Sebelum cerita pasal Kids Eco dash 2.0 aku nak share something dengan korang. Ini pengakuan sebenar hehhe.. Setakat ni kami anak beranak memang tak pernah join mana mana larian, lebih berminat utuk bersukan dalam swimming dan cycling. Sebabnya, rasa tak mampu pulak nak berlari. (alasan sangat kan) tapi dalam masa yang sama memang berangan juga sebab selalu tengok kawan kawan yang masuk acara larian, macam best jer.. jadi kami andaikan si hero kecik tu pun tak berminat dalam acara larian.
BACA : Tips kewangan untuk anak-anak
Tapi rupanya sangkaan kami salah! Malah dia rupanya antara pelari harapan untuk acara sukan 4 x 100 baru baru ini dan menang GOLD pula. Sebelum ni selalu terpikir, macam mana ada agaknya kalau hero kecik tu masuk lari. Sebab mak pak tak pernah ajar. Kuat atau tak stamina dia, Haa… salah rupanya sangkaan kami. Itulah..
Never underestimate your children.
Kebetulan dapat info pasal acara larian khas untuk kanak kanak.. alamak mesti bestkan. Comel jer budak budak nanti berlari. Bila share info ni pada iman terus dia kata NAK! soalan pertama.. ada dapat Medal tak? Tapi.. malangnya clash dengan jadual training football iman di kelab bola… Adeh… sedih pula dia tak dapat join
Mungkin belum rezeki dia, macamana pun aku nak share info pada semua yang berminat untuk bawa anak anak nanti. Sebelum ini telah berlansung di Taman Botani Shah alam,
KIDS ECO Dash 2.0
Acara yang menyeronokkan untuk semua kanak-kanak berumur antara 4 hingga 12 tahun. Disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, usaha ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam kegiatan luar, dan membangunkan penghargaan terhadap sifat mereka.
Tiga kategori yang ada ialah
- Caterpilar : 0.8km untuk 4 hingga 6 tahun,
- Rabbit : 1.9km untuk 7 hingga 9 tahun dan
- Tiger : 3km untuk 10 hingga 12 tahun
Pendaftaran awal l boleh mendaftar dengan bayaran sebanyak RM25 setiap kategori sehingga 5 Oktober 2017. Selepas itu, yuran pendaftaran adalah RM35.00
Panduan size T-shirt dan tuk daftar korang pi layari https://www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017-55
Daftar sekarang tau ! Last daftar ahad ni ya… 3 hari saja lagi!
Untuk lebih info korang boleh intai facebook : https://www.facebook.com/kidsecodash/
Atau whatsapp : 019-6464269
Ibu bapa digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan untuk acara itu, dan juga berhak mendapat baju T-shirt.
Di samping itu, terdapat aktiviti sampingan semasa acara seperti zoo petting, kraf kanak-kanak, permainan dan Tourism Malaysia Eco House.
Pemenang hadiah pertama akan menerima baucar tunai bernilai RM150, manakala pemenang hadiah kedua dan ketiga akan menerima baucar tunai bernilai RM100 dan RM50. Semua peserta berhak menerima pingat finisher, T-shirt, beg goodie dan bib lumba.
So apa tunggu lagi. JOM daftar untuk anak-anak
Aktiviti sampingan
1. Garden Experience
2. Recycling Games
3. Tourism Malaysia Eco House
4. Kids Craft
5. Petting Zoo
#1MVoluntourism #SayangMalaysia #NBOS #motac #tourism #Malaysia #TamanRimbaEkoKL #KidsEcoDash #kbba9 #kelabbloggerbenashaari
Program yang menarik untuk anak anak..
kaan.. dari dok laaa melanguk main gadget..
ema dah joinkan anak-anak ema…baru dia sama macam mamanya yang dulu masuk sukan larian…
waah… makmya athelete yer..
Alah baru ingat nak join tp anak Ana tak cukup syarat. Huhu. Good luck to all participants. 🙂