma aku tak pakai sunscreen sebab aku tak tahu hahaha.
Tapi… aku pernah melalui juga saat getir masa zaman U sebab pakai cream tradisional. Hahah tudia punya jerawat naik tiba tiba. Nasib baik aku cepat cepat pergi farmasi dengan amalkan pemakaian Dalicin T . Terus elok dah muka aku nih .
Untuk ika dia, ada masalah jerawat pasir, dan kesan parut jerawat.
Aku pula masalah yang paling ketara adalah kulit berminyak di T zone. Pori- pori pun besar. Tak sanggup nak tengok screen tu. Perg! macam kawah
Selain itu ia dapat mengecilkan kelenjar minyak dan pori menjadi lebih halus. Ramai tidak tahu kulit berminyak menjadi punca kepada pori terbuka sehingga menyebabkan pengumpulan bintik hitam, selain peningkatan usia, jantina dan genetik. Untuk mengecilkan pori, kita perlu mengurangkan lebihan minyak menerusi rawatan karbon,” – harian metro
Tak sangka kulit berminyak
Adeh… aku ingat aku ni kategori kulit kering yang akan bawa kepada masalah kedut. Ini based on analisis kulit yg aku buat tahun 2017 dahulu. So aku tanya kenapa pula mcm tu .. memang mati mati aku ingat aku ini kulit kering
Katanya… haaaa.. Ini point best.
Dia cakap kulit kita memang boleh berubah berubah mengkut pemakanan kita dan juga apa yang kita letak kat muka. Hahaha aku rasa aku tahu sebab apa, sebabnya aku memang pulun cari moisturiser bila Medispa sebelum ini kata muka aku kering dulu
So hari ini aku dikatakan mempunyai masalah kulit berminyak dan pori pori besar. Dan yang paling mengejutkan di kawasan dahi.. aku ingat di pipi sebab boleh dilihat dengan mata kasar. Serius aku terkejut bila aku ditunjuk visual tersebut.
Oleh itu, aku di cadangkan oleh beauty consultan Skin Valet untuk buat rawatan carbon laser ini khas untuk rawat masalah pori pori aku yang besar dan akan mengeluarkan sebum yang banyak
Seperti biasa muka aku akan dicuci bersih terlebih dahulu, di wapkan juga sebelum satu satu bahan seperti carbon diletakkan ke muka. Dah macam kunta kinte dah muka aku tengok, tergelak besar aku.hahaha. korang pernah tgk drama kunta kinte? heheh okkay lupa .. akak Gen X..
Kenapa Liang pori menjadi besar
- Bila kuit berminayak, sebum dan dan daki terkumpul akhirnya buatkan kulit mengembang
- Orang kulit berminyak confirm akan buatkan liang pori jadi besar
- Proses penuaan kerana kulit hilang keanjalan
- Cahaya matahari akan membuatkan kulit jadi tebal, sel kulit tambahan akan tumbuh di pinggir dan mengembangkkanya.
Pengalaman rawatan Carbon laser untuk Rawatan liang pori besar
Satu alat khas di bawa masuk, besar haaa… so beautician tersebut meletakkan kan alat yang seperti pen tu pada muka, terasa macam gigitan semut semut. Ada part tak rasa sakit tapi bila part nipis especially dibawah mata tu haaa… ngeri jugak hahah.. okay ini perasaan aku …jer.. nasib baiklah mata aku ditutup dengan kapas basah dan jugak spek spesel tu.
Setiap kali pancaran tersebut dikeluarkan terasa macam lightning atau cahaya kuat.
Setelah habis proses tersebut, muka aku akan diletak mask yang agak tebal juga. Sejuk sahaja rasanya, kali ni jadi tepung komak pulak hahaha.. putih aih.
Untuk beberapa minit mask tersebut dibiarkan kering, dan mudah sahaja untuk ditarik. Perghhh.. feeling tu rasa best sangat. Muka macam putih bersih gitu .. rasa sahaja lah kan..
Carbon laser ni jugak selain dari boleh merawat masalah pori pori ia boleh membantu supaya kulit kita nampak sekata.
Eh, kulit nampak cantiklah!
Kisahnya hari keesokannya, kawan aku tegur .. ahaha.. biasalah geng mak jemah memang macam ni, Nampak yang elok sikit pasti nak tau, katanya memang nampak kulit aku putih dan sekata, cuma di bahagian mulut sikit sahaja yang boleh improve lagi
Waa surpise kan.. seronok aku dengar… komen yang jujur gitu bukan dibayar hahaha… maknanya treatment ini memang bole menampakkan hasil walaunpun hanya sekali. Bayangkan kalau aku continuous buat treatment ini. Confirmlah akan okay,
Tapi bak kata beauty consultant tersebut, untuk kes orang yang buat whitening treatment memang boleh membantu pelanggan untuk dapat kulit yang cerah dan cantik. Tapi sebaik keluar dari klinik mereka terpulang kepada pelanggan sendiri untuk menjaganya.
