Traveloka Salebration … haaa, ni ada promosi best dari Traveloka tau. So stay tuned kalau nak tau apa citer ni.. Now tgh count down tu. Tak percaya? cuba jengah website dia orang.
Table Of Content
Setiap kali datang musim Matta Fair 2019 Pwtc aku memang akan tergedik gedik nak pergi tengok tau walaupun bukan aku travel setiap masa pun. Aku suka nak tengok itinerari dan juga promosi tempat tempat best yang selalunya dia orang akan showcase sepanjang event ni berlansung
Psst.. ini salah satu teknik untuk korang belajar travel sendiri. Senang sahaja sebenarnya. Ia hanya memerlukan keberanian yang pertama dan sedikit kerja berbanding dengan travel melalui pakej.
Taraf Backpacker travel macam aku ni memang suka nak ambil kesempatan promosi promosi yang best, habis tu nak berjalan tapi bajet ciput hahaha jadi kenalah buat extra effort. Eh aku adalah flashpacker, bukanlah sejenis yang gigih sangat nak tidor hostel sebab travel partner aku adalah suami dan anak yang berumur 10 tahun
Keselesaan juga penting dalam topik travel kami anak beranak.
Matta Fair okay kah ?
Walaupun sesetengah orang cakap masa Matta Fair mahal, tapi dalam situasi tertentu ada yang boleh dapat murah oit. Terbukti masa aku pergi UK tahun 2017 aku dapat harga yang agak reasonable untuk last minute hunt plus summer time pulak. Aku travel dengan 11 orang yer. Semua perancangan aku dan husband yang buat.
Habis stadium yang best best di UK kami jejaki. Tapi sebelum tu aku nak tekankan definasi murah itu tertakluk pada masa korang buat booking tersebut, so dengan last minute booking aku rasa harga tiket yang aku dapat tu kira okay jugaklah
Kalau korang tidak sempat nak pergi Matta Fair pun tapi korang kena rajin rajin godek promosi online. Fuh macam “price war”. Memang seronok nak hunt ticket. Korang kena bandingkan dengan beberapa portal yang sedia ada.
Banyak portal kalau aku nak cerita, tapi kali ini biarlah aku share yang ini dahulu, hahah ikut tahap kerajinan aku, sebab apa aku nak celoteh lebih sikit pasal traveloka ini sebab ada promosi best sempena Matta Fair ini rugi pulak kalau aku tidak kongsikan nanti.
Traveloka Salebration
Macam aku cakap di atas tu, kalau malas jugak nak bersesak sesak masa Matta fair, nih aku nak share satu portal yang best. Korang masuk Traveloka, sebab sempena matta fair ini dia orang ada buat promosi Traveloka Salebration. Siap ada counter untuk mark date weh. Aku dah masuk beberapa kali untuk “cheap flight promos” ni… Ishh.. tak zabar!!
Aku harap promosi kali ni memang berbaloi baloi untuk budget traveller macam aku. Aku pulak yang tak sabar nak tengok
Kempen dia orang ni akan berjalan lansung agak lama dari Matta Fair 2019 itself. Kalau matta fair dalam 4 hari sahaja, tapi traveloka Salebration akan bermula dari 26 August – 27 September
Sebulan tu kan.
Kenapa aku tergedik gedik nak share? sebab aku yang sekarang ni tengah hunt tiket untuk pergi Turkey hujung tahun nanti. Teringin pulak nak merasa musim sejuk di sana nanti. Traveloka Salebration ini memang akan focus pada route international. Korang kalau nak pergi ke Hong kong ka, Jepun ka, atau mana mana lah international flight yang korang tengah recce tu korang cubalah godek godek dekat sini.
Normally Traveloka in ada beberapa option, sama ada korang nak book flight sahaja, or dengan penginapan sekali atau dengan airport transfer. 1 stop centre untuk kesemuanyalah
Ada apa dengan Traveloka ini ?
Memandangkan yang baca blog aku ni kan ada macam macam pembaca, aku rasa to be fair kali ni aku kena consider untuk first timer yang nak travel sendiri dan pertama kali masuk traveloka.
First thing first, hahah korang jangan takut buat transaksi online atas platform traveloka, dijamin genuine dan bukan scammer. Itu guarantee yang aku berani bagi. Insyallah segala transaksi korang melalui bank atau kredit kad akan di lindungi.
Traveloka ini telah merangkumi beberapa negara Asean, so aku repeat it is genuine portal. Aku paham kerisauan korang yang first timer ni. So korang fill up lah info yang diminta dalam portal ini.
Kenalah create atau cipta ID korang terlebih dahulu supaya senang korang nak check semula semua transaksi tersebut.
So okay? dah yakin?
Bercakap pasal pembayaran atas talian ini mari aku kongsikan mana bank yang telah ada dalam senarai traveloka. Ia merangkumi banyak bank dalam negara kita CIMB Clicks, Maybank2u, PBE, Hong Leong Connect, RHB Now, Bank Islam, Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, iRakyat, Bank Muamalat, OCBC Bank, Standard Chartered, dan United Overseas Bank.
Wah dah jadi macam agen bank pulak aku. Yang sebenarnya aku mengharapkan promosi yang terbaik untuk trip Turkey kali ini. Aku dah mula hunt and compare price sejak awal tahun.
Doakan aku dapat sampai turkey yer.. tak habis habis ni berangan nak sampai sana.
One Comment