Pengalaman Darjah 1. Tiap tahun kalau budak masuk sekolah darjah 1, surat khabar mesti tunjuk gambar budak menangis,, especially budak lelaki.. korang perasan dak? awatlah jadi lagu tu.
Table Of Content
Berbanding ngan budak perempuan mmg budak2 laki yg lebih manja dari budak perempuan kut. so dok imaginelah.. kalau iman masuk darjah satu ni nnt mcm mana lah agaknya.. korang tak rasa pelik ker? mmg rata rata yang pernah hantar naik darjah satu bg komen yang sama.
why erk??
Jadi Pengalaman Darjah 1untuk iman ni dia seperti biasa, hahaha poyo. Masih macam dia sekolah tadika. suka menonjolkan diri.
Jangan tak tau.. hahaha.. utk iman ni, last min decide masukkan iman ke dalam sekolah Integrasi swasta, setelah dgr beberapa feedback n input dari kawan kawan yang dah lalu zaman antar anak msk darjah 1 nih. dan bila kenangkan iman kena transit, turun naik van, kelas yg sesak sampai 40 orang,
Pengalaman Darjah 1 macam ini lah yang merisaukan kami. Anak sorang kan huhuhu
Akhirnya we olls decide masukkan iman ke sekolah integrasi. bukan apa . kesian budak budak yang dok KL ni.. life sgt pack dan hectic. Tapi yang paling utama supaya jati diri, and bab agama yg lebih baik for him. mama n papa nih mmg tak arif, or tak cukup ilmu jadi harapnya iman akan dpt better guidance dari orang yg pakar dalam bidang ni.
Selain dari tu sebab terbayangkan cabaran cabaran bila iman besar esok. haish.. dgr mcm2 mcm kes sekarang ni .. sapa yang tak risaukan..
Apa apa pun back to basic. harapnya dengan ada ilmu agama yang lebih sikit akan bantu iman dalam banyak benda. itu mama sangat YAKIN!!!
So..Akhirnya.. 2016..masanya telah tiba. Iman rifqi masuk darjah 1.
Dalam hati ni dah berbolak balik dah… iman nangis ke tak …iman nangis ke tak.. bukan apa rasa pelik kalau budak2 yang dah masuk tadika tak sepatutnya nangis lagi.. tapi tulah dalam hati dia orang tu apalah agaknya kan. Alhamdulillah.. Iman okay sgt.
Untuk iman, mama n papa dia dah buat preparation dari thn 2015 lagi. hahah over dak…over dak… Yes or no? aduhai itulah intan payung sorang… itulah racun kata orang..
Since 2015, mmg dah remind iman cabaran menjadi pelajar pada tahun 2016. banyak benda nak kena ubah, banyak benda baru yang iman kena harung. is it too early for him to understand? hurmm.. never underestimate your kids tau.
Mula mula ingat dia buat tak tau or tak paham. sbb bila cakap dia angguk angguk pastu nampak mcm masuk telinga kanan kuar telinga kiri. tapi.. okay pulak.
Berbaloi jugak aku psiko dia dari dahulu.
Pengalaman Darjah 1, Iman kena berubah tau
1. Sembahyang!
Naik darjah 1 nnt automatik rotan akan keluar, kalau tak sembahyang iman layak kena rotan. Iman agree.
Alhamdulillah, kalau nak suruh sembahyang tu ada masa terus jer buat.. ada masa merengek lah jugak. Walaupun banyak kekurangannya.. kadang dia sembahyang pakai seluar pendek, bacaan ada salah, or rukun tak betul tetapi nak create “rutin” untuk dia sahaja.
2. Kena tidor bilik sendiri. –
Dari lahir sampai lah 6thn, iman mmg tidur sebilik. nak buat mcm mana .. anak tunggal.
seminggu sebelum masuk darjah 1, mama or papa gilir gilir lah teman dia tidor. huhuhu .. dulu bilik dia mcm bilik stor, tapi ada rezeki upgrade lah sikit-sikit. panas pulak tu.. mana dia boleh tidor. so akhirnya bajet aircond pun ada. ditambah pula dengan beberapa aksesori penting untuk bagi dia seronok.
3. Tak boleh main X box hari sekolah
– yang ni masih boleh kawal untuk 2/3 hari. fuh payah betul nak tolak dugaan ni dengan merengeknya.. dah 2 minggu naik darjah 1 ni, berjayalah kontorl dia makan pada hari sabtu ahad sahaja.
4. Mesti Tidor awal.
sebelum ni , selagi kita tak tidor.. dia memang tak boleh tidor. tapi bila dah make up bilik lawa lawa. dan dia pun seronok. tapi sejak naik darjah 1 nih.. agaknya letih sgt, mmg iman tidor awal. dulu punyalah seksa nak susurh dia tidur awal. kalau ikut masa yg dia habiskan di sekolah sama seperti dia di tadika dulu. Tapi rasanya masuk darah 1 ni memerlukan penggunaan otak yang banyak.
Alhamdulillah so far memang nampak perubahan dia.. rasa macam tak percaya pun ada. mmg byk berubah. and semoga berterusan. kalau buat perangai tu biasalah kan.. budak budak.. begitu fitrahnya.
Untuk parents yang anak banyak tu , mmg lah tabik spring pada mereka. iolls yang anak sorang ni pun mcm mcm benda nak kena pikir.
Life iman berubah tau
Life iman mmg tak mcm budak sekolah biasa, and ada benda yg dia missed tak mcm budak lain lalui.. takder beli beli di kantin, takde lari lari di padang, or main nyorok di dalam kelas, tapi moving forward.. ” apa yang normal .. dan apa yang tak normal?
mama and papa iman cuma mahu iman dapat kualiti life dan tidak stress dengan pelajaran. tapi ENJOY dengan apa yang akan dipelajari.
p/s nnt mama iman cerita apa yang dia pelajari di sekolah integrasi ni.
No Comment! Be the first one.