Betullah jugakka, dah buat whitening treatment lepas tu pergi berjemur tengah panas memang cari nahaslah.
Banyak medispa yang menawarkan rawatan carbon laser ni. Tapi sekiranya korang berminat nak datang tempat yang aku pergi ni info seperti dibawah. Dia orang ada juga offer pakej yang menarik. Haaa nanti aku sambung cerita lagi
Skin Valet Bangi
- 62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8,
- Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
- 03-8922 9181
- Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
- Waze : Skin Valet Bangi
- Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm
Facebook : Skin Valet Bangi
Instagram : http://www.instagram.com/skinvalet_bangi
Best nampak carbon laser ni. Makin cantikk lahh kak Azni lepassnii hihi
Ema salah seorang malas jaga..malas pakai pencuci muka..malas pakai serum..malas segala lah…hehehehe…kena tegur kulit kering…hah, padan muka… lepas buat treatment kat sini…baru slow-slow rajin.
Skin Valet Bangi ni mmg best. Ari tu Nina buat Oxyderm Treatment. Best.
Servis depa 5 star
Tak pernah dengar lagi rawatan muka ni. Tapi nampak menarik sebab kesannya sgt positif. Mmg muka masa ke semasa kena rawat dan jagakan
GOOd infor…boleh juga dapatkan rawatan disini…namapn wanita kan…mesti nk jaga kulit muka agar tidak nampak kusam dan berkedut sebelum waktunya….
Tak pernah lai buat carbon laser, tengok orang buat macam best aje. Satu hari nanti nak cuba jugak lah, liang pori sis ni pun besar..kalau makeup cepat hilang n tak sekata
Saya pun memang mencari rawatan untuk merawat liang pori ni. Dulu tak ketara sangat nampaknya. Sekarang nampak sangat terutama di kawasan pipi. Stress tau. Kadang pakai mekap memang jenuhlah nak cober laing pori.
Woww beraninya dia buat carbon laser treatment. Emi so far tak berani lagi. Takut haha. Tp tengok org buat macam best jek.
Nampak best je buat treatment camni, nak bagi cantik. Tapi kita takut la bila sebut laser2 ni. Huhu… Tapi org kata, beauty comes with pain, tak gitu hehe
Bestnya dapatkan konsultasi pasal kulit. Kurang kurang kita tahu masalah kulit kita. Rawatan pun nampak menarik. Nanti nak cuba jugak. Boleh tahu masalah kulit syira
looks like a good treatment for those skincare. i wish i could go to find out about my skin condition and care about it accordingly.
Irra sekarang ni banyak naik jerawat dan ada bekas jerawat sebab pregnant. Nanti lepas beranak boleh buat rawatan ni.. tak sabarnya nak kulit mula cantik kembali
muka nad pun banyak pori ni..rasa nak buat dekat sini..tapi tengok akak buat laser tu huish macm seram je..hehee..tapi sekali sekala buat facial muka ok juga kan..
Kita pernah buat carbon laser ni. Memang puas hatikan. Lepas siap tu kulit muka glowing, kulit lembut gila dan muka hydrate cantik je. Apapun, penjagaan awal kulit muka perlulah dari skincare yang betul 🙂
Ouhhh inilah klinik kecantikkan yg baru dibuka di Bangi tu. Ramai yg dah sarankan utk pergi sebab servis dorg bagus. Lama dah saya tak buat rawatan muka n manjakan diri dgn treatment2 mcm nie. Nanti sy nk terjah lah Skin Valet nie.
Wah bestnya kak! Kite mmg dh lama dh aim nk buat carbon laser ni since kulit bnyk pori2 besar especially kt bahagian hidung ni. Best baca review ni. Nak try soon. Thanks for sharing kak!
menyesal masa muda remaja dulu tak ambil kisah sgt tentang penjagaan wajah, bila dewasa ke tua ni kisah bukan main lagi ! haha ^^ nanti nak try juga…thanks tau share info ini
Bestnya dapat buat rawatan mcm ni…
Teringin juga nk buat.. Tpi mesti mahal kan.. Huhh7huu
i also wish to minimizes my face’s open pores… great treatment indeed.. can go and try around..
bestnya karbon laser ni.Tu lah,rasa mcm nak juga buat ni.Tetapi tak berapa berani pula bila laser.Adeii,macam-macam duk pikir ni.Memang betul,cantik dan halus dah kulit kak azni
cantik kak azni, awet muda. Huda pun ada masalah liang pori ni, tapi sebab kulit jenis dehydrated memang tak dapat buat rawatan laser ni.