Berapa Pentingnya Wasiat ini?? Orang melayu bila kita sebut pasal wasiat, pasti akan terkeluar perkataan “buang tebiat ker”, “nak mati ker”.. malah aku sendiri pun ada perasaan begitu. Setiap kali aku mencari info berkenaan wasiat dan faraid ini. pasti terdetik.
Table Of Content
” Ah aku ni nak mati ker”.
Harta orang islam banyak di Amanah Raya
Kalau ikut statistik memang banyak harta orang islam tersangkut di Amanah raya katanya. Cuba tgk keratan akhbar nih .
Kes Kemalangan di Duke, Kecoh
Bila kisah pecah amanah duit sumbangan anak yatim mangsa kemalangan DUKE baru baru ni keluar, memang kecoh! Semua netizen bagi pendapat yang macam macam. tapi setakat ini kita hanya dengar sebelah pihak, Jadi kita tengok pula jawapan pihak tertuduh nanti. Lepas tu baru boleh marah atau tidak yer..
Tapi hakikatnya, kita semua memang akan marah bila baca cerita cerita macam ni. Ini bukanlah kali pertama , banyak kali dah berlaku. Cuma kita tidak sedar sebab belum kena batang hidung kita. Bila nampak duit, kalau tak kuat iman memang habis semua.. tak kira berkopiah atau bertudung labuh.
Lagi satu hal, Waris selalu fight untuk faraid. Tapi hanya untuk bahagian Hak yang menguntungkan. Hanya ambil sebahagian, tapi dari segi tanggungjawab tak pulak berminat nak ambil.
Wasiat dalam Alquran
Sebahagian daripada surah al-Nisaa’ ayat 12 yang bermaksud,
“Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu.”
Faraid tidak adil ?
Baru baru ni aku ada share Fb berkenaan satu kes faraid, bila si suami meninggal telah meninggalkan rumah dan harta sekangkang kera untuk isteri untuk anak anak. Tapi malangnya bila arwah meninggal, keluarga suami mendesak rumah yang ditinggalkan dijual dan dibahagi mengikut faraid. Zalim sungguh kan.
Tapi kita tidak boleh melawan ketetepan hukum ALLAH berkenaan faraid ini. Dah cantik dah sebenarnya, hak mesti datang bersama dengan tanggungjawab. Tapi berapa orang yang faham akan perlaksanaan ini. Malah akhirnya jatuh makan harta anak yatim tanpa disedari. Sepatutnya keluarga suami bertanggungjawab memastikan anak arwah cukup makan, tempat tinggal dan sebagainya. Itulah pentingnya wasiat.
Kes ini berlaku kepada kawan aku sendiri yang mana keluarga belah ayah menuntut menjual tanah yang mereka duduki. Walhal, kawan aku adalah lelaki. Waris lelaki yang mempunyai hak yang lebih besar dalam hukum faraid. dan menjadi stopper atau pendinding/ hijab untuk tuntutan faraid. Adik beradik arwah sepatutnya tidak berhak menuntut. Mujur ibunya jugak kuat dan pandai, jadi tidak sewenang wenang di perkotak katikkan sebegitu sahaja.
Baca : Lepaskan diri dari siksa kubur
Wasiat semasa hidup dapat elakkan kos lebih tinggi
Kebetulan, aku telah dihubungi oleh seorang trustee dari as salihin atau pentadbir harta pusaka berkenaan peri pentingnya penyediaan wasiat ni. Banyak persoaalan faraid dan wasiat ini dapat dihuraikan.
Tapi yang paling aku terkejut untuk penukaran penama untuk rumah, setelah pemilik asal meninggal Duti stem akan di kenakan sebanyak 3% atas harga semasa. Bayangkan kalau rumah berharga RM1 juta boleh dikenakan sebanyak RM24,000 untuk melaksanakan proses ini. kalau ahli keluarga tidak ada duit macamana? bertambah tambah masalah.
Skala Duti Setem untuk pindahmilik harta tak alih yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:
RM100,000 pertama | 1% |
Melebihi RM100,000 hingga RM500,000 | 2% |
Melebihi RM500,000 | 3% |
Patutlah banyak harta orang melayu islam tergantung di amanah raya. Sebab kita tidak menyediakan wasiat. Proses penukaran nama akan melibatkan mahkamah syariah dan sivil. Katanya boleh mengambil masa sehingga 6 tahun.
Tetapi sekiranya kita telah menyediakan wasiat yang mengandungi maklumat faraid dan hibah juga atas prosedur yang betul. Segala proses ini akan mengambil 6 bulan sahaja.
Kos pengurusan wasiat
Range Fee untuk penyediaan ini dari rm1300 -RM4000 kalau tak silap, mengikut arahan yang akan dikeluarkan. dan hanya dikenakan SEKALI SAHAJA. Trustee atau wasi ini juga akan menyelesaikan hutang piutang yang kita telah maklumkan terlebih dahulu. Ish bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri tidak tahu hutang yang kita tinggalkan . adeh….
Boleh refer : As salihin untuk maklumat wasiat dan trustee
Dalam wasiat kita jugak boleh tetapkan maksimum 1/3 dari harta yang ada untuk dijadikan sedekah dan amal jariah atau saham akhirat kita. dan tidak boleh ditentang oleh waris kita. Mengapa terhad kepada 1/3 saja? Ini adalah berdasarkan sebuah hadis Rauslullah saw Dari mu’adz bin jabal ra beliau berkata:
“Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya Allah mengizinkan kepadamu untuk menyedekahkan 1/3 dari hartamu ketika kamu hendak meninggal dunia untuk menambahkan lagi amal kebaikanmu.” (Riwayat Daruqutthni)
Untuk kes aku, aku punya seorang anak lelaki, dan aku tidak punya orang tua lagi dan cukup kuat untuk menjadi stopper untuk tuntutan lain. Jadi untuk melindungi hak iman insyallah aku akan standby dengan wasiat ini. Malah kita boleh lantik trustee ini untuk manage trust fund untuk sehingga dia cukup umur 23 tahun nnt. Segala bentuk pembayaran ini akan dikeluarkan secara monthly kepada pemegang amanah kelak. Balance dari jumlah yang ditinggalkan akan diserahkan bulat bulat bila dia cukup umur nnt.
Moga tindakan penyediaan wasiat ini dapat mengelak berlakunya pecah amanah seperti anak mangsa Duke. Kita sendiri kena bertindak untuk mengelak perkara sebegini berlaku. Insyallah.
Nanti kita explore perbezaan antara wasiat, hibah dan faraid pulak yer. Masih mencari info yang senang paham dah sahih.
One Comment